Saturday, February 25, 2012

Secawan Nescafe

Assalamualaikum.


Semenjak tadi. Entah berapa kali saya buka dan tutup blog ini. Begitu juga dgn blog saya yang satu lagi. Private blog. Jika saya kirakan masa yang terbazir begitu sahaja dari tadi. Mungkin saya mampu untuk siapkan salah satu tugasan saya. Namun, tidaklah saya mampu untuk menyudahkannya. Badan saya agak penat. Semalam dan hari ini, aktiviti saya penuh. Wang juga banyak mengalir keluar. Malahan esok dan lusa juga akan bersambung langkah saya. Dan saya berkira -kira.. Banyak mana pula akan saya laburkan wang saya itu..Boros!!..Sila berjimat cermat sedikit.

Akhir - akhir ini saya seakan tersedar bahawa saya semakin menjadi seorang yang agak sensitif. Ada masa saya boleh bertindak sebagai seorang yang tiada perasaan. Ada masa saya seakan mencari semua kesalahan orang lain dan menganggap diri saya sahaja yang betul!. Ego!..Saya tidak mahu sikap seperti ini dalam diri saya!!..

Hari ini, saya terasa seperti ingin "melarikan diri" ke "dunia" yang lain. Fikiran saya seakan serabut. Sedangkan saya sendiri tidak mengetahui apakah punca utama yang menyebabkan rasa kusut itu boleh muncul dengan tiba -tiba.  Panjang menungannya, saya sedar. Yang saya memerlukan rehat. Kusut!!.. Itu sahaja kata -kata yang mampu saya ujarkan pada saat anda membaca entry ini.

Azan Isyak tadi, saya cuba bermuhasabah diri. Melihat ke arah rak buku saya agar ada bahan bacaan yang mampu menarik minat saya. Langsung tiada.. Sedih!!


Alhamdulillah, tahun ini, hampir kesemua koleksi buku yang saya letakkan dalam list sudah menjadi hak mutlak saya. Hampir berbelas - belas buah juga. Tidak cukup dengan melepakkan diri di mana -mana kedai buku. Baik keseorangan mahupun berteman, saya membeli secara online. Dan, ini dia kegilaan saya. Hari ini saya panjangkan langkah mengikuti rombongan ke PESTA BUKU ISLAM di Putrajaya. 3 buah buku menjadi milik saya. Alhamdulillah. Bajet tidak tersasar, malah masih ada banyak baki yang menjadi lebihan. Syukur!!

Secawan nescafe menjadi teman setia saya pada malam ini. Aroma yang sangat menyengatkan hidung. Rasa yang pekat. Bertujuan untuk menghilangkan kantuk, namun tidak berhasil. Saya sudah sebati dengan nescafe. Mungkin!.

Apa yang saya ceritakan di atas, ada yang saya cuba sampaikan. Saya tidaklah kreatif dalam mereka ayat yang agak tinggi bahasanya. Apa yang saya cuba maksudkan dalam entry yang semakin berjela ini ialah beginilah kehidupan kita seharian. Ada masa, kita bersyukur, ada masa kita merungut. Kita senantiasa meminta lebih, sedangkan usaha yang dilakukan hanya secubit sahaja.  Ada hari kita bahagia dan mampu ketawa. Ada hari kita menangis sedu sedan dan berduka. Kita adalah kita. kita adalah apa yang kita fikirkan. Itulah ayat motivasi yang biasa kita dengar sekarang. Bersemangat!!

Bagaimana pula dengan ayat ini, " cara kamu berfikir menentukan siapa kamu yang sebenarnya. Dan kesannya, fikiran kita menentukan bagaimana kehidupan kita pada hari ini. Insaf!!

Pernah dengar ayat ini " Law Kana Bainana" yang bermaksud  "Andai Rasulullah Bersama dengan kita pada hari ini". Akhir - akhir ini ia menjadi semakin popular. Asalnya tercipta daripada sebuah program berunsurkan dakwah di sebuah negara di Semenanjung Arab, namun mampu menjadi sebuah tajuk yang popular sehingga dijadikan sebagai tajuk2 untuk tazkirah saban ini. Lagunya juga cukup menenangkan jiwa. Sila dengar! Fahami bait2 ayat2nya!!..Air mata saya menitis!..

Pengakhiran tulisan saya, saya sertakan link untuk bacaan anda semua..TEKAN KANAN..




Sama -sama kita fikirkan apa yang ada dalam link tersebut.

Owh..Sebelum saya terlupa. Sama -sama kita sedekah al-Fatihah pada adik Faris, yang telah meninggalkan kita semua jika xsilap saya dua hari lepas jam 10:08 pagi.. Saya agak terkedu apabila menerima berita pemergiannya sehinggakan emosi saya terganggu kerana ada sesuatu yang sedang saya rencanakan namun tidak dapat saya laksanakan. Semoga Allah S.W.T. mencucuri rahmat kepada hamba suci penghuni SYURGA ini.. AL-FATIHAH..



"ANA MUSLIMAH, ALHAMDULILLAH!!"











2 comments:

katahati ali si ustadz sandal jepit said...

boleh juga ni blok nya...

mampir ke blog aku juga ea!!
http://alisiustadzsandaljepit.blogspot.com

katahati ali si ustadz sandal jepit said...

boleh juga ni blok nya...

mampir ke blog aku juga ea!!
http://alisiustadzsandaljepit.blogspot.com

Thanks!!

'Allah!
Ana fi duaa' Anta fi jawaab. Lau Anta ma fi jawaab, ana fi musykillah.'

( Ya Allah! Aku punya permohonan kpd-Mu dan Engkau-lah yg menerima doaku.Jika Engkau x memperkenankan doaku nescaya aku akan ditimpa masalah).. Amin..