Sunday, July 10, 2011

Tanya Iman

Assalamualaikum.



Hidup adalah suatu realiti. Kita hanya mampu mengangankan dan mencorakkannya sahaja. Yang menentukan perjalanan hidup kita yang sebenar, adalah Allah S.W.T. Yang Maha Berkuasa. Antara kita ada takdir masing-masing. Sedia maklum, semua manusia adalah khalifah. Kita yang merencanakan segalanya kehidupan kita. Tapi Yang Maha Kaya yang mengetahui apa yang terbaik buat kita.

Dalam hidup, sudah dijanjikan perjalanannya. Lebih banyak duka daripada ceria. Lebih banyak air mata daripada bahagia. Lebih banyak parut berbanding luka. Sekali terluka bisa dimaafkan. Berkali menelan kesakitan, akhirnya kesabaran hilang entah kemana. Antara iman dan taqwa penentu sejauh mana mampu merawat kesakitan luka. Yang melihat tidak sama dengan yang merasa. Yang mendengar tidak sesakit yang terkena. Yang benar tidak selicik yang menipu. Yang parah tak semestinya sentiasa tersenyum sayu.

Bahagia tidak selalunya lama. Hidup tidak selalunya tenang. Apa yang kita cari, apa yang kita hendak tidak semestinya kita dapat. Pengalaman sesuatu yang berharga. Dialah sahabat bila terdesak. Terbaik lagi terhebat. Tiada yang mampu menandinginya. Kadang-kadang iman tergugat, air mata seakan lebat, namun hati masih kuat. Semangat berjihad dengan diri berlawanan sama maha hebat. Hinggakan kadang-kadang diri seakan tersesat. Sesat mencari kebenaran yang sejati. Namun masih mampu dipujuk diri. Cahaya terang sedang menanti. Yang masih dalam kegelapan biarkan ia terus berdiri. Buat apa bangga dengan diri, andai kebenaran semakin menghantui.

Ketenangan dijumpai disini. Dimensi yang tiada beza, tapi rasa lebih bahagia. Tanpa sebarang provokasi atau bayangan ilusi. Pelarian bukan bererti kalah. Pelarian bererti menang melawan ego sendiri. Mungkin tiada yang menyokong, tapi azamnya tidakkan pernah rebah tanpa sokongan. Kerana iman yang memainkan peranan, doa menjadi aduan, zikir menjadi sebutan, solat mejadi teman dan sujud menjadi saksi tempat pertemuan. Sahabat cuma medan pelempias untuk sedikit ketenangan. Masalah tidakkan pernah padam jika hanya mengharap simpati tidak pada iman.

Tanya sama iman. Cukupkan amalan ini sebagai bekalan masa hadapan? Tanya sama iman, jika suatu hari kebenaran terbongkar, adakah aku akan mendabik dada? Tanya sama iman, kejikah diri jika tiada saudara? Tanya sama iman, adakah nyawaku diambil tidak kira masanya? Tanya sama iman, adakah daku bersedia menemuinya dengan ilmu penuh didada? Tanya sama iman, tika daku dalam kesakitan, adakah diberikan aku harapan untuk terus berjuang? Tanya sama iman, redhakah aku dengan perjanjian yang telah ditentukan. Tanya sama iman.........................




~~Sekali terluka bisa dimaafkan, berkali terkena..................................................

Duka cari bara,
Bara cari api,
Api cari mangsa,
Mangsa cari musuh,
Musuh cari dendam
Dendam cari mati,
Mati cari ampun,
Ampun cari pembalasan,
Pembalasan cari akhirat,
Akhirat cari penentu,
Penentu cari syurga neraka

~~ Wallahualam.~~

0 comments:

Thanks!!

'Allah!
Ana fi duaa' Anta fi jawaab. Lau Anta ma fi jawaab, ana fi musykillah.'

( Ya Allah! Aku punya permohonan kpd-Mu dan Engkau-lah yg menerima doaku.Jika Engkau x memperkenankan doaku nescaya aku akan ditimpa masalah).. Amin..