Friday, September 9, 2011

Batu Bata Kehidupan

Assalamualaikum..


Dalam gembira, terkadang ada juga duka kan. Dan tak selamanya duka akan berpanjangan kan?

Dalam sihat, terkadang jatuh, ada sakit juga. Dan tak semestinya sakit itu sebab kita tak pandai jaga kesihatan. Ada juga sebab Allah S.W.T. nak hapuskan dosa-dosa kecil kita. Ingat taw!!

Banyak kisah sedih yang kita lihat. Tolak ketepilah kisah-kisah basi dalam drama atau movie yang terkadang ada melampaunya tanpa sebarang batasan. Memang betul ia berkisar tentang kehidupan realiti, tapi kalau ikutkan pendapat saya, ada pendekatan yang lain lagi yang boleh kita gunakan. Matlamat tak menghalalkan cara. Apatah lagi niat. Lagilah huru hara jika hanya berbekalkan niat yang macam air pasang surut. Nak-nak dengan iman yang tidak sampai sejengkal. HANYUT lah jawabnya kita semua.

Balik pada kisah asal kita. Selalu lari daripada tajuk kan. Apa lah blogger sorang nie.

Ia cuma sebagai sebuah refleksi. Refleksi tentang sebuah kehidupan perjalanan yang penuh ranjau. Ada yang kata ayat dalam blog saya macam ayat penulis novel. Tapi bagi saya tak. Sebab saya tak capai tahap sebaik itu. Saya nie bahasa pun tunggang langgang. Apatah lagi nak jadi pengarang sebaik novelis Islamik kegemaran saya HILAL ASYRAF...Allah.. Jauh lagi perjalanannya.

Saat sedih pernah tak kita berfikir. Bahawa betapa besarnya rahmat yang Allah S.W.T. turunkan pada kita?. Saat kita kesunyian tak berteman, pernah tak kita renungkan hikmah disebalik apa yang terjadi?. Saat kita mendengar atau menerima satu khabaran kematian pernah tak kita cuba untuk menginsafi kejahilan diri? Dan saat kita melihat penderitaan orang lain pernah tak kita cuba menyelami jiwa mereka?

Jarang antara kita cuba untuk memahami keadaan orang lain. Hidup ini banyak pahit dan kelatnya. Banyak garam daripada gulanya. Banyak derita daripada bahagia. Tapi bila masa kita cuba untuk memikirkan sedalam-dalamnya hikmah kejadian sebuah kehidupan? Sedangkan kita tahu bahawa kematian itu sesaat menghampiri. Sedarkah kita kawan-kawan sekalian?

Disaat kita melihat ada kawan yang dalam kesedihan, kita masih tersenyum bangga dengan teman-teman yang lain. Membiarkan teman tersebut terkapai-kapai mencari layar kebebasan untuk menyelamatkan kapal yang hilang arah tujuan. Kadang terlintas dihati. Padan muka dia. Takpun kita cuba hasut kawan-kawan yang lain agar membiarkan dia keseorangan. Allah itu ada menemaninya kawan. Jangan lupa. Siapa yang Maha Berkuasa. Siapa yang Maha Mengetahui. Ingat bacaan amalan kita. Ingat lafaz kita yang satu. Iaitu SYAHADAH!.

Dalam orang lain ada yang tidak mampu membeli walau sekelumit makanan, kita masih mampu melakukan pembaziran. Tanpa rasa bersalah. Ouchhh.. Tak terfikir ke kita? Selama mana kita nak pejamkan mata? Buat tidak endah dengan masalah yang sedang dialami oleh orang lain.

Kita sedar. Setiap orang ada kehidupan yang berbeza. Kadang kita lebih suka amalkan sikap pentingkan diri. Bimbang digelar sebagai penyapu lantai. Busy body amnya. ADOOOOIIII. Kenapa hendak berfikir begitu? Sekali skala cubalah untuk menjadi si penyibuk. Tak salah bukan. Kerana kita semua adalah saudara.

Wahhh..Pena harus dihentikan sekarang. Ada tanggungjawab belum terlaksana.. Ingat. Kadang kita diuji dengan ujian kesenangan. Tanpa sebarang masalah. Kerana kita rasa kita selesa, maka kita lupa bersyukur pada Yang Maha ESA.. Kadang kita diuji dengan ujian kesusahan dan kesedihan. Kerana Allah S.W.T. itu Maha Penyayang. DIA mahu kita sentiasa sedar bahawa DIA ada bila diperlukan, DIA tidak mahu kita terus terleka dengan dunia. Sama-sama kita fikirkan. Sama-sama kita renungkan. Apa baiknya hidup tanpa ujian jika kita jauh dengan Sang Pencipta. Allah S.W.T. Allahuakbar. Jangan ditarik nikmat iman yang telah KAU hadiahkan pada hambaMu ini.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tiba-tiba mati kata..
Bila teringat lupa nak telefon mak..
Lupa nak dengar luahan mak sepanjang minggu nie..
Lupa nak update kesihatan abah macam mana..
Lupa nak tanya keadaan adik-adik hero saya dirumah..
Jumpa dalam entry yang datang k.
MAKKKKK!!!..Syima nak call nie..RINDU!!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Terima kasih kerana sudi singgah membaca..
Wallahualam Taala..

0 comments:

Thanks!!

'Allah!
Ana fi duaa' Anta fi jawaab. Lau Anta ma fi jawaab, ana fi musykillah.'

( Ya Allah! Aku punya permohonan kpd-Mu dan Engkau-lah yg menerima doaku.Jika Engkau x memperkenankan doaku nescaya aku akan ditimpa masalah).. Amin..