Sunday, August 7, 2011

Kau pergi jua

Kematian itu pasti,
Tiada teman disisi,
perjalanan peribadi sendirian setiap insani.

Puas mana diri menangisi,
Takkan pernah hidup yang telah mati,
Hilang tiada pengganti.

6 Ramadhan.
Tarikh yang cukup kuat untuk diingati,
Pulanglah insan yang disayangi,
Kepangkuan Ilahi.

Sayang diri ini tiada disisi,
Namun doa sentiasa membasahi bibir ini,
Walau kuat aliran air di pipi,
Tiada kisah, malah dikuatkan hati,
saya redha, kerana pasti,
Itu janji Ilahi,
Yang hidup pastikan mati.


Semoga tokwan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Jangan bimbang. Diri ini kuat. Cucu tokwan ini kuat. Tokwan tahukan itu?? Kerana kita sama-sama percaya janjiNya pasti. Yang hidup pastikan mati. Cuma alam kita berbeza. Syima pasrah. Syima redha. Allah Maha Mengetahui. Allah Maha Menyayangi. Setiap dugaan yang diberikan, pastikan ada hikmah menanti. InsyaAllah. Allahuakbar!!..

Wallahualam......
~~~~~~~~~~
Yang hidup teruskan perjuangan,
Yang tiada kita doakan,
Yang pasti mati itu realiti,
Pergi takkan pernah kembali.
~~~~~~~~~~

Innanillahiwainailaihiraji'un....(PadaMu aku datang, PadaMu aku kembali ya Rabbi)

2 comments:

cik siska ^_^ said...

sabar ye ma....semua itu ada hikmahnya. yg penting tokwan bertuah pergi pada bulan ramadhan yang penuh barakah ini.

aina halim said...

sabar ye syimah. Apa yang pasti, yang pergi takkan kembali. kita yang masih hidup ni perlu teruskan perjalanan.

doa dan alunan al-quran insyaAllah sampai pahala sedekahnya kepada yang telah pergi.

Thanks!!

'Allah!
Ana fi duaa' Anta fi jawaab. Lau Anta ma fi jawaab, ana fi musykillah.'

( Ya Allah! Aku punya permohonan kpd-Mu dan Engkau-lah yg menerima doaku.Jika Engkau x memperkenankan doaku nescaya aku akan ditimpa masalah).. Amin..