Saturday, August 6, 2011

Coretan Perjalanan

Assalamualaikum..


Allah S.W.T takkan menduga umatNya lebih daripada apa yang umatNya mampu.

Ramadhan ini, keluarga saya diuji lagi.

Dengan saya yang diserang penyakit.. Dengan nenek saya sekarang sedang kritikal. Entah. Diri terasa kehilangan. Manakan tidak. Saya membesar bersamanya. Banyak kisah hidup saya berkaitan dengannya. Banyak coretan perjalanan saya yang terakam indah bersamanya. Yang tak mengerti tidak akan memahami.

Coretan perjalanan yang penuh suka duka. Apa mampu dilafazkan. Yang sayang ditinggalkan pergi. adakah dia kan dijemput menemui kekasih sejati sang Ilahi Rabbi dalam masa terdekat ini.. Pohon hamba Mu ini Ya Allah, berikanlah kami kesempatan untuk bersamanya buat kali ini sahaja. Agar dapat kami merakam pelbagai kenangan. Agar dapat kami saling bergandingan tangan. Ampunkanlah segala dosa-dosa yang telah kami lakukan Ya Allah. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar, Maha Mengetahui.

Tok Wan.
Ma sayang tok wan. Untuk selama-lamanya. Terima kasih kerana sanggup menjaga ma sejak kecil. Membesarkan ma dengan pelbagai kenangan terindah. Mengajar ma bagaimana untuk hidup sebagai kanak-kanak kampung yang bebas.

Jika raya, tiada yang paling sibuk. Semestinya tok wan. Manakan tidak. Ketupat tiada yang hendak bungkus. Yang muda semua sibuk dengan pertandingan biskut dan kuih raya moden. Yang pertengahan sibuk menghias dan mengemas rumah. Tinggallah tok wan yang sibuk mencari beras pulut membuat nasi dagang. Apa yang pasti, semuanya indah. Gelagat kelam kabut pagi raya jelas terbayang di wajah.

Hari ini. Tok wan tenat. Kritikal di HPNZ Kuala Terengganu. Entah. Tiada kata. Bisu. Kelu.(airmata saya mengalir laju sekarang.Segala kenangan terimbau.). Semuanya sudah berkumpul. Sedangkan saya. Cucu yang paling rapat. Yang ditatang bagai minyak yang penuh. Masih...Argggggghhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!(mula kehilangan kata-kata. Air mata menjejaskan penglihatan)


Berjuanglah Tok Wan. Kami semua doakan semoga tok wan sembuh seperti biasa. Bisa meraikan Hari Raya bersama kami lagi tahun ini.


~~
petang tadi baru saya bercerita tentang kisah hidup saya bersama tokwan kepada teman sebilik.
Sekarang..Berita tokwan sedang kritikal, membuatkan saya......KEHILANGAN KATA-KATA. HIDUP TERASA KOSONG. HATI MENJADI SEKERAS KERIKIL..
~~

hidup di dunia ini yang ada cuma..............
Kesedihan, Keperihan dan Ketakutan..
~~

LA TAHZAN SEMUANYA.
KUATKAN SEMANGAT.
UJIAN ALLAH
PENGUAT IMAN.
TAKDIR, DISINGKAP BERLANDASKAN AKAL.
INSYAALLAH. HALWATUL IMAN MENANTI PASTI.
~~

4 comments:

Anonymous said...

moga tokwan anda cepat sembuh..insyallah di bulan barakah ini...byk2 sabar dan doa...huhuhu

Syima Adilla said...

trima kasih walau siapa pun anda..

Tuhan lebih menyayangi tokwan..

arwah telah kembali ke pangkuanNya.

Anonymous said...

takziah utk saudari dan kluarga..alfatihah utk tokwan anda...terimalah ngan redha kerana perancangaNYA lebey terbaek...sumenye da tesurat dlm loh mahfuz...sume anda kuat...

Syima Adilla said...

jazakumullah khairan khatira atas ucapan dan sokongan semangat..

insyaALLAH..sedang berusaha untuk kuat..

saya redha..takdir Allah..

JanjiNya pasti..ada yang terbaik menanti.

Thanks!!

'Allah!
Ana fi duaa' Anta fi jawaab. Lau Anta ma fi jawaab, ana fi musykillah.'

( Ya Allah! Aku punya permohonan kpd-Mu dan Engkau-lah yg menerima doaku.Jika Engkau x memperkenankan doaku nescaya aku akan ditimpa masalah).. Amin..