Thursday, April 21, 2011

Halwatul Iman

Assalamualaikum..


saya rasa..
saya sudah jumpa satu kenikmatan..
yang dulu saya kecapi.
tapi saya kehilangan..
dek terlalu mengikut arus modenisasi dan pembaratan dunia..

saya ingin kembali ke zaman saya dahulu.
zaman saya menutup segala yang wajib..
zaman hati saya bersih suci..
zaman aurat saya tersangat terpelihara.
zaman dimana saya basahkan lidah dengan kata2 yang bermakna..
sentiasa tersbut namanya dibibir saya...
entah kenapa jauhnya sinar itu sekarang..

saya amat berharap..
agar ini adalah satu penghijrahan yang baik.
yang saya dapat kekalkan sehingga akhir hayat saya.
tapi bila akan saya kembali memulakannya..

hati saya kuat memaksa..
cuma perbuatan sahaja yang tidak bergerak anggotanya..
tatkala menatap makna2 ayat yang terdapat dalam bukuNYA..
badan seakan menggigil..
mengingati jauhnya kaki ini melangkah terpesong dari benar jalannya..
seakan terbayang marakkan api membakar tubuh kerdil ini..

saya cuba berubah beberapa kali..
tapi dalam ruangan yang terlitup ini..
lebih banyak kecaman dan sindiran dihadiahkan..
berbanding pujian dan sokongan amatlah kurang..
ada yang kata itu cuma lakonan..
ada yang kata itu cuma tumpuan meraih simpati..
sungguh berat saudaraku sekarang..
menjatuhkan saudara se ISLAM nya sendiri..
mana lagi kaki ini kan melangkah..
andai saudara sendiri mencemuh mengata mendusta nista..

semoga penghijrahan ini..
dipermudahkanNYA..
agar saya kembali menikmati halwatul Iman..
sebagaimana yang saya dambakan..
sebelum mata ini menutup rapat..
mungkin seminit mau sesaat sebentar sahaja lagi..
sebelum nama saya bertambah lagi satu perkataan dihadapannya..

2 comments:

PùRpLè LuV Me said...

percayalah syim,
setiap kebaikan atau perubahan ke arah kebaikan, tak mudah..ada halangan ada godaan..
selagi kita kuat, insyaallah tiada benda yang susah dan berat..
u will always have my support and my courage...do what u think is the best fr u n allah swt sahabatku :)

Syima Adilla said...

InsyaAllah..jzkillah reen...trima kasih sbb sntiasa ada bila diperlukan..

Thanks!!

'Allah!
Ana fi duaa' Anta fi jawaab. Lau Anta ma fi jawaab, ana fi musykillah.'

( Ya Allah! Aku punya permohonan kpd-Mu dan Engkau-lah yg menerima doaku.Jika Engkau x memperkenankan doaku nescaya aku akan ditimpa masalah).. Amin..