Wednesday, August 31, 2011

Lambaian Lebaran.


Assalamualaikum..


Macam mana raya anda semua??..Keluarga saya, Alhamdulillah. Beraya dengan apa adanya. Sederhana seperti tahun-tahun yang lepas. Cuma sedikit kekurangan pada tahun ini dengan ketiadaan arwah tokwan, ketidakpulangan abang joe, cik su dan ayah chik sekeluarga. Al-Fatihah buat arwah tokwan, arwah tokki Jerantut (sebelah abah), arwah abg Faiz Zaquan( meninggal 15hari selepas kelahiran), arwah abg Khairul (meninggal selepas beberapa jam dilahirkan~~rasanya betul dah nama nie..hehe..).

okey.. Tak maw mood sedih-sedih. Tak ada apa-apa nak share sangat pun sebenarnya. Hehe..Masakan untuk pagi raya macam biasalah nasi dagang, nasi impit kuah kacang,ketupat dan ada la makanan-makanan sampingan yang lain. Terasa sedikit kelainan bila tiada tapai buatan air tangan arwah. Nak-nak malam-malam kat Besut nie selalu hujan.

Rentetan pagi syawal pada kali ini. Hmm. Selepas solat raya, kami semua menjejakkan kaki ke kuburan arwah sanak saudara yang telah terlebih dahulu dijemput Ilahi. Sayu jelas terasa. Sungguh. Jika dulu agak sukar kami berhimpun seramai ini, tapi raya kali ini, Alhamdulillah. Ada hikmah dengan kehilangan orang-orang yang kami sayang. Sungguh, nikmat Tuhan itu besar jika kita menyedarinya. Sungguh, kita akan lebih bersyukur bila menyedari nikmat kurniaan Ilahi. Sungguh, saya bangga punya keluarga seperti, disaat orang lain sudah tidak merasai apa itu makna sebuah kekeluargaan. Sungguh saya bangga, Aidilfitri kali ini rahmat Allah S.W.T. melimpah ruah, ukhwah kekeluargaan semakin akrab. Alhamdulillah.




Sungguh.. Diri ini merinduimu.. Semoga dalam rahmat Ilahi..
(06.08.2011)


Raya kedua, hari ini la kan.. Disambung dengan kenduri arwah dan juga majlis kesyukuran. Alhamdulillah, ramai yang bertandang sehingga lewat petang tadi. Sehinggakan lauk pauk tidak cukup. Besok, belum tentu mana arah tuju kami sekeluarga. InsyaAllah, jika tiada aral melintang, masih lagi berada dirumah tokki sehingga Jumaat nanti. Pada kawan-kawan yang hendak datang beraya maaf ya. Harap memahami tugas emak saya sebagai anak yang sulung. Tanggungjawab tergalas pada bahunya sekarang untuk menjaga seorang ayah. Hehe..

Bagaimana raya anda? Meriah tapi masih bersederhanakah??.Setakat mana sederhana kita itu?? Berlakukah pembaziran disaat masih ada negara-negara Islam yang sedang mengalami masalah kebuluran? Sudah memulakan puasa enam anda untuk syawal pada kali ini?.Bagaimana perjalanan anda?.

Owh ya. Sebelum lupa. Tahniah buat sahabat terbaik saya di KMP, kerana bakal mengikat tali pertunangan pada hari esok. Jika tiada apa-apa, InsyaAllah, sampailah sahabatmu ini. Terima kasih kerana menjadikan saya sebagai orang pertama yang mendapat khabaran berita gembira ini. Alhamdulillah. Semoga segala-galanya berjalan dengan lancar. Doa saya mengiringi khabaran gembira anda. Semoga sinaran yang terpancar esok adalah sinaran yang paling indah buatmu sahabat.


adik beradik KMP saya yang tersayang..



Buat cucunda-cucunda dan anakanda-anakanada keluarga besar Hj Mohd Yasen, terima kasih kerana kerjasama untuk merakam gambar keluarga yang anda berikan. Sungguh, sangat-sangat bahagia dapat menghabiskan raya dengan bergambar sakan dengan anda semua. Harapnya dengan kemeriahan dan suasana raya yang kita raikan semalam mampu mengubat rindu Tokki pada arwah tokwan. Tokki, kami cuba yang terbaik untuk menggembirakan tokki. Harap ia mampu mengubat rindu tokki pada yang telah tiada. Hanya itu yang termampu dengan umur kami yang tidak sematang mana ini.


Sebahagian daripada sepupu-sepupu yang sporting habis..
=)


Buat rakan-rakan, kawan-kawan, sahabat-sahabat serta teman-teman terbaik antaranya kak ja, fairuz, Nabihah, ieka, aina, umai, ina, reen, tie, bar aka afie, Dr. Zul, Hj Amirullah, Atiqu, serta nama-nama yang tidak tersebut, Selamat Menyambut Lebaran. Semoga tahun ini, limpahan rahmat Ilahi menyinari lebaran yang sedang kita nikmati. InsyaAllah. Semoga Allah S.W.T. redha.


~~~~~~~~***~~~~~~~~~~
Setiap kegembiraan yang kita rasai,
ingat masih ada yang sedang menangisi.

~~~~~~~~***~~~~~~~~~
Dalam bahagia yang kita layari,
sedarlah ada layar lain sedang cuba tegak berdiri.

~~~~~~~~~~~***~~~~~~~~~
Bila mana rahmat Ilahi memayungi,
syukurilah apa adanya.

~~~~~~~~~~~***~~~~~~~~~~
Jika kurang ajar dan tersalah kata,
mau terlampau dalam bertingkah laku,
10 jari dihulur kerana diri ini sehina insani,
masih banyak yang perlu dibaiki,
terlalu banyak kekurangan diri,
kadang ego menguasai diri,
sedangkan kuasa Ilahi itu tiada tolak tepi.
~~~~~~~~~~~~***~~~~~~~~~~~~


SALAM LEBARAN..MOHON AMPUN SEGALA-GALA YANG TERGURIS ZAHIR DAN BATIN..
=)

0 comments:

Thanks!!

'Allah!
Ana fi duaa' Anta fi jawaab. Lau Anta ma fi jawaab, ana fi musykillah.'

( Ya Allah! Aku punya permohonan kpd-Mu dan Engkau-lah yg menerima doaku.Jika Engkau x memperkenankan doaku nescaya aku akan ditimpa masalah).. Amin..