Wednesday, October 3, 2012

Perempuan Itu

Perempuan itu, 
dahulunya pernah menjadi sahabatku
teman tidur sebantal
rakan makan sepinggan
sahabat suka dan duka
namun itu cuma seketika
aku abaikan dia.

Perempuan itu,
jika sahabatnya bermasalah
dia orang pertama yang datang menyerah
bahu dan ungkapan disua untuk meluah
namun kini bicara dia tidak terluah
ku biarkan luka dihatinya parah.

Perempuan itu,
bila di keramaian,
aku lihat dia terserlah
namun dalam sebilangan kawan
aku nampak dia kehilangan
tanpa arah mana tujuan
dia keseorangan
menyembah dunia 
usikan penghinaan dan endahan teman
dia, ku lihat berhenti dan menyerah.

Perempuan itu
makan berseorangan
sebagai teman
aku hadiahkan 
cuma pandangan kosong 
dan hanya sebuah jelingan
lupa aku pada balasan Tuhan
mengendahkan hakikat kehidupan seorang insan
yang bergelar teman.

Perempuan itu
bila cuba mengeluarkan suara,
tiada seorang cuba
senyum datang berbicara,
dia, memendam diri merasa
sikap manusia yang alpa
bangga dalam dunia cipta
hingga menghadiahkan sengsara
pada seorang insan hamba Sang Pencipta
tapi dia tidak lupa
turun naik dunia hina
kelak Akhirat penentuannya
baik buruk seorang manusia.

Perempuan itu,
aku nampak dari kejauhan,
kata - katanya ditidakkan,
kehadirannya dikosongkan
gambarnya dipadamkan,
kebaikannya diburukkan,
parasku kini ibarat,
bahagia dalam pengkhianatan,
sehingga memakan hati seorang teman.

Aku lihat,
dia disleksia 
dalam kiri dan kanan cuba berteman,
aku nampak
dia autisma 
dalam mencari dunia realiti yang khayalan,
aku mendengar
suara dia membisu
telinganya pekak pendengaran
senyum bibirnya hambar 
hadiah untuk sebuah penghinaan
daripada teman seperjuangan.

Bila mendengar rakan berbicara,
dia cuba menutur kata,
tiada sudi menadah telinga,
dia membungkam dalam kata,
tiada siapa yang faham
ungkapan koreanya
umpama desiran angin bayu malam
menyerah dia pada kuasa Tuhan
akan tiba hari Pembalasan
inilah trenda sebuah kehidupan.

Perempuan itu,
aku hadiahkan al-Fatihah,
semoga dalam rahmat,
semoga kekal berkudrat,
mencari bahagia yang sekejap
walau buka aku penyedap,
perisa bahagia yang dicari hinggap, 
sebelum 70000 hijabnya disingkap,
hanya itu aku harap.


Saturday, February 25, 2012

Secawan Nescafe

Assalamualaikum.


Semenjak tadi. Entah berapa kali saya buka dan tutup blog ini. Begitu juga dgn blog saya yang satu lagi. Private blog. Jika saya kirakan masa yang terbazir begitu sahaja dari tadi. Mungkin saya mampu untuk siapkan salah satu tugasan saya. Namun, tidaklah saya mampu untuk menyudahkannya. Badan saya agak penat. Semalam dan hari ini, aktiviti saya penuh. Wang juga banyak mengalir keluar. Malahan esok dan lusa juga akan bersambung langkah saya. Dan saya berkira -kira.. Banyak mana pula akan saya laburkan wang saya itu..Boros!!..Sila berjimat cermat sedikit.

Akhir - akhir ini saya seakan tersedar bahawa saya semakin menjadi seorang yang agak sensitif. Ada masa saya boleh bertindak sebagai seorang yang tiada perasaan. Ada masa saya seakan mencari semua kesalahan orang lain dan menganggap diri saya sahaja yang betul!. Ego!..Saya tidak mahu sikap seperti ini dalam diri saya!!..

