Tuesday, July 5, 2011

Larian Mencari Pilihan

Assalamualaikum.

Antara dua pilihan yang perlu dibuat ,
Baik buruk hendaklah difikirkan,
Mana satu yang jadi pilihan??,
Ketenangan untuk diri sendiri??,
Atau pergi mengadap kesakitan hati yang cuba diubati??.


Kata teman,
Sampai bila ingin melarikan diri??,
Sampai bila ingin menumpang??,
Diri ini, sendiri buntu mencari,
Hanya mengharap perancangan terbaik Ilahi.


Entah bila hatikan berjaya diubati,
Bukan yang kesekian kali hati ini disakiti,
Banyak kali...
Tapi masih tiada yang mengerti..


Parah hati ini teruk sekali,
Sehingga menatap wajahnya,
mendengar suaranya,
terasa benci menyakitkan diri sendiri.


Walaupun sedar, siapalah diri ini.
Adalah sebaiknya terima apa adanya,
Ini ketenangan yang dicari,
Dek kerana budi yang dilupai.


Yang mengerti pastikan fahami,
Yang membantu pastikan mencari konklusi,
Namun yang pasti,
Kini tiada lagi kompromi,
Andai sebelah pihak yang sudi.


Ya Allah,
Andai ketenangan dalam pelarian ini terbaik untuk diriku,
Maka, kekalkanlah aku disini,
Supaya tidak lagi hati ini dilukai,
Andainya ia bukan,
Tunjukkanlah jalan yang terbaik,
Supaya aku dapat berdiri di kaki sendiri.


Ya Allah,
Sucikanlah hati ku ini,
Ampunkanlah dosa-dosa ku dan dosa-dosanya,
Semoga ini pengakhirannya,
Tiada yang kedua mau yang ketiga,
Cukuplah peluang untuknya,
Tiada lagi istilah maaf untuknya.

Wallaualam.


2 comments:

PùRpLè LuV Me said...

insya allah syim
just be strong ok...
itulah hidup
adakah kita berlari meninggalkan mimpi atau berlari menejar impian..

Syima Adilla said...

insyaAllah..

tapi jika sentiasa disakiti oleh org yg sama..maaf itu sukar utk diberikan..

andai ditakdirkan hidup sebagai pelarian itu lebih tenang, maka ia satu2nya pilihan yang ada.. bkan berdendam atau apa..tapi utk mengelakkan penyakit hati..agar bebas tanpa kotoran dihati..

=)

Thanks!!

'Allah!
Ana fi duaa' Anta fi jawaab. Lau Anta ma fi jawaab, ana fi musykillah.'

( Ya Allah! Aku punya permohonan kpd-Mu dan Engkau-lah yg menerima doaku.Jika Engkau x memperkenankan doaku nescaya aku akan ditimpa masalah).. Amin..