Saturday, August 27, 2011

Pemanggil Misteri

Assalamualaikum..



Apa?? Terkena panggilan hangit? Yang HOTFM punya ke??..Jengjengjeng...Meh nak cerita..


Petang tadi. Boleh kata tengah hari pun ya jugak. Lepas zohor dalam pukul 1 lebih-lebih. Dalam kalut kemas rumah dengan mak dan adik-adik. Tengah berserabut mana nak letak perabot. Betul tak susunannya. Sape nak pasang langsir. Sape nak uruskan abah masa tengah bising-bising kemas rumah nie. Tiba-tiba pula dapat satu panggilan. Hah. Tengok nombor. Tak ada dalam simpanan. Ingat nak abaikan je. Tapi bila mak kata, angkatlah mana tahu buah hati ke, kawan-kawan lama ke kan. Aiiii mak. Anak mak nie ada buah hati ke? Bukan hari tu dah kata ke, serah pada takdir. Mana tahu kan. Kot-kot tak sempat temu jodoh di dunia nie kan. InsyaAllah dekat akhirat ada la kan.. Hehe..


Jadi saya angkat la kan. Suara orang lelaki beb. Cehhh.. Macam tak pernah angkat panggilan daripada orang lelaki kan. Buat-buat macam saya nie tak pernah kawan dengan lelaki kan. Padahal kawan lelaki berlambak. Selalu je telefon share masalah atau sekadar bertanya khabar. Tapi..Tapi.. Yang nie lain beb. Perghhh.. Sasau sekejap. Nanar mana nak cari jalan keluar. Haha.

Awal panggilan. Nama sebenar saya digunakan. Saya da macam. Eehh. Siapa pulak nie. Telefon pulak masa tengah penat mengemas. Tapi okey gak. Boleh curi tulang jap. Bila dah abes kata-kata aluan..Haha.. Tiba-tiba ada lah satu panggilan pemanggil nie bagi kat saya. CIKGU!!.. Adesh. Saya dah tak boleh berfikir. Siapa pulak nie. Takkan anak murid suara macam nie kan. Rasa macam tak bagi dah no telefon kat anak murid. Last-last dengar suara orang gelak. Saya mula lah nak naik hantu. Nie mesti salah seorang kawan saya nie. Adalah tu yang nak mengenakan saya kan.

Bila dah abes gelak. Pemanggil tu perkenalkan diri. Timbul pulak masalah. Bila saya tak dengar apa dia cakap. Jadi saya duduk statik tengah-tengah ruang tamu. Tak layan dah adik-adik saya yang tengah tarik almari nak ubah kedudukan tu. Bila dah betul-betul dengar nama sebenar pemanggil tu. Tu pun sebab saya dengar perkataan facebook. Jadi ligat juga cari kenalan facebook saya yang ada no fon saya. Last-last bila betul-betul clear. Ayat yang keluar daripada mulut saya "LailahailaAllah budak nie. Aku sekeh jugakkan." Okey. Tolak sepuluh markah. Dah la kuat kot cakap macam tu. Nak-nak pulak orang tu saya..Hmmm.. Simpan sahaja okey ayat tu.. Hehe..

Jadi nak cover balik. Terus tanya. Eeeh. Betul ke? Lainnya suara. Ececece.. Macam pernah dengar je suara si lelaki tu kan. Padahal tak pernah pun. Huhu. Last dengar suara kalau tak silap masa zaman sekolah dulu kot. Zaman tuisyen dulu-dulu. Lepas tu borak2 la sikitkan. Cover balik ayat yang terlepas tadi. Dengan suara saya yang entah mana nada dan temponya pun tak tahu lah. Memang failed la. Orang sebelah sana saya rasa steady je kot. Saya punya gelabah. Nak-nak masa nak sebut nama dia kan. Kan kalau sebut nama panggilan dia mau satu rumah heboh. Jadi dengan rasa janggalnya panggil nama depan. Alasannya ada kawan 2,3 orang nama tu kan. Jadi boleh la cover2 depan adik2 yang memang dok stalk Fb saya sejak dulu lagi kalau ada masa. Kekok juga rasanya. Berbelit lidah. Adoiii.. Sori pada si pemanggilnya.

Kredit untuk si pemanggil. Sebab berjaya buat saya huru hara hari ini. Haha. Adeshh. Tak sangka dapat panggilan. Nak-nak hari nie, macam-macam benda terjadi dalam rumah nie. Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya ada la juga benda nak buat saya mengelamun dan bersemangat buat kerja kemas rumah kan. Hehe.


~~~~~~~~~~~**************************~~~~~~~~~~~~~

Ieka, Aina, Reen, dan Ina...Haha..Agak-agak dapat teka tak sape pemanggil misteri tu??
cer teka..cer teka..
haha..
=)

~~~~~~~~~~~~***********************~~~~~~~~~~~~~~

Bila mana seseorang itu kita dambakan,
Hati riang walau gusar dengan masalah,
disaat terasa diri semakin rapuh,
Tuhan hadirkan insan untuk dijadikan teman berteduh,
Dalam sedih yang kita alami,
Masih ada teman yang sudi menemani.


~~~~~~~
Wallahualam
~~~~~~~~

1 comments:

ieka said...

dr.zul!!! jantung pisang syimah.. xbaca post syimah.. 2 xtau.. seb baik gtaw kt fb tadi... by da way.. senyum2 ya la..

xlama lagi dpt mkn nasi minyak..

Thanks!!

'Allah!
Ana fi duaa' Anta fi jawaab. Lau Anta ma fi jawaab, ana fi musykillah.'

( Ya Allah! Aku punya permohonan kpd-Mu dan Engkau-lah yg menerima doaku.Jika Engkau x memperkenankan doaku nescaya aku akan ditimpa masalah).. Amin..