Hari ini, saya terasa seperti ingin "melarikan diri" ke "dunia" yang lain. Fikiran saya seakan serabut. Sedangkan saya sendiri tidak mengetahui apakah punca utama yang menyebabkan rasa kusut itu boleh muncul dengan tiba -tiba.  Panjang menungannya, saya sedar. Yang saya memerlukan rehat. Kusut!!.. Itu sahaja kata -kata yang mampu saya ujarkan pada saat anda membaca entry ini.

Azan Isyak tadi, saya cuba bermuhasabah diri. Melihat ke arah rak buku saya agar ada bahan bacaan yang mampu menarik minat saya. Langsung tiada.. Sedih!!


Alhamdulillah, tahun ini, hampir kesemua koleksi buku yang saya letakkan dalam list sudah menjadi hak mutlak saya. Hampir berbelas - belas buah juga. Tidak cukup dengan melepakkan diri di mana -mana kedai buku. Baik keseorangan mahupun berteman, saya membeli secara online. Dan, ini dia kegilaan saya. Hari ini saya panjangkan langkah mengikuti rombongan ke PESTA BUKU ISLAM di Putrajaya. 3 buah buku menjadi milik saya. Alhamdulillah. Bajet tidak tersasar, malah masih ada banyak baki yang menjadi lebihan. Syukur!!

Secawan nescafe menjadi teman setia saya pada malam ini. Aroma yang sangat menyengatkan hidung. Rasa yang pekat. Bertujuan untuk menghilangkan kantuk, namun tidak berhasil. Saya sudah sebati dengan nescafe. Mungkin!.

Apa yang saya ceritakan di atas, ada yang saya cuba sampaikan. Saya tidaklah kreatif dalam mereka ayat yang agak tinggi bahasanya. Apa yang saya cuba maksudkan dalam entry yang semakin berjela ini ialah beginilah kehidupan kita seharian. Ada masa, kita bersyukur, ada masa kita merungut. Kita senantiasa meminta lebih, sedangkan usaha yang dilakukan hanya secubit sahaja.  Ada hari kita bahagia dan mampu ketawa. Ada hari kita menangis sedu sedan dan berduka. Kita adalah kita. kita adalah apa yang kita fikirkan. Itulah ayat motivasi yang biasa kita dengar sekarang. Bersemangat!!

Bagaimana pula dengan ayat ini, " cara kamu berfikir menentukan siapa kamu yang sebenarnya. Dan kesannya, fikiran kita menentukan bagaimana kehidupan kita pada hari ini. Insaf!!

Pernah dengar ayat ini " Law Kana Bainana" yang bermaksud  "Andai Rasulullah Bersama dengan kita pada hari ini". Akhir - akhir ini ia menjadi semakin popular. Asalnya tercipta daripada sebuah program berunsurkan dakwah di sebuah negara di Semenanjung Arab, namun mampu menjadi sebuah tajuk yang popular sehingga dijadikan sebagai tajuk2 untuk tazkirah saban ini. Lagunya juga cukup menenangkan jiwa. Sila dengar! Fahami bait2 ayat2nya!!..Air mata saya menitis!..

Pengakhiran tulisan saya, saya sertakan link untuk bacaan anda semua..TEKAN KANAN..




Sama -sama kita fikirkan apa yang ada dalam link tersebut.

Owh..Sebelum saya terlupa. Sama -sama kita sedekah al-Fatihah pada adik Faris, yang telah meninggalkan kita semua jika xsilap saya dua hari lepas jam 10:08 pagi.. Saya agak terkedu apabila menerima berita pemergiannya sehinggakan emosi saya terganggu kerana ada sesuatu yang sedang saya rencanakan namun tidak dapat saya laksanakan. Semoga Allah S.W.T. mencucuri rahmat kepada hamba suci penghuni SYURGA ini.. AL-FATIHAH..



