Friday, November 11, 2011

Musim cinta berbunga

Assalamualaikum..



Selamat petang semuanya..


Semalam.. Dalam duduk study subjek-subjek untuk exam minggu depan. Sempat juga mata nie melilau kat fb. Usha gambar seorang senior yang baru melangsungkan perkahwinan. Allah.. Hati nie seperti melompat nak juga kahwin. Tapi dengan siapa?? Alamak..Baru diri tersedar..Alahaiii.. Angan-angan rupanya syima nie.


Tapi, sekejap je semua tu saya dapat rasai. Bila teringat arwah abah ngan arwah tokwan. Hati jadi sayu pula.


Dulu kan. Pernah taw saya janji dengan arwah abah dan arwah tokwan..Kalau saya suka dengan sesiapa saya nak tunjuk pada mereka. Tapi tak sempat. Arwah tokwan pergi dulu. Tapi arwah tahu saya tengah kawan dengan seseorang. Arwah abah pula sempat tengok gambar je, xdang nak jumpa depan2. Tu pun saya kata belum tentu jadi milik saya. Abah doa-doa la ya..Wallahualam. Abah senyum je. Masa tu abah dah tak boleh bercakap mana. Cakap pun tak jelas. Saya tak faham.


Abah senyum maknanya abah setuju. Selalunya macam tu lah. Kalau makan sesuatu yang sedap. Abah akan tutup mata. Nak-nak kalau makan buah mangga dengan buah oren. Mesti kejap mata abah tutup. Selalu kena dengan abah. Ingatkan buah tu masam ke apa ke kan. Punyalah kita nie bimbang. Kalau boleh nak bagi abah makan yang paling sedap. Macam mak. Kalau mak tiba2 makan sesuatu yang sedap, mak akan simpan untuk abah. Siap pesan kat anak-anak jangan makan abah punya. Rupanya buah tu manis. Abah nak makan sorang-sorang. Hehe.. Abah memang suka gurau sepanjang hidup dia. Kalau marah pun, tengah-tengah malam kang abah datang tengok anak-anak tengah tidur. Menyesal mungkin siang tu dah marah anak. Abah kalau marah bukan seorang je kena, tujuh-tujuh beradik nie kena tempias. Memang la lepas tu, abah da hilang..Siapa yang jadi punca abah marah akan kena marah balik kat adik beradik lain. Padan muka..Haha..Sweetnya masa tu


Masa abah ada dulu. Saya kalau balik kampung, saya ambik tugas adik- adik jaga abah. Tapi mulut saya kalau buat kerja memang bising. Sebab tu saya suka duduk sorang-sorang kalau ada kerja. Kalau tak mesti semua kena kerah buat kerja. Adik-adik semua faham. Selalu bantu mak suap abah makan. Abah kalau saya suap, makannya banyak. Sampai berair mata abah. Sambil suap saya cerita lah apa-apa. Paling penting saya selalu cakap, abah jangan pergi dulu taw. Abah tunggu ma kawen dulu. Jadi wali ma. Tengok dengan siapa ma kawen. Abah lihat anak-anak ma membesar. Boleh main -main dengan abah. Mesti abah gelakkan. Tapi semua tu dah jadi mimpi siang. Takkan pernah dapat ditunaikan.


Cinta. Saya nak sebuah keluarga macam mak dengan abah. Mak isteri yang solehah bagi saya. Mak tak pernah mengeluh masa jaga abah. Walau teruk mana sekalipun abah sakit, mak tabah. Sekarang saya dapat lihat, betapa utuhnya cinta mak dengan abah. Mekar mewangi. Dulu masa abah ada, suka usik mak kat dapur. Sampai mak nangis2 halau abah keluar ruang tamu. Kalau makan pun mak tunggu abah.Allah..Indahnya cinta mak dengan abah.

Saya, sebelum nak bergelar isteri pada sesiapa. Saya nak capai hasrat saya dulu. Saya nak jadi anak solehah. Baru saya dapat pegang gelaran isteri solehah macam mak. Tapi calon saya tu kena lah fahamkan. Keluarga saya dah kurang seorang. Tak ada ketua keluarga. Sekarang abang joe yang jadi ketua keluarga. Apa-apa saya nak kena minta izin abang joe dengan adik-adik dulu. Sebab mereka dah jadi wali saya sekarang.

Dulu, saya pernah bagitahu sahabat saya, ieka. Saya cakap kalau arwah abah ditakdirkan pergi, saya nak kawen. Saya nak ada orang jaga saya. Saya nak ada orang yang bila saya sedih dia sentiasa ada bersama -sama saya. Sentiasa bagi saya dorongan agar saya tak lalai dalam mengerjakan suruhan Allah. Sentiasa ingatkan saya bahawa apa -apa pun yang terjadi sentiasa bersangka baik pada Allah. Saya nak suami macam tu. Sekarang da lebih seminggu abah pergi, saya terfikir balik. Bukan senang kerja kawen nie. Berat juga. Itukan amanah.


Saya sedar, dunia saya nie banyak dugaan. Saya bimbang juga andai calon saya tu bukan jenis yang kuat nak hadapi ujian yang berat2. Emosi dengan iman kena kental.. Bagi saya sesiapa yang jadi bakal suami saya nanti, adalah seseorang yang istimewa, Anugerah Allah buat saya. Sebab dia dihadirkan untuk membantu saya menongkah arus dunia. Wallahualam.


