Thursday, September 15, 2011

Biar Bicara Berbisik


Assalamualaikum..


Andai dapat ku tadahkan selautan hujan..
Akan ku jadikan ia sebagai penawar buatmu,
Kerana hujan itu adalah rahmat,
Kau dan aku pun jua tahu.


Andai dapat aku menahan cahaya matahari,
Akan aku tahan agar ia tidak berlalu,
Kerana hilangnya matahari,
Menandakan esok bakal bermula hari yang baru.


Andai bulan bintang bisa berbicara,
Akan ku khabarkan pada mereka,
Betapa indah nikmatnya bersaudara,
Dengan penuh kisah suka duka.


Apa guna sahabat,
Jika tika sahabatnya berduka,
Dia masih mampu bergembira.


Apa gunanya sahabat,
Jika sahabatnya memerlukan bahu,
Dia menggeleng tanda tidak mahu..


Aku., kau, kita...
Adalah sahabat..
Susah senang kita tetap akrab.




Umpama lautan tak bertepi,
Seindah sinaran mentari,
Segalak bulan bintang menari,
Itulah hubungan persahabatan kita selama ini..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~^^^^^^~~~~~~~~~~~~~~~~~~
SEMOGA CEPAT SEMBUH DIN!!..
~~DIN KUAT KERANA DIN PUNYA SAYA SEBAGAI SAHABAT!!~~
(Ia sebuah janjikan din.. Buktikan kata-kata din ini!!)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~^^^^^^~~~~~~~~~~~~~~~~~~


TERIMA KASIH KERANA SINGGAH MEMBACA..


SAYA SEORANG ISLAM.. ANDA JUGA SEORANG ISLAM..

Wallahualam Taala.

0 comments:

Thanks!!

'Allah!
Ana fi duaa' Anta fi jawaab. Lau Anta ma fi jawaab, ana fi musykillah.'

( Ya Allah! Aku punya permohonan kpd-Mu dan Engkau-lah yg menerima doaku.Jika Engkau x memperkenankan doaku nescaya aku akan ditimpa masalah).. Amin..