"ANA MUSLIMAH, ALHAMDULILLAH!!"











Sunday, February 19, 2012

Perlukan Derma Kilat


Assalamualaikum..

Entah kenapa tadi, saya rasa nak berblogwalking.. Sedangkan kerja saya masih bertimbun dan checklist saya tiada satu pun yang bertanda pangkah. Semua masih belum terusik menanda saya belum memulakan kerja saya. Jadual semester yang agak padat, kadang2 membuatkan dunia haru biru.


Sepanjang pelayaran saya dalam dunia maya.. Saya terbaca mengenai adik Faris ini. Kanak2 yang mengalami barah darah pada usia 6 tahun. Sebelum membaca penuh. Saya melihat gambar sebelum dan selepas. Ya Allah, hati saya sayu, mata saya berair. Gambar dibawah. Melihat air mata anak kecil yang masih tidak mengenal erti permainan jahat dunia, saya sebak. Sedangkan sedewasa saya ini, masih belum mampu untuk menerima ujian Allah S.W.T. yang maha Hebat seperti itu. Hanya ucapan doa, dan juga innalillah yang mengalir membasahi mulut. Saya terpanggil untuk berkongsi apa yang saya baca di blog Bersama Mazidul. 


Saya tidak mahu bercerita lanjut. Saya serahkan pada anda. Mungkin ada yang akan bertanya. Mengapa menggunakan hospital swasta sedangkan ketiadaan wang?  Jawapannya anda akan perolehi semasa melayari blog BM tersebut..Bagi saya agak ketidakperikemanusiaan untuk bertanyakan soalan seperti itu. Cuba letak diri kita dalam keadaan ini sebelum melontarkan kata. Saya memahami keadaan encik Sham ini. Kerana saya pernah merasainya. Bukan sekali, tapi dua kali. Memang perit. Pertamanya ketika mak saudara saya eksiden dan memerlukan pembedahan di beberapa bahagian. Terasa duit itu mengalir laju. Alhamdulillah, berkat kemuliaan hati para saudara dan sahabat, masalah itu dapat diatasi. Keduanya sepanjang abah tenat selepas raya pada tahun lepas. Tiada siapa tahu, saya pernah mengisi perut dengan hanya memakan maggi selama seminggu, kerana ketiadaan wang. Bukan keluarga tidak mampu, tapi saya tidak sanggup untuk meminta. Kerana pada saya wang itu lebih patut diutamakan pada abah. Usah kata banyak mana wang yang diperlukan. Ia tidak seberapa. Tapi kekuatan fizikal maupun emosi lebih utama. Itu fikiran saya yang saya tanamkan pada jiwa.

Jika anda melihat keadaan adik Faris, begitulah keadaan abah disaat terakhirnya. Bagaimana lembiknya emak apabila saban hari ada sahaja kondisi mengenai abah dinyatakan oleh doktor. Bagaimana saya terpaksa menggagahkan diri untuk kuatkan jiwa kerana sayalah penguat emak semasa emak menghadapi saat2 runcing seperti itu sehingga nafas abah berhenti. Sayu.

Saya tidak mahu bercerita lebih lanjut mengenai keluarga saya. Biarlah ia kekal sebagai kenangan terpahit dan termanis dalam hidup saya. Dibawah ini saya sertakan sekali cerita dari blog BM utk anda..Semoga ada yang mampu membuatkan anda atau kita semua mensyukuri bahawa bertapa bertuahnya diri kita..WALLAHUALAM..



"Kita pernah belajar sama di ITM Shah Alam," kata Shamrulismawi Ismail. 

Saya menghubungi Sham, 39 tahun, pada jama 12.40 tengahari tadi. 

"Berapa orang anak?," soal saya.

"Tiga. Anak sulung perempuan, 13 tahun, kedua, 10 tahun dan Faris, 6 tahun," balasnya tenang.


