Thursday, August 4, 2011

Penginsafan

Assalamualaikum..


Hidup itu indah bila mana kita tahu menghargainya.. Mati itu pasti. Namun, terkadang hati tertanya. Cukupkah amalan yang hendak dibawa. Kesakitan yang diberi bukan untuk menyusahkan diri kita. Tapi sebenarnya sebagai ingatan kepada kita yang senantiasa lalai dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.

Bila mata kan terpejam. Maka terputuslah amalan kita di dunia. Tiada lagi sahabat yang setia mendampingi. Tiada lagi teman bersuka ria. Tiada lagi pujian dan umpatan yang selalu kita jadikan hiasan bibir. Yang pergi tetapkan terus berlalu. Ibarat pelangi yang muncul selepas hujan. Segala jerih pedih yang kita alami. Sepantas pelangi juga ia akan hilang.

Anda tahu apa saya rasa sekarang. Saya rindukan arwah. Teramat rindu sahabat yang baik sepertinya. Yang tidakkan pernah saya jumpa lagi insan semulianya di dunia ini.


Ditambah dengan kesakitan yang saya alami, saya tahu. Bila-bila masa sahaja nyawa saya akan dicabut oleh malaikat maut. Tubuh terasa bergetar. Untuk menaip nama malaikat maut juga terasa takut. Terlampau banyak dosa yang telah dilakukan.


~~
sedar tapi tidak mampu berbuat apa-apa..
takut tapi tidak mampu berkata-kata
getar tapi tiada siapakan dapat menjangka
Bila mati akan tiba.
~~

3 comments:

ieka said...

~ j sedih2 k.. doa bnyk2 kt arwah.. 2 yang ika buat if ika igt kat arwah ma ika.. ~

Syima Adilla said...

hehe..

tenkiu ieka..

=)

Anonymous said...

allahuakbar..mati sesaat je ddepan kte...huhu

Thanks!!

'Allah!
Ana fi duaa' Anta fi jawaab. Lau Anta ma fi jawaab, ana fi musykillah.'

( Ya Allah! Aku punya permohonan kpd-Mu dan Engkau-lah yg menerima doaku.Jika Engkau x memperkenankan doaku nescaya aku akan ditimpa masalah).. Amin..