Wednesday, May 11, 2011

Jatuh Cinta Sekali Lagi


Assalamualaikum

memang tak dinafikan. sekarang tengah musim gatal miang segala macam utk anak2 muda. dekat fb dah ramai post pasal bertunangan, nikah kawen, n pasal anak2. saya pun sebenarnya terbit juga perasaan itu. ada tercetus sedikit. tapi bila fikirkan balik. saya nie bukan siapa2.. rasa macam jauh panggang daripada api. saya banyak muhasabah diri balik. masih ada tujuan hidup yang tergalas dibahu yang perlu dicapai.

perasaan saya berbolak balik. hari ini ia diuji lagi. diuji dengan rasa sayang pada seseorang yang bukan muhrim. sehingga saya lalai seketika. hanyut. namun tangkas tersedar kembali ke jalan yang lurus. seperti biasa. ego ditinggikan. saya nafikan perasaan itu. dan alternatif yang saya gunakan. macam biasa. lagu2 yang bersifat keagamaan sedikit. sekarang paling top saya layan lagu dari kumpulan 5 star berjudul satu cinta. berulang-ulang kali saya pasang. ini satu cara saya larikan diri daripada perasaan ini agak tidak merebak dengan laju.


ya..saya benar2 jatuh cinta sekali lagi kepadanya. tapi saya nafikan. saya tidak berani untuk meneruskan langkah. walau takut kehilangan. saya hanya mampu bersabar dan terus bersabar. mungkin keadaan sekeliling menyebabkan apa yang saya pertahankan semakin longgar pegangannya. janji saya. saya xkan pernah jatuh cinta. kunci itu perasaan itu saya lontarkan jauh2 pada permukaan alam. namun ia menjelma kembali.

saya keliru. tidak pasti dengan perasaan sendiri. semalam saya mampu hidup tanpa memikirkan sang kumbang. hari ini gelisah bak cacing kepanasan. dan esok. belum tahu penerimaannya setakat mana. saya tidak mahu mengharapkan apa2. kerana saya tidak dapat menjanjikan setia. saya hanya mampu mencuba andai dia sedia menerima seadanya. saya tidak menjanjikan yang saya berterusan menyukainya. kerana hati manusia bisa berubah. namun saya hanya mampu katakan. setakat ini tiada yang mampu menarik hati saya sebagaimana dia.

justeru. saya putuskan. biarlah saya melayan sendirian rasa ini selagi ia diberi kesempatan untuk dirasai. rasanya tidak salah untuk saya berbuat demikian. mungkin ya atau mungkin tidak. saya tidak mahu menafikan apa2 lagi. apa yang dapat saya katakan. ya.. sekali lagi saya jatuh cinta pada orang yang sama. maaf jika terlebih meminta.saya jatuh cinta sekali lagi.

3 comments:

Mofar Rahman said...

salam alaikum

ada pujangga mengatakan:

kalau suka pada seseorang, jangan bagitahu dia, tapi bgitau Allah, dan berdoalah selalu. sebab Dia pemilik hati kamu dengan dia. mana tahu, memang tertulis di Sana dia adalah jodoh kamu. InsyaAllah, Allah memberikan perasaan yang sama pada dia. yang penting. serahkan semua padaNya. insyaAllah.

(lebih kureng gitu lah bunyi nya)


selamat berjuang melawan perasaan sendiri!

u are ur own hero :)

PùRpLè LuV Me said...

i couldnt agree more dengan the above said..100% true..nice one..
allah yang menentukn segalanya..:)

to fight that strong feeling memang susah..a battle to be won but sometimes in the end, u might lost in that battle no matter how hard u have fought..berperang dengan perasaan sendiri..i knew that feeling..i guess semua orang melalui fasa yang sama

ada satu quote ni bunyi lebih kurang cam ni laa
it is so easy to fall in love but hard to find someone who will catch you..

Syima Adilla said...

mofar::

waalaikumussalam..jazakallah..1st tym dgr kata2 pujangga mcm nie..trima kasih byak..

insyaAllah..cuba melawan jgk nie..harap ia bersifat sementara dan kembali seperti asal..

=)



reen::

hmm..biasalah kan reen..msalah jiwa ginie..cuma xda dah giler2 mcm last year..klo dlu..abes smue kita kongsi kat cnie..angau x angau..mmg xigt dunia la dlu..skrg da matang sket kot.. jd xgne sgt ayat giler2 mcm dlu..stju sgt2 dgn quote yg reen bagi..mmg susah..

well reen..ur post..ehemm..byak psl cinta lately..byak info sy dapat..tc bestie..yg lain jrg blogging sbb tgh exam..and mine..next week..waaaaaa..hanyuttttt..hehe..miss u.. =)

Thanks!!

'Allah!
Ana fi duaa' Anta fi jawaab. Lau Anta ma fi jawaab, ana fi musykillah.'

( Ya Allah! Aku punya permohonan kpd-Mu dan Engkau-lah yg menerima doaku.Jika Engkau x memperkenankan doaku nescaya aku akan ditimpa masalah).. Amin..