 Perhatikan, wajah comel Faris sebelum ini belajar di sekolah di Puncak Perdana, Shah Alam, Selangor.

"Sejak bila Faris dimasukkan ke Sime Darby Medical Center Subang Jaya (Subang Jaya Medical Center)?," tanya saya.

"Sejak 1 Februari, masa itu dia kena sawan dan ada kesan kepada otak. Hari ke empat doktor ambil air tulang belakang dan dia dilaporkan dijangkiti penyakit Hemophagocytic Lymphohistiocytosis, HLH. Ringkasnya, barah darah. Semalam ketika terlantar, dia nampak berupaya menggeleng-gelengkan kepala walaupun doktor kata paru-paru tidak begitu berfungsi dan hati dia bengkak. Doktor hendak dia berehat dan kemudian diberikan ubat tidur," ujar anak kelahiran Jawi, Seberang Prai, Pulau Pinang itu.

Berikut gambar Faris dan keluarga di hospital.


Untuk rekod, Sham, kakitangan Standard Chartered Bank.

"Sham, saya percaya ramai pembaca blog saya mampu menghulurkan bantuan. Cuma, lazimnya setiap kita ingin menyumbang, memerlukan kepastian berhubung fakta sebenar, sebab itu saya menghubungi awak," jelas saya.

"Dalam waktu terdekat, saya akan menghantarkan salinan laporan pengesahan doktor dan gambar terkini Faris," balasnya. 

"Insurance coverage macamana?," soal saya.

"Saya punya RM25,000, isteri (Zuraini Mohamad) punya RM15,000," jawab Sham.

Bil hospital Faris setelah 18 hari dimasukkan ke hospital, kira-kira RM75,000.

Dalam erti kata lain, Sham dan keluarga memerlukan lebih RM30,000 lagi untuk membiayai kos perubatan anak bongsu mereka. 

Kepada pembaca bermurah hati, saya dengan rendah hati memohon bantuan semua untuk membantu Faris. Salurkan sumbangan ke akaun Maybank 1628-5200-2738 (Shamrulismawi Ismail)

Sebaik sumbangan didepositkan, sila tinggalkan komen 'STM' (Saya Telah Menyumbang) di ruang komen entri ini.

Saya percaya, jika kita membantu mereka memerlukan, Allah sentiasa pemurah kepada kita.

Ya Allah, izinkanlah Faris untuk terus hidup seperti anak-anak kami di muka bumi ini.

Di atas sumbangan ikhlas semua pembaca, saya dahului dengan ucapan terima kasih.
SILA HEBAHKAN
  

Saturday, February 11, 2012

Pengakhiran Yang Baik

Assalamualaikum..


Buka laptop. Nampak gambar seseorang sedang memandang tepat sambil muka tersenyum bahagia. Gambar seseorang yang amat saya rindui. Gambar seseorang yang banyak berjasa dalam membentuk saya menjadi seseorang. Masih tersenyum bahagia. Terasa seperti ada dan berada di sebelah. Sedang memberikan sokongan yang padu. Tangan terasa bagai disentuh. Terasa semangat disalur selaju mungkin. 

Sekelip mata, rasa itu perlahan-lahan pergi dan saya kembali ke alam realiti. Percaya. Bahawasanya yang telah pergi takkan pernah kembali. Pada saya, dia masih hidup. Masih ada untuk melengkapi hari-hari saya di dunia ini. Masih sedia menyediakan telinga untuk mendengar luahan hati saya. Masih ada untuk tersenyum dan melihat saya menangis manja apabila kecewa. Aaah, itu cerita dulu. Sekarang saya perlu berdikari. Dia telah tiada, membawa pergi semua semangat saya yang layu dan meninggalkan semangatnya yang kuat untuk saya terus bertahan.

