Sunday, May 8, 2011

Pengakhiran Cerita

Assalamualaikum.


kita janjikan kata aku setia pada si dia.
sumpah dipahat akan kekal hingga hujung dunia.
namun sekadar ditaraf insan biasa.
hati mampu mengubah kata-kata yang dicipta.
segalanya ditentukan sang Pencipta.

pengakhiran cerita.
antara dua insan yang berjanji setia.
jika hanya disitu takdirnya.
redha sahaja dengan ketentuannya.
pasti ada yang hikmah disebaliknya.

kata hati.
arghhh tidak..
aku tidak bisa meneruskan hidup tanpanya.
kata akal.
tiada jodoh sudah suratan takdir.
terima seadanya.
kata nafsu.
siaplah kau.
aku akan binasakan kau.
kata insan yang redha pada takdirnya..
Ya Allah..
perkuatkanlah keimananku kepadaMu.
tabahkanlah hatiku atas perpisahan ini.

kita manusia biasa.
jarang menerima dugaan sebaik2nya.
kadang kita mengeluh.
sehinggakan kita berdusta nista.
hati melakarkan ayat lain.
mulut mengait kata2 lain.
padahal kita telah mencuba.

kisah pengakhiran cerita ini.
akan aku lupuskan dalam kamus hidup.
biar tiada satu pun yang menjadi bara.
biar tiada satu pun yang menjadi kabus berterbangan.
biar ia hilang dari ingatan.
biar ia semadi dengan aman.


cerita ini aku akhirkan.
walau kecewa kerana takut kehilangan.
aku masih berani melangkah pergi meninggalkan.
masih ada yang memerlukan sepenuh perhatian.
masih ada tanggungjawab yang tergalas berat.
masih ada hutang yang belum dilunaskan.

hati ini.
andai sakit biarlah berduka sekalipun.
biar masa yang merawatinya.
ada masa bayangan kan menjelma.
ada masa ia hilang dalam lena.
selamat tinggal sebuah cerita yang baru dikarang.
walau sedikit berkalang duka penuh noda.
aku harus minggirkan diri.
kerana aku manusia biasa.
ada tika aku bisa setia.
ada tika aku bisa menjaja cinta.
ada tika aku melanggar sumpah setia.
kerana ia fitrah manusia biasa.

wassalam..

2 comments:

PùRpLè LuV Me said...

bila satu cerita berakhir
akan tiba satu ketika
satu cerita lain yang akan bermula

Syima Adilla said...

harap..
bila tiba cerita yang baru..
ia membawa berita gembira..
melenyapkan kisah duka..
tc reen..

Thanks!!

'Allah!
Ana fi duaa' Anta fi jawaab. Lau Anta ma fi jawaab, ana fi musykillah.'

( Ya Allah! Aku punya permohonan kpd-Mu dan Engkau-lah yg menerima doaku.Jika Engkau x memperkenankan doaku nescaya aku akan ditimpa masalah).. Amin..