Tuesday, July 19, 2011

Tak orang tak kita

Assalamualaikum.


Tak orang tak kita, ibarat mengata dulang paku serpih, tidak malu bertalam dua muka pula, malahan seperti hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Tidak sedar diri yang hidup ibarat pungguk merindukan bulan yang setia menanti bulan jatuh ke riba. Begitulah kata-kata bidalan yang sesuai untuk masyarakat kita diambang kerapuhan iman sekarang.


Dalam dunia nie ada bermacam jenis manusia. Manusia yang paling bahaya dan patut kita jauhi adalah manusia yang mempunyai sifat munafik dalam diri. Iaitu manusia yang selalu berpura-pura baik diluar tetapi dalamnya gelita. Manusia yang tidak pernah puas dalam mengejar kemashyuran dunia, manusia yang terlalu dambakan perihal dunia sehingga menyeksa orang lain. Kali nie saya nak berkongsi satu pengalaman. Pengalaman yang baru sahaja saya alami tidak sampai sebulan yang lepas. Semoga Allah S.W.T. membuka pintu hatinya untuk bertaubat sebelum terlambat. Kerana pada pihak saya, tiada kata maaf untuk diungkapkan lagi.


Saya punya seorang kenalan. Bagi saya. Alangkah indahnya jika saya tidak pernah mengenalinya. Tetapi untuk kali ini, alangkah tidak bermakna apa-apa lagi, kerana ianya sudah tertulis sebagai suratan takdir sebagai perjalanan hidup saya seorang insani.


Tak orang tak kita. Tajuk entry yang agak memeningkan. Puas juga saya memahami tajuk ini, dan baru sekarang saya mempunyai kekuatan setelah saya betul-betul mendalami maksud disebalik tajuk ini. Perlu diingat. Anda yang terbaca atau membaca entry ini. Saya bukan orang yang baik, namun saya cuba menjadi sebaik mungkin sebagai seorang hamba. Saya juga tidak alim, munafik mungkin ada juga. Hanya kata-kata yang berbicara, realiti belum tentu seseorang itu amnya saya adalah orang yang baik yang lurus landasannya menuju cinta Ilahi.

Pernah atau tidak anda menemui seorang manusia yang tidak pernah bersyukur dengan nikmat yang dikurniakanNya?? Yang hidupnya penuh dengan propaganda, penuh dengan agenda untuk menjatuhkan saudara seagamanya sendiri?? Ini yang ingin saya kongsikan. Sukar untuk dipercayai, tapi itulah realitinya. Saya tidak tahu apa yang membuatkan dia merasa wajar mendapat lebih daripada orang lain. Relevan tidak revelan, ia membatasi akal fikiran saya dalam mencari jalan penyelesaian dan punca mengapa boleh terjadinya begitu.


Agak teruk juga saya kena. Kebaikan yang saya bagi, tuba yang dibalasnya. Bantuan yang saya hulurkan, racun tikus diberinya. Pertolongan yang saya hulurkan, asid mencacatkan wajah dan anggota badan yang disimbahnya. Saya sentiasa ada untuk memdengar rintihan dan kesedihannya. Sementelah lagi, dia baru sahaja ditinggalkan. Saya setia, menjadi teman dikala dia kesedihan. Tapi langit tidak selalunya cerah. Roda yang senantiasa berpusing tiba-tiba berhenti. Malangnya saya yang berada dibawah. Ujian yang begitu kuat, sehingga membawa saya ke bumi yang tidak pernah saya jejaki. Sedangkan dia?. Seronok memutarkan kata. Melemparkan nista. Melakonkan tarian sumbang tanpa malu terpalit di muka.

