Friday, July 8, 2011

Tabiat Pelik?.

Assalamualaikum.


"macam mana nak tidur??..katil bersepah. macam sarang apa ntah!!"..mungkin tu yang orang akan fikirkan bila lihat katil saya sebelum saya nak tidur. Sebenarnya xbersepah sangat pun~~gaya xmahu mengakukan.

Pernah soalan nie diajukan kepada saya beberapa kali. Kenapa katil bersepah?. Bersepah dgn apa?? Bersepah dengan bahan bacaan saya. Bacaan yang bagaimana? Buku2 yang berbentuk ilmiah. Contohnya??. Dalam simpanan yang masih ada di IPG nie yang tinggal semuanya berbentuk motivasi dan keagamaan. Novel2 yang menjadi kegilaan saya dahulu. Sudah berbalut kertas kuning kecoklatan aka kertas minyak. Entah dalam kotak mana saya simpan buku2 lagha itu.

Sekali lagi soalan dijual. Pelik!!..Tak rimas ke katil bersepah? Saya beli soalan tersebut. Bayarannya, tidaklah seserabut mana. Asalkan ada dihadapan pandangan mata, asal nampak, asal bosan pastikan saya gapainya dan secara xsedar, terbaca sampai terlena.

Bersepah??..Bagi saya katil saya tidaklah bersepah. Cuma mungkin sebab terdapat banyak buku-buku bacaan saya, saya letakkan ditepi. Paling tidak dua buah buku akan ada diatas katil saya, bersebelahan dengan bantal. Jika waktu petang saya membaca, memang akan kelihatan bersepahlah sebabnya saya jenis cepat boring. Mana buku2 yang saya rasa kurang menarik minat, saya ketepikan dahulu. Terkadang dalam satu hari, saya membaca 5,6 buah buku tanpa saya sedari. Yang pasti tak tipunya, semuanya tak habis baca lagi. Kekangan masa ada juga menjadi penyebabnya.

Amalan membaca. Memang susah nak diterapkan. Contoh terdekat, dalam keluarga saya. Hanya saya seorang saya yang gemar membaca. Yang lain lebih kepada aktiviti2 yang lebih sihat. Mungkin sebab itu, saya lebih suka memerapkan diri di dalam rumah. Sekarang, amalan ini saya cuba terapkan dalam diri adik perempuan saya. Eisya. Tapi agak tidak menjadi. Eisya lebih sukakan sesuatu yang mencabar sperti pengiraan. Eisya sukakan matematik. Terpengaruh dengan adik saya yang bongsu barangkali. Abang Mudin kesayangannya, partner bergaduh sifir dan perang mulut tiap2 hari.

Pendek kata, saya pun rasa tabiat ini pelik. Kemana saya pergi, pastikan ada buku. Untuk ber"window shopping" sekalipun, saya akan pastikan ada buku di dalam tas yang saya bawa. Hmm.. Memang pelik. Nak kata sahut cabaran 1 Buku 1 Bulan tidak juga. Kalau dirumah begitu juga, pagi buku lain, tengahari lain pula versinya. Kadang2 perit juga telinga mendengar mak marah2. Mana taknya, buku ada di setiap genap ruang rumah. Sampai ke dapur. Bukan nak bersepah ke apa, tapi itulah saya. Letak saja dimana-mana. Pasti saya akan kutip baca semula.

Petang tadi, saya ada membeli sebuah buku berbentuk motivasi semasa melawat Pameran Sains. Kononnya nak beli benda lain. Tapi kaki lebih terarah ke sebuah kiosk buku yang tidak ramai pengunjungnya seperti kiosk2 yang lain. Sempat juga meninjau. Ingatkan dapatlah saya membeli 2,3 buah. Tapi tiada rezeki, memandangkan saya terlupa membawa duit yang secukupnya. Tapi dalam pada masa yang sama, saya dapat potongan harga yang luar biasa untuk sebuah buku ini. Terkejut juga. Terharu usah kata. Si penjual senyum tanpa kata. Alhamdulillah.

Mungkin tabiat saya tidur bersama 2,3 buah buku itu adalah pelik. Tapi itulah sahabat terbaik saya dalam meniti ranjau. Mungkin ia tidak dapat berkata2. Tapi ilmu yang ada, mampu membuatkan kita berbicara. Wallahualam.

0 comments:

Thanks!!

'Allah!
Ana fi duaa' Anta fi jawaab. Lau Anta ma fi jawaab, ana fi musykillah.'

( Ya Allah! Aku punya permohonan kpd-Mu dan Engkau-lah yg menerima doaku.Jika Engkau x memperkenankan doaku nescaya aku akan ditimpa masalah).. Amin..