Saturday, September 10, 2011

Saya Seorang Islam

Assalamualaikum..



Bagaimana keadaan anda hari nie??

Sihatkan badan anda?

Iman bagaimana?

Amalan kita cukupkah untuk hari ini??

Pernahkah kita soalkan persoalan ini pada diri?


Tadi sebelum saya melelapkan mata sebentar selepas isyak, ayat ini bermain difikiran. Bimbang juga. Entah banyak mana bekalan pahala saya pada hari ini. Adakah berat amalan pahala, atau berat lagi amalan dosa. MasyaAllah. Minta dijauhkan.


Mengaku sebagai hamba Allah S.W.T. itu senang. Tapi melaksanakan arahanNya teramat sukar. Bagai satu bebanan pada kita. Kadang mungkin ada yang terfikir juga Islam ini bersifat konservatif. Tak sesuai untuk diamalkan pada zaman maklumat di hujung jari ini. Malahan untuk membaca entry seperti ini pun kadang teragak bosan. Betulkan?.. Kalau bab-bab Islamik sikit mulalah mata tu penat nak membaca. Haaaa.. Tengok tu. Ada yang dah mula nak tutup sesawang ini. Haha..


Saya ingin mengajak anda yang sudi membaca entry ini, menyelami satu pengalaman yang masih saya rasai sekarang. Sekadar perkongsian. Andai tidak dapat teruskan bacaan, mohon teruskan membaca. Kerana ia sebagai satu ikhtibar, satu perkongsian untuk menyedarkan diri kita yang semakin hari semakin hanyut dalam lautan keduniaan yang fana ini.


Mungkin ada yang sedia maklum, sudah sebulan saya dan keluarga diselubungi perasaan kehilangan dek kerana kematian nenek tersayang. Saya redha. Kerana itu perjanjian umurnya dengan Allah S.W.T. di Loh Mahfuz. Siapa saya mahu menafikannya. Untuk mengubat kerinduan yang dirasai, saya hiburkan diri dengan membaca buku-buku yang lebih Islamik. Namun, ujian lain melanda. Allah. Berterusan diuji. Kadang terasa seperti..Hmmm..Subhanallah..Nipisnya iman meragui keagunganMu Allah.


Tahu apa yang sedang saya rasakan? Meh sama-sama selami..


Saya dilanda satu perasaan ketakutan. Seperti saya pula yang akan pergi dijemput Ilahi. Lebih senang dalam bahasa modennya MATI. Anda tahu bagaimana perasaan itu? Seakan ingin lari sejauh mungkin. Bertempik sekuat hati biar semua tahu yang saya takut akan mati. Saya masih mahu hidup!!.. Itu yang ingin saya khabarkan pada dunia. Menangis sepanjang hari hingga saya tidak mampu berbuat apa-apa. Getaran badan semaksimum mungkin, suhu badan jatuh pada tahap 0 darjah celsius. Benar!..Sikit pun tak tipu. Iman saya lemah. Saya habiskan masa dengan memikirkan hal ini. Nak buat apa-apa pu takut Bimbang nyawa diambil. Seakan saya menunggu sahaja mati menghampiri. Allah. Hebat ujian Mu. Hinggakan hamba terasa betapa lemahnya kuasa seorang insan itu. Sehebat mana pun hamba, masih tidak mampu hamba melawan kuasaMu Ya Allah. Bukan sehari. Tapi berbulan-bulan. Hinggakan masa saya menaip entry ini, perasaan itu masih kuat terasa. Sebulan juga saya menjalani kaunseling. Mempositifkan diri.


Pernah tak kita terfikir tentang kematian? Apa yang membuatkan saya takut tentang mati ialah amalan yang akan saya bawa kesana. Ke tempat yang lebih hakiki. Bukan seperti dunia pinjaman ini keadaannya. Ya Allah. Bergetar seluruh badan. Takut tak terperi. Banyak dosa yang saya lakukan. Belum tentu saya mampu memjawab soalan malaikat mungkar nakir selancar mungkin. Entah cerah atau gelap mana cahaya kuburan saya nanti. Lebarkah?? sempitkah?? ruang yang bakal saya diami disana. Pernahkah kita terfikirkan ini. Ya, Kita bukan maksum. Sudah tentu kita tetap juga akan dihisab saat tiba masanya. Tapi pernahkah kita cuba untuk menambahkan pahala dan mengurangkan imbangan dosa-dosa yang kita lakukan?.. Agar imbangan kita itu lebihnya pada bahagian kanan?.. Fikir-fikirkan.