Tapi saya tak pasti. Orang yang saya tunjukkan pada abah dulu benarkah akan saya miliki suatu hari nanti. Ada yang suruh saya buat istikharah. Tapi saya tak nak buat. Bukan sebab takut, tapi saya tahu hati, perasaan dan diri saya ada nama dia. Jadi baik saya halau dan buang dulu rasa itu. Maka hanya dalam doa sahaja saya mampu lakukan. Sekarang saya dah berani buat istikharah tapi masih belum ada petunjuk. InsyaAllah. Jika sudah jodoh takkan kemana bukan.


Sekarang musim cinta sedang mekar mewangi. Tapi saya nak biarkan ia pergi, kerana saya ada tanggungjawab. Harapan mak dengan arwah abah. Cinta saya cuma pada Yang Satu. Selamanya cuma pada Yang Satu. 2 tahun lagi baru saya habis belajar. Dan 2 tahun selepas itu baru saya boleh fikir apa yang saya hendak dalam hidup saya. Dalam empat tahun mendatang ini, tugas saya hanya pada emak. Membahagiakan mak sebagaimana mak bahagia disamping arwah abah dulu. InsyaAllah.


Cinta saya buat mak, takkan pernah sesiapa dapat rampas. Kebahagiaan mak adalah sesuatu yang saya akan pastikan. Biarlah saya tak dapat apa yang saya mahu di dunia nie. Saya tak nak mak sedih. Dah banyak benda mak lalui. Mak redha. Malam sebelum arwah abah ditanam, mak sentiasa kat sisi abah. Cium abah sampailah abah dimandi dan dikafankan. Masa kafan abah, mak dah tak boleh cium. Mak tengok je anak-anak cium. Saya paling lama cium abah. Sampai pakcik tu cakap "ma..lepaskan abah ya. Dah tiba masa nak tanam abah nie" Saya angguk. Lepas tu saya peluk mak. Saya cakap kat mak, saya da cium abah untuk mak. Mak senyum.


Bila musim cinta berbunga buat mak, maka saya cuba korbankan diri saya untuk pastikan mak bahagia dan sentiasa ceria. Impian saya nak bawa mak pergi masjid setiap kali masuk waktu solat. Siang saya bekerja, malam pula kami akan merantua ke mana-mana mencari majlis ilmu untuk bekalan akhirat. Hujung minggu juga begitu. Paginya kami ke mana-mana majlis ilmu. Malamnya kami bertadarus al-Quran. Sebab itu impian mak dengan arwah abah. InsyaAllah, akan saya tunaikan mana-mana yang abah tak sempat.


Impian saya kalau boleh nak buka rumah anak-anak yatim. Nak ajar mereka perihal akhirat, perihal dunia. Dan nama rumah anak yatim tu saya nak letak nama arwah abah dengan mak. Biar jadi bekalan mereka disana. Satu lagi impian saya, saya nak dirikan sebuah rumah Allah. InsyaAllah. Jika ada rezeki lebih. Juga atas nama mak dengan arwah abah. Biar mereka selesa disana. Mak dengan abah ada dua pahlawan yang gagah di akhirat sana yang akan menyambut kedatangan mereka di hadapan pintu syurga. Arwah abang Faiz dengan arwah abang Khairul. InsyaAllah.. Jelesnya saya mereka berdua dapat berjasa pada mak dengan abah dekat akhirat..


Indah bukan cinta saya buat mak dengan abah. InsyaAllah. Moga Allah S.W.T. permudahkan buat saya..Saya tak kisah jika tiada sesiapa untuk saya di dunia ini, asalkan mampu bahagiakan mak. Dan itu yang saya bimbang. Dapatkah calon saya nanti, fahami tanggungjawab dan kehendak saya?. Berat tugasnya. Harap-harap saya jumpa calon yang sama pemikirannya dengan saya. InsyaAllah..



Musim cinta berbunga,
Bukan pada sang kekasih khayalan cuma,
Jatuhnya pada tangga pertama pada Yang Maha Satu,
Kedua nya pada MAK, ibu yang satu..
Moga Allah lindungnya selalu..

MAK,
Cinta buatmu,
Semekar bunga mewangi mekar dalam taman cinta dihati ini,
Takkan pernah dirimu ku biar titisan tangis menitis,
Kerana bahagia mu,
Impian ku di dunia dan akhirat,
Doamu penawar tiap langkah yang terlelap,
Nasihatmu pengubat jiwa yang lemas,
pelukanmu ibarat bantal mengindahkan lelapku..


MAK..

MA SAYANG MAK SOKMO2..
DUNIA AKHIRAT..

1 comments:

PùRpLè LuV Me said...

saya suka post ini
seorang anak dengan niat yang sungguh suci dan murni..
semoga syima terus brjaya dalam apa yang syima niatkan
tak salah kita bermohon untuk yang terbaik untuk diri kerana Allah yang maha mengetahui..
saya doakan syim juga,,amin
trs tabah menongkah cabaran idup ini ye my bestie
u will always have my prayer...hope u know it always

Thanks!!

'Allah!
Ana fi duaa' Anta fi jawaab. Lau Anta ma fi jawaab, ana fi musykillah.'

( Ya Allah! Aku punya permohonan kpd-Mu dan Engkau-lah yg menerima doaku.Jika Engkau x memperkenankan doaku nescaya aku akan ditimpa masalah).. Amin..