Monday, August 22, 2011

Motivasi Kecemerlangan

Assalamualaikum.


Hari nie.. 22 Ogos. Sebagaimana saya janjikan semalam. Nak bercerita tentang aktiviti saya dalam mengendalikan adik2 Pendidikan Khas. Anda tahu apa yang terjadi? Agak menyedihkan hati. Sayu. Sehingga sekarang masih terasa kesayuan tersebut. Ada dua aktiviti. Pertamanya dengan adik2 PKBP. Keduanya dengan adik2 darjah enam. Terima kasih sekali lagi untuk En. Wan. Kerana sudi melibatkan kami untuk aktiviti kedua ini. Terima juga kerana memberikan kami peluang sepenuhnya untuk berinteraksi dengan adik2 yang bakal menduduki peperiksaan ini. Tak lupa untuk En. Wan dan 3 lagi rakannya..Terima kasih banyak diatas peluang yang diberikan. Cantik bendera panjang yang kalian hasilkan. Untuk sahabat Nabihah. Maaf jika program tadi benar2 membuatkan kita berdua mengalirkan air mata dihadapan murid. Sungguh pengalaman itu berharga.


Aktiviti 1:
~~bersama kanak2 PKBP~~

Disebabkan dah takde keje..Jadi saya dan Nabihah serta seorang lagi guru baru kendalikan kelas dengan memasang cerita. Dalam laptop ada cerita yang ganas2 je. KL Gangster. Kongsi. Mana sesuai beb untuk budak2 kan. Jadi akhirnya pasang je la cerita Hantu Kak Limah. Tapi murid2 pulak bising. Sebab dia orang dah puas tengok. Jadi atas cadangan cikgu baru yang saya tak tahu nama apa~~ maaf ya!!..Kami pasang cerita Karak. Amek nak. Semua senyap. Bila sampai bab2 yang ada kejutan semua terangkat sebab terkejut. Kesian anak2 cikgu kan. Tapi tak lama mereka layan cerita Karak. Sebabnya takut sangat. Jadi mereka banyak main. So, maknanya, saya xdapat kendalikan kelas dengan sebaik mungkin.


Aktiviti 2:
~~bersama pelajar 6B~~

Ini adalah hasil kerja En. Wan. Takpe. En. Wan tak tahu saya mempopularkan dia dalam blog nie. Haha. Bagus juga cadangan saudara Wan kita nie. Sebenarnya selepas saya tak mampu mengendalikan kelas, saya ajak la dalam 4,5 orang pelajar istimewa saya nie keluar tengok saudara Wan kita dan rakan2nya melukis bendera terpanjang. Tak sempat nak panas enjin, suadara Wan kita nie dah minta saya dan Bihah bagi sedikit motivasi kepada adik2 6B yang akan menduduki UPSR dalam 2,3 minggu lagi. Jadi kira macam spontan la kami nie. Dengan ilmu yang tak penuh didada, saya dan Bihah pun memberi sedikit ceramah.


Mula-mula adik2 nie diterangkan sedikit tentang format peperiksaan mana yang dijangka keluar. Lepas tu Bihah tekan pasal adab dengan guru, ibu bapa dan rakan. Lepas tu kami kongsi pengalaman kami untuk tingkatkan semangat dalam diri adik2 yang terpilih nie. Banyak kenangan lampau kami masa sekolah rendah dulu dikorek balik. Ada suka ada duka. Air mata kami tahan bila teringat kisah lama yang sedih2 untuk menjadi seperti hari ini.


Sebelum aktiviti motivasi ini kami tutup, saya sempat minta adik2 nie menarik nafas dalam-dalam. Selepas itu saya minta mereka menutup mata dan membayangkan wajah2 ayah dan ibu mereka. Dengan nada yang sayu, saya melirihkan suara. Membuat suara seperti seorang anak mengejutkan ibu bapa yang seakan tidakkan pernah sedar kembali. Saya dengar adik-adik ini menangis. Lelaki mau perempuan. Semuanya sayu. Tanpa sedar, saya jua menangis. Bila mana saya sedar, betapa besar dosa saya pada mak dan abah. Bila mana saya sedar, perjuangan hidup mereka adalah untuk anak-anak. Bila mana saya sedar, tiada apa-apa yang mampu saya balas dengan jasa mereka yang begitu besar. Bila mana saya sedar, Ya Allah. Hati ini walang rasanya. Sayu. Tanpa sedar jua, air mata laju menangis. Tidak mampu saya meneruskan ungkapan kata. Teman disebelah, Bihah mengalir airmatanya tanpa henti. Nah, baru saya sedar. Kata-kata saya telah melampaui batas. Seorang anak yang kehilangan ibu, sedang menangis disebelah saya. Maafkan aku sahabat.


Namun ia sesuatu yang bermakna. Bila mana pengalaman itu mampu dijadikan sebagai perkongsian dengan adik-adik ini. Semoga Allah membuka kesedaran pada mereka. Maaf adik-adik. Bukan sengaja atau suka-suka kami alirkan airmata tadi. Itu menunjukkan bahawa betapa kami ingin adik tahu bahawa begitu besar pengorbanan ibu bapa demi kita semua. Bahawa masa depan itu kita yang tentukan. Ubahlah cara hidup. Bersemangatlah dalam menimba ilmu. Teruskan perjuangan. Cikgu cabar anda.


Adik2 ini berjanji sesuatu dengan saya. Saya tak sabar menanti hari esok. Nak tahu apa kesudahannya??.. Apa kesannya pada adik2 ini??..Nantikan entry seterusnya!!..

Wassalam..


2 comments:

aina halim said...

syimah... harapnya usaha seorang cikgu tu dapat membawa perubahan dalam diri pelajar kelak. Sungguh, mulia kerjaya seorang guru andai diambil dengan penuh rasa tanggungjawab mendidik anak bangsa :)

ieka said...

syimah.. inovatif dalm handle students.. hehehe.. ape2 pown lakukan yang terbaik ya.. if ade rezeki KPLI ade lagi insyaALLAH ika nk mohon jadi guru.. bub keje dalam bidang dup ambik skunk mcm xde life.. nnt kawen xleh nk tgk ank2.. so i must do sumtng ...

Thanks!!

'Allah!
Ana fi duaa' Anta fi jawaab. Lau Anta ma fi jawaab, ana fi musykillah.'

( Ya Allah! Aku punya permohonan kpd-Mu dan Engkau-lah yg menerima doaku.Jika Engkau x memperkenankan doaku nescaya aku akan ditimpa masalah).. Amin..