Monday, August 1, 2011

Ramadhan Datang Lagi.


Assalamualaikum.


Alhamdulillah.. Diberi kesempatan lagi untuk merasai nikmat ramadhan pada tahun 2011 ini. Syukur yang tak terhingga. Semalam, memandangkan hari ini, Isnin Melaka mengambil cuti awal Ramadhan, maka saya membawa diri ke Kuala Lumpur. (amek nak!!..punya jauh bawak diri kan.. Selalu ke Seremban aje. Saja nak kenal-kenal KL dengan lebih dekat.)

Semalam, Ahad. Sempat jugalah saya bersama kawan meredah lautan manusia ke Masjid Jamek.(Amboi.. Joli sakan i, kalau you all nak taw). Haha.. Window Shopping je la. Duit kena jimat. Memandangkan tahun nie, banyak nak guna pakai duit. Tapi sempat jugalah dapat merambangkan mata, beli dua tiga kerat barang-barang untuk persiapan raya.(Perghhh.. Puasa baru nak mula, dah start fikir raya..Hilang ibadat puasa..Ishhh). Itu bukan saya. Nafsu masih terkontrol lagi untuk membeli barang-barang yang bukan keperluan. Nak tahu apa yang saya beli masa dekat sana??.. Haha.. Adeshh.. Beli payung dan beg balik kampung. Kerongsang kegilaan saya macam biasa. Tak lepas. Habis semua warna bunga dan ikut warna baju saya beli.(Nampak tak ada pembaziran sedang berlaku pada saya!!.) Tapi jimatnya, saya bajet RM100 habis untuk semalam, tapi tambah tolak, kali bahagi RM36 je..(Perghh.. Ada ke orang perempuan boleh kawal nafsu membeli macam saya??Kompem2 xada kan.~~sentap ah..mula nak perasan minah kerek nie..hehe)


So, dapatlah lihat, bahawa rakyat kita nie memang menang membeli. Macam-macam diborongnya. Itu baru nak masuk awal ramadhan, sudah ada lelong sakan. Masa raya nanti kompem-kompem, sakan habis. Penuh sesak. Itu baru Masjid Jamek. Belum lagi kawasan-kawasan lain. Saya memang da cuci tangan dan kaki dalam bab shopping nie. Tak pandai saya. Baju kurung raya pun orang yang belanjakan. Sampai dua2 pasang warna pink. Adeshh. Yang tinggal sekarang cuma baju untuk adik perempuan saya je. Eisya. Sebagaimana yang dijanjikan. Tudung untuk Eisya da dibeli. Baju maknanya kena beli yang sama warna la gamaknya.Hmm....


Apa-apa pun, SALAM RAMADHAN buat pengunjung blog saya, sama ada yang sudi singgah membaca sambil meninggalkan jejak, mahupun yang singgah sekadar membaca. Terima kasih tak terhingga.(Nape, tiba-tiba rasa macam menang award plok..hehe)..Semoga iabadat kita dibulan mulia ini diterima seadanya. InsyaAllah.


Petang nie da nak bertolak balik ke Melaka. Tak sampai tiga minggu dah nak kembali ke Besut. Ohhhh Yeahhhhhhhhhhhh.. Terasa macam nak lompat-lompat aje bila fikir nak berpuasa bersama keluarga. Kalau ikut perasaan, memang Jumaat lepas lagi nak balik Besut memandangkan Isnin cuti, tapi bila fikirkan tentang penat nak ke kuliah pagi Selasa, maka tidaklah saya pulang dan menapakkan kaki ke kota metropolitan yang banyak cabaran ini.

Dibawah nie, saya sediakan satu kad sempena kedatangan Ramadhan untuk kawan-kawan. Maaf ya jika kombinasi warna tidak cantik sangat. Tapi okey apakan..haha..( Dah start balik perangai masuk bakul angkat sendiri)..




Ok. Fine..Memang dah tersedia maklum, gambar kat atas tak berapa cantik. Tapi saya reka sendiri ikhlas untuk sahabat bloggers sekalian. cuba google tengok. Ada tak dekat google..Hehe..Puas juga dok meng"edit" gambar. Ingatkan senang. Lain kali kena buat awal-awal la cenggini. Penat. Tapi IKHLAS itu penting. So, jumpa dalam entry yang lain pula ya.


~~Tak cantik tak apa, asalkan ia bermakna..~~



Trademark Ramadhan saya tahun ini..

STOP...Sifat2 mazmumah,
STAND BY... untuk membaiki diri,
GO....sifat2 mahmudah..



~~semoga apa yang kita lakukan di bulan Mulia ini menjadi ibadat dan memperoleh berakah!!~~


2 comments:

aina halim said...

baju raya kaler pink?!! hehehe.. ingat lak time form 5 dulu, raya baju kaler pink gak. kekekeke...

Salam Ramadhan Syimah =)
Time ni nak kumpul banyak2 pahala. Allah tu maha menyayangi hambaNya.

Syima Adilla said...

haha..masalahnya aina...every year kot wajib ada wrne pink..adoii..mybe mmg sesuai kot dgn syimah..cuma 2,3 thn lepas je xda pink..tu pun sbb syimah boikot xnk pkai..tu yg thn lepas pkai baju raya thn lpas yg dlu..sbb xmaw pink..alih2 thn nie kne jgak pakai sbb org blanja dr jauh kan..huhu..=)

Salam Ramadhan utk Aina juak..
Sama2 kita gandakan pahala..
=)

Thanks!!

'Allah!
Ana fi duaa' Anta fi jawaab. Lau Anta ma fi jawaab, ana fi musykillah.'

( Ya Allah! Aku punya permohonan kpd-Mu dan Engkau-lah yg menerima doaku.Jika Engkau x memperkenankan doaku nescaya aku akan ditimpa masalah).. Amin..