Sunday, February 19, 2012

Perlukan Derma Kilat


Assalamualaikum..

Entah kenapa tadi, saya rasa nak berblogwalking.. Sedangkan kerja saya masih bertimbun dan checklist saya tiada satu pun yang bertanda pangkah. Semua masih belum terusik menanda saya belum memulakan kerja saya. Jadual semester yang agak padat, kadang2 membuatkan dunia haru biru.


Sepanjang pelayaran saya dalam dunia maya.. Saya terbaca mengenai adik Faris ini. Kanak2 yang mengalami barah darah pada usia 6 tahun. Sebelum membaca penuh. Saya melihat gambar sebelum dan selepas. Ya Allah, hati saya sayu, mata saya berair. Gambar dibawah. Melihat air mata anak kecil yang masih tidak mengenal erti permainan jahat dunia, saya sebak. Sedangkan sedewasa saya ini, masih belum mampu untuk menerima ujian Allah S.W.T. yang maha Hebat seperti itu. Hanya ucapan doa, dan juga innalillah yang mengalir membasahi mulut. Saya terpanggil untuk berkongsi apa yang saya baca di blog Bersama Mazidul. 


Saya tidak mahu bercerita lanjut. Saya serahkan pada anda. Mungkin ada yang akan bertanya. Mengapa menggunakan hospital swasta sedangkan ketiadaan wang?  Jawapannya anda akan perolehi semasa melayari blog BM tersebut..Bagi saya agak ketidakperikemanusiaan untuk bertanyakan soalan seperti itu. Cuba letak diri kita dalam keadaan ini sebelum melontarkan kata. Saya memahami keadaan encik Sham ini. Kerana saya pernah merasainya. Bukan sekali, tapi dua kali. Memang perit. Pertamanya ketika mak saudara saya eksiden dan memerlukan pembedahan di beberapa bahagian. Terasa duit itu mengalir laju. Alhamdulillah, berkat kemuliaan hati para saudara dan sahabat, masalah itu dapat diatasi. Keduanya sepanjang abah tenat selepas raya pada tahun lepas. Tiada siapa tahu, saya pernah mengisi perut dengan hanya memakan maggi selama seminggu, kerana ketiadaan wang. Bukan keluarga tidak mampu, tapi saya tidak sanggup untuk meminta. Kerana pada saya wang itu lebih patut diutamakan pada abah. Usah kata banyak mana wang yang diperlukan. Ia tidak seberapa. Tapi kekuatan fizikal maupun emosi lebih utama. Itu fikiran saya yang saya tanamkan pada jiwa.

Jika anda melihat keadaan adik Faris, begitulah keadaan abah disaat terakhirnya. Bagaimana lembiknya emak apabila saban hari ada sahaja kondisi mengenai abah dinyatakan oleh doktor. Bagaimana saya terpaksa menggagahkan diri untuk kuatkan jiwa kerana sayalah penguat emak semasa emak menghadapi saat2 runcing seperti itu sehingga nafas abah berhenti. Sayu.

Saya tidak mahu bercerita lebih lanjut mengenai keluarga saya. Biarlah ia kekal sebagai kenangan terpahit dan termanis dalam hidup saya. Dibawah ini saya sertakan sekali cerita dari blog BM utk anda..Semoga ada yang mampu membuatkan anda atau kita semua mensyukuri bahawa bertapa bertuahnya diri kita..WALLAHUALAM..



"Kita pernah belajar sama di ITM Shah Alam," kata Shamrulismawi Ismail. 

Saya menghubungi Sham, 39 tahun, pada jama 12.40 tengahari tadi. 

"Berapa orang anak?," soal saya.

"Tiga. Anak sulung perempuan, 13 tahun, kedua, 10 tahun dan Faris, 6 tahun," balasnya tenang.


 Perhatikan, wajah comel Faris sebelum ini belajar di sekolah di Puncak Perdana, Shah Alam, Selangor.

"Sejak bila Faris dimasukkan ke Sime Darby Medical Center Subang Jaya (Subang Jaya Medical Center)?," tanya saya.

"Sejak 1 Februari, masa itu dia kena sawan dan ada kesan kepada otak. Hari ke empat doktor ambil air tulang belakang dan dia dilaporkan dijangkiti penyakit Hemophagocytic Lymphohistiocytosis, HLH. Ringkasnya, barah darah. Semalam ketika terlantar, dia nampak berupaya menggeleng-gelengkan kepala walaupun doktor kata paru-paru tidak begitu berfungsi dan hati dia bengkak. Doktor hendak dia berehat dan kemudian diberikan ubat tidur," ujar anak kelahiran Jawi, Seberang Prai, Pulau Pinang itu.

Berikut gambar Faris dan keluarga di hospital.


Untuk rekod, Sham, kakitangan Standard Chartered Bank.

"Sham, saya percaya ramai pembaca blog saya mampu menghulurkan bantuan. Cuma, lazimnya setiap kita ingin menyumbang, memerlukan kepastian berhubung fakta sebenar, sebab itu saya menghubungi awak," jelas saya.

"Dalam waktu terdekat, saya akan menghantarkan salinan laporan pengesahan doktor dan gambar terkini Faris," balasnya. 

"Insurance coverage macamana?," soal saya.

"Saya punya RM25,000, isteri (Zuraini Mohamad) punya RM15,000," jawab Sham.

Bil hospital Faris setelah 18 hari dimasukkan ke hospital, kira-kira RM75,000.

Dalam erti kata lain, Sham dan keluarga memerlukan lebih RM30,000 lagi untuk membiayai kos perubatan anak bongsu mereka. 

Kepada pembaca bermurah hati, saya dengan rendah hati memohon bantuan semua untuk membantu Faris. Salurkan sumbangan ke akaun Maybank 1628-5200-2738 (Shamrulismawi Ismail)

Sebaik sumbangan didepositkan, sila tinggalkan komen 'STM' (Saya Telah Menyumbang) di ruang komen entri ini.

Saya percaya, jika kita membantu mereka memerlukan, Allah sentiasa pemurah kepada kita.

Ya Allah, izinkanlah Faris untuk terus hidup seperti anak-anak kami di muka bumi ini.

Di atas sumbangan ikhlas semua pembaca, saya dahului dengan ucapan terima kasih.
SILA HEBAHKAN
  

2 comments:

LadyBird said...

salam dik..

akak dah sebarkan di fb..

Syima Adilla said...

Waalaikumussalam..

alhamdulillah..terima kasih kak..semoga Allah membalas segala jasa baik yg dilakukan..

Thanks!!

'Allah!
Ana fi duaa' Anta fi jawaab. Lau Anta ma fi jawaab, ana fi musykillah.'

( Ya Allah! Aku punya permohonan kpd-Mu dan Engkau-lah yg menerima doaku.Jika Engkau x memperkenankan doaku nescaya aku akan ditimpa masalah).. Amin..