Sunday, October 9, 2011

Sahabat dan Pemimpin

Assalamualaikum..


Banyak kali sudah saya cuba menaip entry untuk kisah ini. Tapi ada sahaja halangan. InsyaAllah, hari ini saya akan cuba habiskan entry ini buat tatapan pembaca blogger amnya.


Bila kita melihat kenalan kita berjaya dan bahagia, pasti akan ada sedikit cemburu bukan? Fitrah manusia. Begitu juga saya. Terkadang ada juga terdetik dihati, tapi cepat - cepat saya istighfar. Setiap manusia ada kelemahan dan kelebihan masing - masing. Buat apa hendak berdengki dan cemburu. Lainlah jika cemburu itu menjadi satu platform untuk kita menuju ke jalan yang diredhaiNYA. Betul tak? Kita hidup tak lama, jadi mengapa hendak mencari penyakit hati yang tiada ubat di dunia.


Bercerita tentang sahabat. Saya punya beberapa orang kenalan dan sahabat yang ingin sekali saya warkahkan nama mereka dalam blog ini. Sebagai satu penghargaan. Sama ada mereka baca atau tidak, ia tidak menjadi masalah.


Sebenarnya Allah S.W.T. itu amat menyayangi saya. Saya memang lemah dalam bab-bab kepimpinan. Semangat kolaborasi saya lemah. Sehinggakan pernah suatu masa saya dipulau dek kerana kesalahan luar sedar saya ini. Tiada yang berani menegur saya dihadapan, sehinggakan saya dipulau. Sehingga sekarang pun rasanya belum mampu untuk meraih semula kepercayaan mereka.

Ada suatu kisah itu, dimana saya cuba berubah. Cuba tunjukkan pada mereka saya ingin berubah. Bukan!!.. Saya sudah berubah. Namun, sakit juga hendak diterima, apabila perubahan saya dipandang sepi. Mereka yang meminta tapi mereka juga yang memandang sepi. Tidak mengapalah. Asalkan mereka bahagia. Biarlah saya menjadi lilin yang membakar menerangi orang lain. Biar saya yang tercedera asalkan orang disekeliling saya bahagia. Biarlah apa kata mereka, saya tetap insan biasa. Biarlah mereka kata, eeleeeh dalam blog pandai pura-pura luar lain cerita. Mulut orang bukan macam mulut tempayan, senang - senang sahaja kita hendak menutupnya. Tutup yang sebelah kanan, sebelah kiri pastikan berbunyi juga.


Seminggu yang lepas, saya mengikuti Kem Kursus Kepimpinan. Sengaja saya hendak menyemakkan diri. Entah kenapa, bila terdengar tentang perjalanan aktiviti kem ini, hati saya melonjak untuk menyertainya. Alhamdulillah, Allah S.W.T. permudahkan jalan kepada saya untuk mengikuti kem ini. Disini saya mengenali beberapa orang kenalan yang baru. Indahnya ukhwah itu apabila tiada perbezaan pangkat. Pergi membawa diri sebagai seorang Guru Pelatih biasa tanpa sebarang pangkat penting memang agak mengkerdilkan diri. Apatah lagi berada dalam kalangan mereka - mereka yang mempunyai kepercayaan yang tinggi dalam kalangan sahabat - sahabat mereka.


Semasa awal sesi perkenalan memang saya tidak menumpukan perhatian. Saya asyik bercakap dan bersenda dengan rakan-rakan yang turut sama mengikuti program ini. Pada pandangan kami, usahlah tumpukan perhatian sangat. Kerana kehadiran kami cuma untuk "berhoneymoon" sahaja.


Semasa sesi pembahagian kumpulan, saya terpisah jauh dengan sahabat-sahabat saya ini. Nahh.. Ketika ini, saya perlu pandai bergaul dengan orang lain. Sepuluh orang ahli dalam kumpulan saya. Lima lelaki dan lima perempuan. Awalnya senyap, sehinggalah seseorang membuka mulut. Faris namanya. Pada awalnya saya memang tidak berapa suka dengan caranya. Rasa macam berlagak pun ada. Saya pasifkan diri.


Tapi, pada aktiviti mendaki Gunung Pulai, persepsi saya kepada dia semakin berubah. Kami menjadi rapat. Turut ada bersama saya ketika itu, Farhana dan Ainul. Yang lain sudah menuju ke hadapan meninggalkan kami yang seperti baru hendak berkenalan.. Awal percakapan kami, saya perkenalkan diri saya sebagai rakan Biro Perhubungan Luar dan dia pula Biro Pendidikan. Saya mempercayainya bulat-bulat. Sehinggalah pada suatu saat, dia bertanyakan kepada saya apakah saya tidak fokus semasa sesi perkenalan. Saya jujur mengaku. Diam terus dan tidak cuba mencari alasan untuk membela diri. Lantas dia memperkenalkan diri sebagai YDP IPG KTI, Johor Bharu. Makin saya malu, sehingga saya berjalan jauh ke hadapan meninggalkan dia dan beberapa orang rakan dibelakang.


