Saturday, August 6, 2011

Alam main peranan

Angin..
Bisikkan rindu seorang cucu ini kepada neneknya..
Bahawa aku betul2 menyayanginya.
Bahawa aku bersyukur bisa melewati hari bersama,
Dalam usia kanak-kanakku.

Bayu..
Hembusan lafaz doa ini sampaikanlah kepada nenekku..
Agar ada keajaiban yang berlaku.
Supaya aku terus merasa peluk cium nenekku.

Debu..
sudilah diri kau menjadi alasan bagi setiap tangisanku..
Agar tiada yang tahu aku bersedih.
Agar tiada yang tahu aku sebenarnya rapuh.
Aku tiada yang tahu aku sebenarnya sudah terjunam jatuh.

Udara..
Kuatkanlah aku untuk terus bernafas dimuka bumi ini.
Biar tiada yang tahu aku sebenarnya tidak kuat.
Biar tiada yang tahu aku sebenarnya tidak dapat menerima berita ini.
Biar tiada yang tahu aku sebenarnya tiada kudrat.
Biar tiada yang tahu aku gagal menghadapi dugaan ini.

Sinaran mentari.
Teruskanlah memancarkan sinaranmu.
Jangan pernah berlalu.
Kerana aku takut menghadapi hari-hari mendatang.

Hujan.
Aku tahu kau akan muncul untuk mencuci.
Mencuci segala kesedihan yang aku alami.

Pelangi.
Tujuh warna mu sungguh cantik.
Masing-masing punya maksud sendiri.
Seperti mu, aku tahu.
Kesedihan pasti akan berlalu dengan cepat.

Masa.
Peranan kau amat besar.
Aku takut untuk melalui mu.
Bimbang diriku rapuh.

Saat.
Setiap detikkan jam.
Menakutkan aku untuk teruskan hidup.

Doa,
Hanya doa sandaranku
Untuk terus bertahan
Sehingga tiada kata aku mampu ungkapkan.

Ya Allah.
HambaMU menantikan keajaiban berlaku.
Subhanallah, Allahuakbar, Lailahailallah.
Segala-galanya hambaMu ini serahkan pada MU..


~~~~~~~
Saat air mata mengalir,
ia bukan tanda kita tidak menerima takdir,
Tangisan yang mengalir itu, merupakan luahan jiwa yang terpendam didasar.
Yang tersingkap sehingga tak terungkap dek kata-kata.
~~~~~~~~

Semoga cepat sembuh tokwan.
Ma doakan dari kejauhan.
Maaf tidak pulang,
Kerana kesihatan dirku tidak mengizinkan
Bimbang menjadi kesusahan pada yang lain
andai penyakit ini dikhabarkan.
~~~~~~

Semoga kita sama-sama kuat tokwan,
Dalam menempuh dugaan ini.
Allah menyayangi kita.

~~~~~~~~~~~~~`

0 comments:

Thanks!!

'Allah!
Ana fi duaa' Anta fi jawaab. Lau Anta ma fi jawaab, ana fi musykillah.'

( Ya Allah! Aku punya permohonan kpd-Mu dan Engkau-lah yg menerima doaku.Jika Engkau x memperkenankan doaku nescaya aku akan ditimpa masalah).. Amin..