Sunday, October 9, 2011

pepohon cinta

Assalamualaikum..


Agar sukar untuk menaip entry terbaru akhir - akhir ini.

Pagi sudah semestinya sibuk dengan kuliah..

Petang disibukkan dengan sukan dan aktiviti riadah. Namun apa yang penting, pasukan basketball kami sudah kembali aktif. Harap berterusan. Semoga anugerah kesihatan yang diberikan Allah S.W.T. kepada saya untuk kembali sihat ini berpanjangan. Amin. InsyaAllah.

Malam pula free. Tapi banyak saya habiskan dengan membaca mana-mana buku berbentuk MOTIVASI jua berbentuk ISLAMIK. Untuk memantapkan lagi ilmu-ilmu yang ada.

Kali ini bicarsyima mewarkah wadah berkaitan cinta. Sepohon cinta. Cinta pada siapa? Cinta pada TUHAN. Cinta pada manusia.


Pepohon cinta yang semakin membesar ini. Adalah lebih baiknya sentiasa dibajai dengan rasa cinta pada Yang Maha Agung. Debunganya yang mekar berkembang, mewangikan seluruh taman. Indah jika dipetik dan diabadikan bauannya dalam lipatan kenangan.

"Cinta itu boleh muncul bila - bila masa sahaja tanpa kita merancang. Namun rasa yang dirasakan sekarang ini bukanlah sekuntum cinta tapi sejambak kewangian pujian dan sepohon lambaian rasa mengagumi ekspresi kehebatan keperibadian anda."

Ayat diatas pernah saya warkah pada FB saya. Tidak bermaksud saya sedang mencari cinta sekarang ini. Rasa cinta pada seseorang itu, biarlah saya simpan pada lubuk hati yang paling dalam. Kerana dia bukan hak saya dan belum tentu kami akan bersama.

Hati ini terlalu banyak kotornya. Iman ini semakin hilang identiti dirinya. Penat mengejar, larinya tidaklah sejauh mana. ALLAH.. Sungguh, kadang -kadang hamba penat juga menjalani hidup. Namun bila fikirkan mati, Allah.. Hamba belum cukup rasanya bekalan hendak dibawa. Belum cukup solat taubat yang hamba buat Ya Allah. Tidak mahu hamba bertemu denganMu dalam keadaan hamba buruk perlakuannya. Hodoh wajahnya dengan kehitaman. MasyaAllah.

BERSAMBUNG...

Nantikan entry yang seterusnya. Mohon diri untuk berundur sebentar. BQ menanti kedatangan saya pada pagi Ahad yang indah ini. InsyaAllah. Petang nanti akan saya kongsikan ilmu yang saya perolehi di BQ. InsyaAllah..



TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH..

SAYA SEORANG ISLAM..DAN ANDA JUGA SEORANG ISLAM..

KEMBALI PADA FITRAH..

BUKAN SEKADAR ISLAM PADA HIASAN AGAMA..



0 comments:

Thanks!!

'Allah!
Ana fi duaa' Anta fi jawaab. Lau Anta ma fi jawaab, ana fi musykillah.'

( Ya Allah! Aku punya permohonan kpd-Mu dan Engkau-lah yg menerima doaku.Jika Engkau x memperkenankan doaku nescaya aku akan ditimpa masalah).. Amin..