Namun apa yang menarik tentang Faris ialah ciri kepimpinan yang ada pada dirinya. HEBAT!! Kagum saya dibuatnya. Boleh kata dia seorang yang sempurna. Kepimpinan yang ada dalam dirinya amat menyerlah. Sepanjang mendaki pun, saya seakan mengagumi melihat ciri kepimpinan yang ditonjolkan. Tidak ada sebarang alasan diberikan. Salah satu ciri kepimpinan yang terserlah ialah bila mana, selesai sahaja sesi mendaki dan berkumpul dalam kumpulan, Faris bertanya mengenai keadaan saya yang semasa sesi pendakian tersebut memang banyak penyakit yang dapat. Yang pertamanya ibu jari saya terkena duri dan keduanya pada jari yang sama digigit lintah. MasyaAllah. Sakit terkena duri belum hilang, ditambah lagi sakit yang lain. Untuk membuktikan yang saya mampu berdikari, saya tunjukkan ibu jari tanda tidak ada apa -apa kecederaan walaupun dalamannya, Ya Allah, sakitnya membisa.. Ada juga halangan yang saya dan rakan -rakan perempuan hadapi sepanjang mendaki, tapi Alhamdulillah, berkat bantuan Faris dan juga ahli kumpulan lelaki yang lain, kami ahli yang perempuan ini mampu menghabiskan pendakian sehingga ke puncak. Setakat itu sahaja cerita mengenai Faris. Habis sudah bahagian untuk cerita tentang dia.


Sahabat yang kedua yang ingin saya nyatakan ialah sahabat yang saya kenali semasa sesi temuduga maktab dahulu sehinggalah sekarang dia merupakan classmate saya disini dan merangkap kepada YDP IPGK PM, Melaka ini. Siti Umairah Binti Othman. Sangat-sangat mengaguminya. Dalam tegas yang ditonjolkan masih ada perangai gila - gila yang terserlah. Kepimpinannya memang memberi makna yang mendalam kepada saya. Bahawasanya, apabila kita dihormati, tanpa perlu kita tunggu, orang akan menyenangi kita. Selalu juga beliau menjadi tempat saya meluahkan masalah. Meminta pertolongan juga selalu. Rasa bertuah mengenalinya ada juga.


Kadang saya cuba meletakkan diri pada tempatnya. Ya Allah, sungguh saya tidak mampu. Terlampau berat amanah yang hendak digalas. Bukan amanah untuk seorang dua, tapi untuk beratus - ratus lagi manusia yang memerlukan khidmatnya. Saya juga tidak mampu untuk memberikan cuti saya yang agak lama hanya untuk menyudahkan kerja yang bila entah akan sudah. Tidak saya mampu. Namun dia sanggup. Saya terdiam bila mendengar jawapannya. Amat mengaguminya tapi tidak terluah. Saya hanya diamkan sahaja.


Ketiganya Encik Wan. Pernah dengar pasal Encik Wan??. Haaaa. Dalam entry yang lepas - lepas ada saya ceritakan. Encik Wan nie memang menawan. Kelas gituuuu.. Encik Wan juga seorang YDP. YDP di IPG, KSM, Besut, Terengganu. Mengenalinya semasa PBS di SEK.KE. GONG BAYOR akhir bulan Ogos baru - baru ini. Orangnya memang manis. Gayanya macam YB. Hendaknya bila dia memakai blazer. Woooooowwwww.. Saya juga sukakan gaya Encik Wan ini. Sepanjang saya berada di SKGB, banyak juga tunjuk ajar yang diberikan. Paling saya ingat bila Encik Wan sanggup memanjat tangga untuk tunjukkan kelas kepada saya. Malah sempat juga dia berpesan kepada murid - murid agar menghormati saya sebagai seorang guru kerana saya adalah sahabatnya.

Jadi mereka bertiga merupakan antara kenalan yang mempunyai ciri -ciri kepimpinan yang paling menyerlah. Yang banyak memberi inspirasi kepada saya. Suka melihat dunia mereka. Bahagia memang terserlah ila melihat ramai yang menyayangi dan menyanjungi peribadi mereka. Mohonnya, agar mereka sentiasa mendapat limpahan rahmat dari Allah S.W.T..


Tidak lupa, ada juga yang menyindir saya. Pernah juga. ada yang kata kepada saya, kiranya semua YDP IPG ini sahabat saya lah ya?. Dan saya harap, semoga dengan adanya entry ini, ia mampu menjelaskan pada mereka yang mengutarakan soalan bahawa tidak semua YDP IPG, saya kenali. Cuma 2,3 orang sahaja. Mungkin ada hikmah yang Allah S.W.T. ingin tunjukkan kepada saya, sebab itu saya diperkenalkan dengan mereka. Mampu menceritakan kepada mereka bagaimana saya mengenali mereka. Bukan dengan menjadi "stalker" berjaya di FB.. Tapi saya mengenali mereka melalui dunia realiti. Wallahualam.




TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH MEMBACA..

SAYA SEORANG ISLAM DAN ANDA JUGA SEORANG ISLAM..

KEMBALI PADA FITRAH, JANGAN ISLAM HANYA PADA NAMA..













1 comments:

Unknown said...

good entry.....InsyaAllah perubahan ke arah kebaikan membawa kita jalan mendekatkan diri kepada Allah

Thanks!!

'Allah!
Ana fi duaa' Anta fi jawaab. Lau Anta ma fi jawaab, ana fi musykillah.'

( Ya Allah! Aku punya permohonan kpd-Mu dan Engkau-lah yg menerima doaku.Jika Engkau x memperkenankan doaku nescaya aku akan ditimpa masalah).. Amin..