Thursday, November 10, 2011

Iman 2

Assalamualaikum



Banyak benda hendak dibuat bersama..
Cuma ia kain buruk sebuah mimpi..
Takkan pernah terlaksana lagi..
Cuma kanvas harapan palsu untuk menyedapkan hati..


Belum puas berbakti..
Allah S.W.T. terlebih dahulu datang mengambilnya..
Allah..
Kuatkan hati.


IMAN..
Tolongggggg....
Jangan larikan diri mu lagi..
Kuatkan desiran angin di hati,
Untuk diri bangun menyapa bayu pelangi,
Dikala hujan meresapi tapak bumi,


KERANA......
Tanpa hembusan kasturi iman,
Diri ini tak punya siapa,
Andai jauh dari rahmat Ilahi..


Benar..
Berminggu diri dalam kemurungan,
Terlapuk dek kenangan,
Terkesima dalam dugaan,
Tangkas bangun bak pahlawan,
Tapi sebenarnya kalah dengan ujian.


ALLAH..
Hamba ini apa ada nya cuma..
Cuma sekadar hamba yang merantau di muka bumi,
Membawa hati melarakan sebuah jiwa,
Berkelana mencari setitik budi dan pekerti,
Terjelepuk dalam ranjau duniawi yang membuli,
Tanpa sedar memakan diri ibarat seperti mati.


Hamba..
Ingin menjadi hamba Mu yang abadi,
Andai diterima,
Besar sungguh REDHA Ilahi..
Rebah hamba sujud mensyukuri.

Hamparan perasaan,
Lambaian sejuta harapan,
Dilambung indah kasih Mu TUHAN..


Hamba..
Akan tetap berada di landasan Mu,
Melayarkan sebuah keinsafan,
Melabuhkan penghargaan keimanan..


Kerana..
Nasuha nurani terusan kan mengalir,
Dengan lamaran keimanan Mu.
Mewangikan segenap gelintaran alam maya
Hanya untuk semaian sepohon cinta bernama..
IMAN..


WALLAHUALAM...



p/s::AL-FATIHAH ABAH..
(1 NOVEMBER 2011)

0 comments:

Thanks!!

'Allah!
Ana fi duaa' Anta fi jawaab. Lau Anta ma fi jawaab, ana fi musykillah.'

( Ya Allah! Aku punya permohonan kpd-Mu dan Engkau-lah yg menerima doaku.Jika Engkau x memperkenankan doaku nescaya aku akan ditimpa masalah).. Amin..