Sunday, September 11, 2011

Pelayaran Hidup

Assalamualaikum..


Dikala kelemasan malam,
Meragut ketenangan yang diciptakan siang,
Aku terkapai mencari sandaran,
Mana tuju hendak aku rebahkan.
Mana arah layaran hendak aku halakan.

Hidup ini sebuah pelayaran,
Aku adalah nakhoda kapal,
Hari adalah layar yang bakal aku tegakkan,
Mana arah layaran hendak aku layar tujukan,
Destinasi mana aku kan sampai.

Pulau sepi dalam diri,
Tempatnya didasar hati,
Bila sendiri ia menangis meminta simpati,
Bila ramai kadang ia lari bersembunyi.

Kronologi sebuah kehidupan,
Manifestasinya ialah IMAN,
Taraf hidup cuma seorang hamba dan insan,
Mengikhtirafkan kebesaran ciptaan TUHAN.

Hidup ini tidak lain hanya untuk dinikmati,
Teguhkan ia dijalan ISLAMI,
Akidah, pemantap jati diri,
Menyusuri lurah dendam duniawi.

Siapa diatas, siapa dibawah,
Dunianya tetap bersaksikan pada satu nama,
Allah S.W.T. tiada lain selain NYA,
Satu ucapan yang sama,
Lailahailallah, itu ia,
Memuji kebesaranNYA.

Bila mulut selalu menyebut,
Rasa ketenangan mulai timbul,
Agungnya ciptaan ILAHI,
Hingga terasa kerdilnya diri,
Sungguh hati ini semakin memuji.

Pulau sepi ini,
Tidakkan pernah kosong kembali,
Jika aku hiasi dengan memujiMu setiap hati,
Ia punca utama ketenangan diri.


~~~~~~~~~~~~~~
Kita acap kali merungut,
Namun tidak pernah berbuat apa-apa,
Usahalah memajukan diri,
Dalam mencari keredhaan Ilahi,


~~~~~~~~~~~~~~~

Kembali pada fitrah insani,
Bila diri semakin jauh berlari,
Agar biar pantas mana masa berlari,
Kita masih sedar siapa diri ini..

~~~~~~~~~~~~~~~~

TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH MEMBACA..

SEMOGA ALLAH REDHA..

SAYA SEORANG ISLAM, ANDA JUGA SEORANG ISLAM..


Wallahualam Taala..

0 comments:

Thanks!!

'Allah!
Ana fi duaa' Anta fi jawaab. Lau Anta ma fi jawaab, ana fi musykillah.'

( Ya Allah! Aku punya permohonan kpd-Mu dan Engkau-lah yg menerima doaku.Jika Engkau x memperkenankan doaku nescaya aku akan ditimpa masalah).. Amin..