Friday, May 6, 2011

Hati Hitam

Assalamualaikum..


saya tidak tahu kenapa..hati ini semakin kuat mengatakan.. bahawa seseorang yang saya kagumi. seseorang yang saya jadikan sebagai pembakar semangat dan sebagai contoh teladan. mulai tidak menyukai saya. terasa diri jauh daripadanya. semakin hari semakin jelas ketara perubahan yang ditonjolkan. bingung saya memikirkan punca. cuba menafikannya. namun hati hitam ini kuat mengatakan. ia adalah benar..terasa diri terhina seketika. sukar benar mencari sahabat sejak akhir-akhir ini. kuat benar ingatan pada sang arwah sahabat sejak mula terperasan kelibat perubahannya. apakah ia benar. atau cuma perasaan.

diri mula letih memujuk sendiri. mana hala tuju untuk mencari kebenaran??. bila mata hati dan minda saya akan terbuka untuk menerima ia sebagai dugaan??.. cepat benar saya mengalah pada nafsu. kalah pada bisikan sang jahanam laknatullah. puas memujuk. namun ia tetap mengganggu. semakin saya cuba menghala ke jalan keluar yang benar. semakin banyak halangan onak duri menanti dihadapan. mengapa diri selalu diuji??..dugaan sentiasa menjadi teman sejati..

telah banyak doa dipanjatkan. mungkin ia tidak ikhlas atau lahirnya tidak terus dari hati hitam ini.. mungkin sebab itu dugaan semakin mendatang. hadapan orang..ya..saya tak tonjolkan sangat. saya tidak mahu orang cop sirimkan saya sebagai seorang yang bermasalah. saya tidak mahu kehilangan kawan. saya tidak mahu orang menjauhkan diri daripada saya lagi. saya ikut rentak orang lain. saya tarikan segala dansa walau agak kekok..agak sumbang langkahnya.. saya lakukan jua.. agar saya diterima dikalangan mereka semua. saya mahu kembali menjadi seorang yag ceria, periang sebagai mana saya dahulu. walau punya masalah, saya mampu bersuka ria. tangisan hanya akan saya lempiaskan dalam diam. tapi mengapa sukar untuk menjadi seperti dahulu..kuat benar hati dan mulut ini sering mengadu damba nasib yang menghantui diri.

hati hitam ini tidak pernah berhenti berdoa. agar disepanjang liku-liku jalan yang berselekoh tajam. diri ini masih lagi berada dalam landasan lorong yang betul. walau hanyut di daratan sekalipun, saya akan pastikan diri ini akan pulang ke pelabuhan pangkalan yang betul. kerana saya tahu Allah s.w.t. itu teramat penyayang dan sentiasa berada disisi. malahan tidak sesaat pun DIA tinggalkan saya keseorangan.. malah tidak sesaat pun.. segala pintaan saya menjadi sebarang bebanan kepadaNya. walau terkadang diri ini seakan menduakanNya.

gelisah hati ini. mohonnya agar segera berlalu pergi. tidak semuanya sempurna. mungkin ada sesuatu yang telah saya lakukan tanpa sedar sehingga seseorang itu menjauh. atau adakah kerana saya seorang yang berperwatakan suam??.. tidak mudah bergaul.. atau saya telah banyak mengecewakan si dia sehingga si dia penat, letih dan bosan dengan saya??..

apa-apa pun yang telah berlaku. yang berlalu biarlah berlalu. saya tiada harga untuk dimuliakan. saya tiada nilai untuk dipertaruhkan. kerana diri saya hanyalah seorang musafir jalanan yang mempunyai hati hitam yang sedang cuba menyucikan kembali segala parut hitam yang tersasar di hati ini. terkadang terasa penat. namun diri harus kuat. kerana saya tiada siapa2 disisi yang mengerti dan memahami diri ini kecuali Ilahi. yang sentiasa sedia mendengar luahan sakit hati. yang sentiasa mendengar umpatan segala keji2 terhadap diri sendiri. mana lagi jalannya yang hendak dituju. andai di mata manusia diri ini dibenci dan dicaci.. mana lagi halanya jika bukan dengan mengabdikan diri kepada Ilahi.

tidak dijanjikanNya jalan yang bakal dituju dihadapan sana mudah. tidak dijanjikanNya di hadapan sana kebahagiaan sentiasa menanti. tidak dijanjikanNya hidup ini mudah tanpa sebarang jarum yang patah maupun pisau yang tumpul..paling tidak rumput memanjang tanpa ada yang ambil peduli. Namun apa yang dijanjikanNya, setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang menanti dihadapan sana. semoga Yang Maha Satu sentiasa memimpin diri ini dijalanNya. tak semua lahir sempurna dan tak semua lurus jalannya.. yang pasti dengan izin Yang Maha Esa maka wujudlah segalanya. keluh kesah xmenjadikan apa2. semoga Dikau dewasakan pemikiranku yang xsemegah mana. agar dapat daku meniti laluan hidup ini dengan tenang disampingMu. insyaAllah.

0 comments:

Thanks!!

'Allah!
Ana fi duaa' Anta fi jawaab. Lau Anta ma fi jawaab, ana fi musykillah.'

( Ya Allah! Aku punya permohonan kpd-Mu dan Engkau-lah yg menerima doaku.Jika Engkau x memperkenankan doaku nescaya aku akan ditimpa masalah).. Amin..