Masih segar. Petang 1 November 2011. Petang yang tenang dan sunyi serta aman. Hanya kedengaran alunan ayat- ayat al -Quran melewati petang Asar itu. Pelawat makin memenuhi ruang legar hospital. Tepat jam 5 petang, mereka dibenarkan masuk. Bunyi bising semakin kuat. Namun ia tenggelam. Bunyi alunan ayat-ayat suci kedengaran semakin kuat beralun. Bermula Al-Fatihah, ayatul Mulk dan surah-surah lain makin kuat kedengaran di speaker masjid yang berdekatan.

Kelihatan ramai doktor dan jururawat berkejaran ke sebuah katil. Saya hanya mampu melihat. Redha dengan apa yang bakal terjadi. Diri harus diperkuatkan. Kami yang menyetujui pembedahan itu. Maka diri harus disiap sediakan. Dibibir pelbagai surah dibaca untuk dihadiahkan dan juga sebagai penguat diri.

Saya tidak mampu menahan tangis. Keluar dari tirai langsir. Diluar bunyi bising ibarat berada di pasar. Saya serabut. Kembali masuk ke dalam layar langsir. Sunyi sepi, dan tenang. Hanya mesin jangka hayat sahaja yang kedengaran. Saya kepelikkan. Berbisik pada adik serta seorang kakak nurse yang berada di sebelah untuk menguatkan semangat saya. Mereka membuka langsir dan bunyi bising itu kedengaran. Bila langsir ditutup, bunyi bising itu tidak kedengaran langsung. Sunyi dan hanya kedengaran bunyi bacaan yasin dan ayat-ayat suci yang dibaca oleh keluarga kami secara perlahan. 

Tepat bunyi azan maghrib kedengaran, nyawa seorang hamba Allah telah dicabut. Dia dijemput dalam keadaan yang agak baik. Semua yang berada di dalam lingkungan langsir tersebut seakan tidak sedar bahawa hamba Allah itu telah pergi untuk selama-lamanya, walaupun bunyi mesin jangka hayat telah kedengaran nyaring. Dengan langkah longlai saya memanggil doktor yang bertugas. Menyatakan bahawa si dia, kekasih hati telah tiada. Namun, doktor tersebut seakan tidak percaya. Lama dia memerhati jenazah tersebut. Untuk mengesahkan bahawa hamba Allah itu telah tiada lagi di muka bumi ini juga dia tidak mampu untuk melakukan. 

Akhirnya si dia telah disahkan meninggal. Itupun selepas adik saya menasihatkan supaya dis ahkan sahaja. Kami terima. Saya sedikit lembik. Hanya sekejap. Terus saya tersedar. Bahawa saya tidak boleh lemah. Ada tanggungjawab yang perlu saya laksanakan. Ciuman bertalu-talu saya hadiahkan. Air mata saya jauhkan. Saya perlu kuat walaupun pada masa itu seakan terasa dunia begitu mengejek saya. Sanak -saudara memeluk saya dengan kuat. Mungkin tahu saya masih lemah. 2minggu menjaga arwah tanpa pulang ke rumah, seakan belum cukup untuk menjadikan saya memgang gelaran anak yang solehah buat arwah. Permulaan untuk pengorbanan yang tidak sempat sampai ke penghujung. Tapi saya redha. Ada hikmah disebalik itu. Saya pasti.

Sepanjang proses pengebumian arwah, masih terdapat beberapa perkara yang menakjubkan. Ramai yang mengaguminya. Walaupun hari itu matahari bersinar tenang, tidak terlalu panas disertakan sekali dengan angin yang begitu selesa untuk semua. Cukup selesa. Di kuburan, ramai yang memuji kebesaran Ilahi. Kuburan tersebut terasa sejuk. Tanah sedikit lembap, sejuk dan tenang. Pada malam harinya, terlalu ramai yang datang untuk tahlil. Makanan senantiasa tidak cukup. Saya kagum. Bangga juga ada. Kerana terpilih untuk melihat pengakhiran yang baik ini. Tapi saya tidak pasti benarkan ia pengakhiran yang baik. Bagi saya dan keluarga ia adalah pengakhiran yang baik. Bagi mereka, kenalan yang terdekat juga begitu. 

