Assalamualaikum..
Jangan ditanya apa, mengapa dan kenapa,
Setiap ujian ada hikmahnya,
Sakit hanya azab kecil di dunia,
Belum lagi azab yang ditanggung diakhirat.
Selagi nyawa belum diambil,
Jangan menyerah kalah pada kematian,
Terserah pada stigma yang ada dalam diri,
Mahu mengalah atau mahu terus berjuang dengan diri.
Biar nyawa ini tidak lama,
Hidup pasti diteruskan,
Sesaat itu amat berharga,
Sebagai lipatan sejarah sepanjang perjalanan.
Andai nyawa diambil dalam masa terdekat,
Moga blog ini masih ada pengunjungnya,
Moga setiap apa yang ada,
Dijadikan perkongsian bersama.
Kesakitan ini tidak sama dengan seksa disana,
Setiap hari yang dilalui,
Kadang sungguh menyeksakan,
Penat melawan, rebah jatuh bangun sendiri,
Keletihan sehingga mata terpejam dalam tangisan.
Ya Allah,
Hamba pasrah dengan takdirMu,
Jika setakat ini perjanjian antara kita,
Hamba redha,
Segalanya daku serahkan pada Mu,
Ya Rahman, Ya Rahim..
Jangan menyerah bila belum tiba masa,
Hiasi hari -hari yang berbaki dengan sebaiknya.
wallahualam.
~~
kesakitan semalam tidak sama dengan kesakitan hari ini,
dugaan semalam lebih mudah daripada hari ini,
semangat semalam lebih rapuh berbanding hari ini,
sisa hidup semalam, tidak sesakit sisa hidup hari ini.
~~
~~
Ya Allah, terkadang hambaMu ini letih dan ingin menyerah kalah dengan dugaan ini..
Namun, cintaku pada Mu membuatkan semangatku menggunung,
Setiap perjalanan hidupku, sudah Kau takdirkan sebaiknya,
Matikanlah aku dalam husnul khatimah.
InsyaAllah..
~~
1 comments:
you are rght
jangan menyerah sebelum dijemput
whatever strength left,
i will use it rightly and strongly :)
Post a Comment