Wednesday, September 7, 2011

Rindu Yang Tercipta



Assalamualaikum..

Malam nie terasa seakan terpanggil untuk bercerita sedikit kisah persaudaraan yang boleh diumpamakan sebagai hubungan adik beradik. Siapa yang sulung, siapa yang bongsu usahlah ditanya. Kerana hubungan adik beradik itu tiada batasan umurnya. Mana yang lahir awal, anggaplah sebagai anak sulung yang menggerakkan lagi ukhwah persaudaraan ini. Mana yang bongsu maka sedialah untuk dibuli. Mana yang susah, mana yang sedih, mana yang tiada apa-apa kami kongsi bersama.


Kerinduan semakin menjadi-jadi. Apatah lagi akhir-akhir ini banyak khabaran gembira menerjah di cuping telinga. Rasa seperti ingin terbang ke sana berjumpa saudara-saudaraku sekalian. Kenangan lama yang memeningkan kepala cikgu-cikgu benar-benar membuatkan saya ingin kembali pada zaman itu.

Adik beradikku sayang. Coretan pada kali ini, ikhlas ditujukan buat kamu terutamanya dua saudara beradik saya yang Raihanah dan Anis. Ku titipkan buat kanda berdua. Rindu bersama kamu kuat menerjah ingatan. Bila akan kita berjumpa semula. Anis, walau sekampung, sukar juga kita berjumpa. Allah, rindunya pada mereka.


lagi satu coretan kenangan yang pernah dirakam
bersama mereka semasa di Perlis dahulu.




antara insan-insan yang pernah menggembirakan hidup saya..
depan tudung hitam adalah rumate tersayang, Mira..
mag..doc to be..
anis..sedang melanjutkan pelajaran dlm master shhh..rahsia..



kami..sahabat yang tidak pernah berpisah semenjak ting. 2 hinggalah kami berpisah
apabila melanjutkan pelajaran ke manara gading selepas matrik.



Hasil nukilan kami
semasa melakukan program Amal: Khidmat Masyarakat di sebuah sekolah di Perlis..


Entah..Rindu membuak-buak..Kadang tatkala melihat kembali gambar, diri ini tersenyum. =)


~~~~~~~~~~~~~~~~~^^^^^^^^^^^~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Rindu dan sayang ini semuanya untuk kamu
adik beradik A6T4 ku, KMP 07/08!!

~~~~~~~~~~~~~~~~~^^^^^^^^^^^~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

0 comments:

Thanks!!

'Allah!
Ana fi duaa' Anta fi jawaab. Lau Anta ma fi jawaab, ana fi musykillah.'

( Ya Allah! Aku punya permohonan kpd-Mu dan Engkau-lah yg menerima doaku.Jika Engkau x memperkenankan doaku nescaya aku akan ditimpa masalah).. Amin..