Arwah seorang yang baik ketika hidupnya. Sesiapa sahaja yang berada dalam kesusahan pastikan dibantu. Walaupun ada yang menggelar arwah sebagai mendukung biawak hidup tapi arwah pegang pada janji Ilahi. Ganjaran Ilahi itu lebih ternilai harganya berbanding manusiawi..


"Ya Allah, semoga Kau tempatkan arwah bersama para syahid dan para anbia"

"Ya Allah, sesungguhnya Kau mengetahui apa yang tidak kami ketahui:

"Ya Allah, jika Kau kata maka jadilah, maka jadilah ia"

Maha suci Engkau Ya Allah, yang menghidupkan yang mati, dan mematikan yang hidup. Hamba berserah diri padaMU..Dunia akhirat hamba buatMU Ya Allah..

~~Al-Fatihah abah..~~

Kisah besar untuk perkongsian bersama. Bukan untuk menunjuk..



Monday, February 6, 2012

Selamat Pergi

Assalamualaikum..




Subuh akhir di bumi Peserai, Batu Pahat pagi ini, disambut dengan kicauan burung..Allah, rindu benar pada kampung. Rindu benar nak dengar suara arwah tokwan gerak bangun Subuh. 


4 hari berada di sini, hmm..Penuh dengan aktiviti..Terima kasih pakcik dan makcik..Terima kasih pada anis, dan yani yang melengkapkan hari2 saya yang selama ini saya rasa memang agak membosankan. Saya mahu tinggalkan segala dunia yang lama itu. Dunia yang hanya ada kekejaman dan meninggalkan parut yang amat dalam. Alhamdulillah. Allah S.W.T. tunjukkan pada saya jalan untuk mencari sedikit sinar bahagia bersama mereka..


Diam tak diam. Dalam banyak aktiviti yang dijalankan bersama, ukhwah itu terbentuk. Belum lagi meninggal pergi bumi Batu Pahat, tapi sayu mula menyelubungi. Bagaimana hendak dibendung rindu pada adik-adik ini. Shakinah dan Aziah. Bagaimana hendak bertemu kembali, bergelak ketawa bersama kak Linda, Abang Yan, dan juga Abang Fadhil..Kemesraan mereka membuatkan saya lupa semua masalah yang menghantui saya..


Saya tidak menyukai sebuah pertemuan, kerana saya tahu hujungnya akan berjumpa sebuah perpisahan. Tapi doa saya, semoga perpisahan ini dirahmati Allah S.W.T. dan perpisahan ini bukan terakhir kalinya untuk kami berjumpa lagi..




SALAM SAYANG..


RINDU PADA KAMPUNG LAGIKAN DIKENANG,
RINDU PADA UKHWAH LAGIKAN TERNGIANG..







Wednesday, February 1, 2012

Fahami Aku Dalam Diam


Denganmu
Diam itu sia-sia
Meluahkan juga tiada untungnya.

Mulut terkatup kemas,
Tuduhan mula kau lemparkan
Saat curahan perkataan mengalir keluar,
Terus, hukuman dijatuhkan.

Mungkin.
Ya, mungkin diam itu lebih senang,
Walau hati dibakar tuduhan
Lalu minyak tanah yang kau curahkan,
Hampir merentungkan iman.
Kau patut lihat ke dalam hati aku,
kegigihan menjadi bomba
memadam api amarah dengan kesabaran.

Maka mulutku memilih untuk terus diam.
Bisu.

Helaian kertas elektronik
Menjadi diari setia
Dan kekunci hitam kini setia membaca bait-bait kataku
Kususun serapi mungkin
Bait-bait itu, jika dibaca kau pula
Mungkinkah jadi wadah kau berfikir?

