Thursday, July 21, 2011

Jemari

Assalamualaikum.


Jari kita. Ada pelbagai fungsinya. Kegunaan yang tersendiri. Bagaimana kita menggunakannya. Sama ada untu kebaikan atau kejahatan. Ramai antara kita menggunakan jari untuk membuat sesuatu yang salah. Jari kita lima.


Ya. Jari kita ada lima. Lima yang banyak membawa makna. Lima yang penuh erti. Lima yang pelbagai fungsi. Selain nombor tujuh, nombor lima juga memainkan peranannya dalam hidup manusia seharian.

Apa fungsinya. Yang pentingnya dalam amalan seharian manusia itu sendiri kita ada lima waktu yang wajib kita jalankan. Iaitu solat. Bermula dengan subuh, seterusnya zuhur, lantas menuju ke asar, bersambung ke maghrib dan berakhir pada waktu isyak. Itulah aturan kita seharian. Tempat bertemu kekasih sejati. Tempat mengadu damba segala kesalahan dan tempat mencurahkan segala kesedihan dan juga kebahagiaan.

Seterusnya apa lagi yang berkaitan dengan lima jari kita ini??.Nahhh.. Ini yang saya nak bincangkan dalam entry pada kali ini. Jari yang biasa kita salah gunakan ialah jari telunjuk. Apa kesalahannnya? Nie dia. Menunjukkan kesalahan yang kita lakukan kepada orang lain. Dalam bahasa kunonya, Baling batu sembunyi tanganlah kan. Dasar pengecut manusia jenis ini. Bencinyaaaaa.. Haha.. Ayat yang biasa kita jadikan sebagai alasan ialah manusia, biasalah melakukan kesalahan. Saya paling benci orang-orang yang memberikan jawapan ini apabila kesalahan mereka ditegur. Kenapa nak bergantung berterusan dengan ayat begini? Sampai bila nak bergantung harap.

Berhati-hati dengan jemari kita. Ada masa kita selalu menyalahgunakannya. Menuding kesalahan sendiri kepada orang lain. Ingat kawan-kawan, sahabat sekalian. Satu jari anda ditudingkan kepada orang, tiga jari kearah diri sendiri, dan ibu jari jadi saksi. Malulah dengan jemari kita. Jangan asyik melihat kesalahan orang, perhatikan dulu kesalahan diri. Tak kita, tak orang, ada masa, balasan kan mendatang. Jangan anggap kita hebat. Hebat dunia belum tentu hebat diakhirat. Hidup jangan jadi parasit. Bimbang nanti anda akan merana. Belum tentu ada yang sudi membantu dikala kesusahan.

Wallahu Alam Taala.

~~
Hidup jangan jadi parasit,
menghisap darah sedikit demi sedikit.

Hidup umpama roda,
ada masa terkena jua.

Hidup jangan pura-pura,
sampai masa bimbang gila.
~~

2 comments:

pokjat said...

sy suke gune jari telingking... leh wat korek (0 0)...
hahahha..... jgn marah...

Syima Adilla said...

haha..

memang jari tu byak kegunaannya..

=)

Thanks!!

'Allah!
Ana fi duaa' Anta fi jawaab. Lau Anta ma fi jawaab, ana fi musykillah.'

( Ya Allah! Aku punya permohonan kpd-Mu dan Engkau-lah yg menerima doaku.Jika Engkau x memperkenankan doaku nescaya aku akan ditimpa masalah).. Amin..