Kita sebagai anak. Pernah tak terfikir besarnya tanggungjawab ibu bapa. Baik di dunia mahupun di akhirat? Mereka tetap akan ditanya tentang amanah mereka di dunia ini. Iaitu didikan agama dan cara mereka menerapkan ISLAM pada diri anak-anak. Kadang jika melihat kawan-kawan mahupun saudara seagama seperti tidak ISLAM tingkahnya, sedih juga. Bukan sedih tapi kecewa. ISLAM hanya pada nama, namun gayanya lebih pada sebaliknya. Perempuan dengan auratnya, dengan percakapannya, dengan lakunya yang ibarat monyet dapat bunga atau terkena belacan. Bukan mengata kaum sesama jantina. Tapi teguran. Buat diri juga. Kita suka benar berpegang pada kata seperti ini,

"alaaaa..Tak bertudung tak semestinya jahat, bertudung tak semestinya baik..Jahat lagi pun ada".

Nah, ini pemikiran mereka yang merasakan mereka ini sudah cukup ilmu agamanya. Cuba tanya solat maghrib berapa rakaat? Kot-kot ada yang jawab empat atau dua. Hebat benar "BAIK" mereka itu!. Mengapa hendak berpegang pada pemikiran kolot seperti itu?Orang kata begitu, kita pun angguk saja..Gelengnya diamkan. Tapi tahu pula bila orang kata makan tahi, kita kata najis!. Tidakkah cantik jika anda mengaku anda itu baik dengan lebih kepada keadaan sebetul-betulnya baik, iaitu dengan menutup aurat. Bertudung dengan sempurna mungkin. Pakai baju cukup kainnya, tebal kainnya sedap dipakai. Longgarnya bebas nak bergerak. Mengapa hendak menafikan yang WAJIB dan menegakkan yang MUNGKAR!!.. Ingat! Mati itu sesaat melintasi kehidupan kita!..

Okey, itu yang perempuan. Yang lelaki pula. Sama saja lagaknya. Ada yang mengaku baik, tapi sebaliknya. Kadang-kadang dia pula yang terlebih sudunya hingga kuah tak terusik. Suka ambil kesempatan. Rasanya kalau diadakan soal selidik, ramai yang tidak pandai membaca doa Qunut sekarang. Manakan hendak pandai! Subuh pun pukul 3 petang!. Hah.. Emo nie!!..Tak Maw komen lebih. Kan kena hentam!..Haha..Pandai-pandai lah nilai diri semua.

Saya sayangkan keluarga saya. Anda bagaimana? Tidakkah anda sayang pada mereka? Pada emak, pada ayah, pada kakak, abang, adik-adik semua?.. Sanggupkah anda melihat mereka menghuni neraka didunia sana dek kerana kealpaan kita dalam menegur mereka? Saya sayang mereka. Kadang sedih bila melihat mereka acuh tak acuh dengan agama. Allah. Sedihnya hati bila lihat mereka sebegitu. Saya mahu bersama-sama mereka di Syurga sana. InsyaALLAH. Memang berdakwah kepada keluarga susah. Tapi SABAR lah. InsyaALLAH. Minta dan berdoalah supaya DIA bukakan hati mereka dan permudahkan urusan mereka. Tegurlah mereka mana yang WAJIB. Biarlah pahit mana yang kita telan asalkan tanggungjawab itu kita laksanakan.

Sebab saya sayangkan saudara seagama saya ini, maka saya titipkan ia sebagai ikhtibar buat kita. Bukan nak kata saya baik. Jauh benar. Saya masih jahil, cuma berkongsi apa adanya. Anugerah Tuhan, DIA gerakkan anggota badan saya untuk dikongsikan pada semua.

Bila saya fikirkan balik. Kerana saya seorang ISLAM, maka Allah S.W.T. turunkan ujian seperti ini. DIA mahu saya berada dilandasan yang benar. Mahu saya mengingati kebahagiaan dan limpahan kemewahan didunia hakiki akhirat sana.

Saya positifkan diri. Kerana saya seorang ISLAM maka ujian itu bertubi-tubi, supaya saya dekat dengan diriNYA, disaat orang lain terpesong imannya dek kerana kerakusan mengejar dunia fana, dunia impian sementara.

ALLAH..ALLAH..Lailahailallah..

Agungnya kasih sayangMu pada hamba..

SUBHANALLAH..

ALLAHUAKBAR..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nikmat Allah S.W.T. yang paling indah ialah
bila mana kita merasai halwatul Iman,
Berusaha menjaganya sehingga hembusan terakhir nyawa di dunia,
Mendapat imbalan pahala semasa berhadapan denganNya.
Disayangi dan DirahmatiNya baik didunia dan akhirat.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH MEMBACA..

Wallahualam Taala..

Semoga Allah S.W.T. redha dan bukakan pintu hati kita mendekatiNya.

InsyaAllah..

Sayang anda, kerana anda saudara saya.

Saya Seorang ISLAM, dan anda juga ISLAM..

=)

0 comments:

Thanks!!

'Allah!
Ana fi duaa' Anta fi jawaab. Lau Anta ma fi jawaab, ana fi musykillah.'

( Ya Allah! Aku punya permohonan kpd-Mu dan Engkau-lah yg menerima doaku.Jika Engkau x memperkenankan doaku nescaya aku akan ditimpa masalah).. Amin..