Namun tetap,
Aku mahu kau fahami aku
Walau aku diam.


P/S: COPY PASTE DRP SESEORANG..TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBENARKAN SAYA MEWARKAHNYA AKHI..

Saturday, December 17, 2011

Bulat dan Telunjuk

Assalamualaikum..


Wahhh..

Tajuk..

Boleh lawan tajuk muka depan Harian Metro nie..

Haha..Adoi..Perasan!!


Apa yang bulat? dan apa yang telunjuk?
Hmm..Rasa2 dapat tangkap tak apa yang saya cuba sampaikan?

Baik. Entry yang kali nie saya nak kongsi satu terapi yang baik, mudah, dan senang untuk kita praktikkan.

Akhir-akhir nie kan, kebanyakkan status kat Fb yang ada kat home saya, dah macam jadi teman rapat. Tempat meluahkan semua rasa hati. Baik yang putus cinta, kekasih curang, gaduh dengan kawan, mengata orang waima hal yang sewaktu dengannya, dan paling tak lupa majlis kenduri kendara..SEDAPNYA MAKAN FREEEE~~~tulis besar2 kasi orang nampak..hehe..



okey. BULAT..

Macam mana saya boleh kata bulat nie boleh jadi terapi.

Awalnya macam nie. Sesiapa yang pernah chatting atau komen dengan saya kat Fb, Skype atau YM, pastikan kenal gaya saya.. Apa2 yang saya dok chatting pastikan ada perkataan OOOOOOOOO..

Nak dibuatkan ceritanya. Adalah seorang kawan saya nie. Selalu juga saya chatting dengan dia. Kongsi macam2 kan. Disebabkan saya nie selalu sebut OOOO.. Dia pun kata kat saya.. Bulat.. Saya tanya dia..Apa yang bulat, dia kata huruf O.. Lama-lama saya terfikir satu perkara..

cuba kita tarik nafas, dan semasa nak hembus, sebut OOOOOOO...BULAT..


Perasan tak, masa kita tarik nafas dan nak hembus tu kita sebut OOO..BULAT, bibir kita muncung pastu tersenyum??..Tak dapat juga??.. Cuba sekali lagi ya.. Mesti dapat punya..



Telunjuk pulak.

Cuba perhatikan jari telunjuk kita. Perhatikan lama-lama.. Apa yang anda nampak? Nampak jari telunjuk tu satu atau banyak? Jika banyak maknanya anda tengah pening dan memerlukan rehat..Okey.. Sila ambil bantal dan letakkan kepala anda..Rehat serehatnya ya..


Kalau nampak satu, maknanya boleh teruskan bacaan pada entry nie..Hehe..


Takdalah. Untuk tahu anda nie okey ke tak, anda lihat jari telunjuk. Jika mata rasa nampak jari banyak tu maknanya anda letih. Kalau nampak satu, ada juga yang ajar saya, perhatikan elok jari tu, bawa dekat ke mata secara perlahan-lahan..
Dan pastu tengok mata siapa yang JULING!!..hehe..Gurau2 je okey..

Selamat mencuba. Kalau rasa ada terapi lain, boleh share dengan saya sekali ya..

Terima kasih!!

=)


P/S:: Doakan saya ya, esok saya nak pergi hospital dan berkemungkinan jumpa dengan Nurse yang tak bertanggungjawab tu.. Dah tak sabar rasanya nak hidu suasana hospital. Sebab dah terbiasakan dengan kehidupan di hospital, jadi bila dah lama tak pergi, rasa macam rindunya..

Thanks!!

'Allah!
Ana fi duaa' Anta fi jawaab. Lau Anta ma fi jawaab, ana fi musykillah.'

( Ya Allah! Aku punya permohonan kpd-Mu dan Engkau-lah yg menerima doaku.Jika Engkau x memperkenankan doaku nescaya aku akan ditimpa masalah).. Amin..