Harus diingat. Allah S.W.T. itu Maha Adil. Berpeganglah pada kata ini. Tidak selamanya kita diatas, ada masa sampai kebawah juga. Tak orang tak kita. Mungkin hari ini, kita selamat dan orang menjadi mangsa atas kedajalan kita. Tapi mungkin esok, kesalahan yang orang lakukan, kita yang menanggungnya. Ingat hukum karma. Buat orang, orang buat kita. Mungkin bukan orang yang sama kita dajalkan, mungkin orang lain yang akan mencari peluang menjatuhkan kita semula. Lebih teruk barangkali. Hanya bersedia menanti harinya.

Apa yang saya kena?. Seseorang ini apabila sedih dia ingin saya lebih sedih daripadanya. Apabila dia sakit, dia ingin saya lebih sakit daripadanya. Jika dia gagal, maka saya pasti akan lebih gagal daripadanya. Jika saya bahagia, dia akan pastikan saya sengsara pada masa yang sama. Agak hina perwatakannya. Tiada maaf untuknya. Bertahun-tahun saya disakiti orang yang sama, saya masih memberi peluang. Tapi tidak kali ini. Semakin naik lemak. Sebab itu berbadan segedempol itu. Kerana hati tidak bersih barangkali. Wallahu Taala Alam.


Maaf jika bahasa saya pada kali ini agak kurang ajar. Tapi saya tahu, dia sedang membaca segala tulisan saya untuk dijadikan peluru. Tidak cukup dengan menggunakan FB orang lain untuk melihat aktiviti saya, dijadikan pula blog sebagai sasaran. Nah, ambiklah kata-kata ini untuk dijadikan peluru berpandu. Agar lebih bahagia didunia, akhirat entah kemana. Jangan terlalu mendabik dada bila orang percayakan kata-kata nista kita. Kerana belum tentu mereka percaya sepenuhnya. Takut nanti kata-kata kau dijadikan bahan sindiran bila tiba masanya. Insaflah andai kau baca. Tak orang tak kita. Hari ini saya menjadi mangsanya. Saya percaya tidak lama lagi masa dia akan tiba. Biar sampai jatuh tergolek menyembah bumi, melutut sekalipun tiada kata dua untuknya lagi. Yang ada hilai tawa melihat pembalasan. Beringat sebelum kena. Insaf sebelum terlambat.


~~
Ada mata lihat.
Ada telinga dengar.
Ada mulut jaga-jaga,
Ada hati bersih-sebersihnya.
~~



2 comments:

PùRpLè LuV Me said...

waaa ada jugak orang ini macam
seriau
psycho sungguh
well tak pe syim
org2 yang cam ni, she does not has the right to make u feel lower than her...kasta dia lagi rendah...
maybe dia tak suka diri dia so dia nak orang lain tak suka diri sendiri and makes other feel lower n lower than her..
let her be..
syim masih ada ramai lagi yang sayang and treasure you
dia hanya sekuman dari apa yang syim miliki
or maybe she doesnt has any...
seee reen plak emo...
eh mestilah marah org yang buat my beastie!!!
takpe syim
Tuhan itu Maha Melihat :)

Syima Adilla said...

yup..ada..tu la..my kaunselor ckp org mcm nie..xlama blh tempat mana2 wad utk org maslah "sakit jiwa"..sbb da ada tanda awl2..

a'aah kan reen..rasanya gitu la..dye sbnarnya xpuas hati dgn diri sndiri n nk org rasa lower than her..but life is circle kan..xlama org cenggitu..akhirnya jatuh gak kan..


tenkiu reen..betul tu. Allah Maha Melihat. Hebat didunia belum tentu hebat diakhirat. Tapi ada baiknya jika dua2 hebat..hehe..=0

tenkiu reen sudi bce luahan..

=)

Thanks!!

'Allah!
Ana fi duaa' Anta fi jawaab. Lau Anta ma fi jawaab, ana fi musykillah.'

( Ya Allah! Aku punya permohonan kpd-Mu dan Engkau-lah yg menerima doaku.Jika Engkau x memperkenankan doaku nescaya aku akan ditimpa masalah).. Amin..