Wednesday, August 10, 2011

Bicara Kosong

Assalamualaikum..



Dah 10 Ramadhan?? Cepatnya!!.. Dah habis pun fasa pertama kita dalam bulan mulia ini.


Kalau nak diceritakan bagaimana perjalanan dalam bulan ramadhan ini dalam travelog hidup, jawapan saya agak menyesakkan jiwa. Pedih tetap terasa untuk menjalani kehidupan. Fasa pertama yang penuh dengan ujian dan dugaan yang mana jika saya tidak kuat, boleh kata saya boleh hilang akal juga.

Dari 1 Ramadhan sampailah 8 Ramadhan. Allahuakbar. Memang kalau difikirkan akal, boleh tersesat juga saya jika iman tidak kuat. Pelbagai dugaan saya kena tempuhi. Diserang penyakit tiba-tiba, kematian nenek tersayang, dan juga laptop yang sedang nazak ini, memang agak mengharukan juga. Bagi sesetengah orang, mungkin ada yang memandang sinis. Tapi saya teringat kata-kata rumate saya, Ina.. Setiap orang punya dugaan yang berbeza. Bergantung pada kekuatan dalaman juga. Jadi saya jadikan kata-katanya sebagai peransang untuk saya bangkit berjihad di muka bumi Allah S.W.T. ini. Bukan nak mengeluh, tapi sekadar perkongsian.

Ramai yang rapuh dek dugaan. Ramai yang menyangka mereka tidak kuat. Tapi pernahkan mereka berfikir bahawa apa yang terjadi ini adalah kifarah daripada dosa-dosa silam kita? Atau pernahkan kita berfikir bahawa, apa yang sedaang kita alami ini sebenarnya adalah bayaran yang perlu kita bayarkan untuk mendapatkan sesuatu yang begitu mahal iaitu halwatul iman atau bahasa mudahnya kemanisan iman. Tidak ramai yang hendak berfikir begitu.

Dalam hidup saya, boleh kata setiap hari ada ujian. Hampir setiap hari juga saya berperang melawan kesedihan dan kepedihan mainan hidup. Subhanallah. Alhamdulillah. Ia mematangkan saya. Bohong kata hati lapang menerima. Ada kala, terkadang mengeluh dan merungut juga. Subhanallah. Manusia biasa. Tidakkan pernah berhenti daripada melakukan kesilapan. Kerana kita bukan bersifat maksum.

Okeylah. Tiada apa yang hendak dikatakan lagi. Lain entry saya cerita lagi apa yang patut. Xdop idea kawe nok cerito pagi nie. Takdi sero mace banyok. Tibo-tibo sero mace ksong pulok.


~~
Berdendang irama raya,
Hati terkenang pada yang tercinta,
tapi tidak terlempias kata,
kerana biarkan sahaja ia menjadi rahsia,
tiada duka dan suka,
kerana hanya saya yang rasa.
=)
~~

SALAM RAMADHAN SAHABAT SEMUA.
Fasa kedua..
Upgrade amalan kita.

2 comments:

aina halim said...

like this post

reen purpleungu said...

syim
bersabarla syim
setiap dugaan itu berbeza bagi setiap di antara kita
reen pun ada dugaan reen and i almost lost it..my strength..tapi tetap kena lalui jugak..pejam mata atau celik, tiada beza..lalui tetap dilalui...
asalkan ada insan2 tersayang yang sentiasa mendampingi, i guess di situlah terletak kekuatan sejati yang tak nampak tapi telahpun kita miliki...untuk mereka kita berjuang semua ini...

Thanks!!

'Allah!
Ana fi duaa' Anta fi jawaab. Lau Anta ma fi jawaab, ana fi musykillah.'

( Ya Allah! Aku punya permohonan kpd-Mu dan Engkau-lah yg menerima doaku.Jika Engkau x memperkenankan doaku nescaya aku akan ditimpa masalah).. Amin..