Monday, October 10, 2011

Lima ringgit

Assalamualaikum.



Bangun pagi tadi, tangan rasa macam gatal -gatal. Hmmm.. Tangan kanan. Maknanya ada rezeki nak masuklah kan. Pandangan orang zaman -zaman dahulu lah. Betul atau tak, tak pula saya amalkan. Ada rezeki adalah kan. Semua tu anugerah nikmat kurniaan Allah S.W.T.. Alhamdulillah.


Cerita entry pada kali nie tentang harga nilaian RM5. Orang boleh pandang sepi je tentang nilai tu. Sekarang budak sekolah rendah pun paling kurang belanja sekolah dalam RM5 sehari. Itu baru kawasan luar bandar. Kalau kawasan bandar, rasanya dah capai tahap RM10 kot dalam sehari. Hmm.. Banyakkan??.. Sebab itu, sekarang ini ramai yang lebih pentingkan wang daripada keluarga sendiri. Keluarga nak berhutang pun macam - macam alasan yang diberi.


Lagi satu, boleh bergaduh sampai memutuskan silaturrahim. Itu lagi teruk rasanya. Putus hubungan kekeluargaan itu dah kira suatu dosa. Haram disisi ISLAM. Betulkan.. Ini ditambah lagi dengan kes pembunuhan sesama kita. Ironinya, dunia dah semakin nyanyuk menyebabkan manusia semakin kebuluran sampai lupa siapa keluarga siapa saudara.


Baru - baru ini, ada lah sedikitkan, saya mengalami masalah kewangan. Nak harapkan bantuan keluarga segan pula. Memandangkan ada seorang ahli keluarga sedang menjalani rawatan kan. Banyak juga nak pakai duit tu kan. Jadi nak katalah kan, saya pinjam lah duit dengan seorang kawan. Mula - mula memang malu. Mesej tu entah berapa kali taip, entah berapa kali padam. Dah siap taip masalah lain pulak yang timbul. Nak hantar ke taknak. Hantarkan malu, tak hantarkan tambah problem lagi. So, macam anda semua lah kan. Main kira jari. Mula kira dengan tak hantar, hantar, tak hantar, hantar, dan jawapan untuk jari yang kelima sudah semestinya tak hantar. Hah sudah. Last-last kira balik. Kena mula dengan hantar nie. Baru dapat jawapan sebenar. Cehhh.. Bajetlah sangatkan. Cakap je la. Malu tak malu memang nak pakai duit jugak. Dah terpaksakan. Okey...Alasan diterima.


Tapi bila da hantar mesej, kawan pun dah setujukan nak bagi pinjam. Saya terpana taw. Ada satu mesej dia balas dekat saya bila mana saya kata:

"terima kasih bagi pinjam. InsyaAllah, bayarannya akan dijelaskan secepat mungkin (skema tak ayat)".


Balasan mesej yang saya dapat:

"Tak apa. Satu sahaja nak bagitahu, dalam rm5 yang kita ada tu, belum tentu milik kita yang mutlak. Masih ada milik orang lain."


Hah. Memang saya terpana hais. Kawan saya yang perangai macam entah apa-apa zaman sekolah dulu, boleh cakap macam nie??.. Subhanallah, mulianya hati insan ini. Bertuah saya ada sahabat macam dia.


Lagi satu dengan nilai rm5 ini juga, saya gunakan untuk membeli hadiah - hadiah masa mengikuti program Kem Kepimpinan JPP di Kem Kaizen, Pontian, Johor. Jimatkan.. Untunglah siapa dapat hadiah saya. Balutannya cantik. Tapi hadiah yang saya bawa ke kem pada masa itu bukan milik mutlak saya. Milik rakan-rakan sekelas juga. Sebab hadiah yang dibelikan dengan nilai rm5 tu, menggunakan duit kelas. Owh.. Tetttt.. No komen ok.

So, pada kawan-kawan yang dekat luar tu, hargailah nilai RM5 anda. Jangan fikir yang nilai rm5 itu adalah sedikit. Harap entry kali ini boleh jadi pengajaran dan sama - samalah kita refleksi dirikan balik.

Owh ya, pada kawan-kawan yang selalu membazirkan duit paling kurang rm5 untuk set jom jimat KFC tu, insaf - insaflah ya. Bukan nak kata saya boikot KFC mahupun MCD, tapi iyalah, kita manusia nie, klo bab nak bagi sedekah pada sesama ISLAM, paling banyak dan biasa nak bagi pun rm1. Itupun kadang-kadang kita kata tak payahlah bagi sedekahlah sebab mereka nie (peminta sedekah) pemalas. Takpun pandai amik peluang aje.


Jadi sama -sama kita baiki diri balik. Lihat keikhlasan kita dalam bersedekah. Kita bagi sedekah itu, untuk dijadikan sebagai amalan atau kita bagi sedekah sebab orang itu yang mintak. Takpun kita bagi sedekah sebab da serabut dengan lemah gemalai peminta sedekah tu dok merayu-rayu??. Paling tidak kita nak menunjuk. Hah!!.. Kes parah nie!!..


Jadi ada baiknya, semasa kita nak memberikan sedekah pada seseorang itu, ikhlaskan hati. Jangan fikirkan negatif. Fikirkan yang baik - baik sahaja. Sama ada mereka betul - betul memerlukan atau tidak duit itu, itu adalah urusan mereka dengan Yang Maha Mengetahui di atas sana. Kita didunia ini sebagai pemudah cara, insan terpilih untuk membantu mereka. Insan yang terpilih juga untuk diberikan pahala. Sesuai dengan gelaran kita sebagai khalifah Allah S.W.T. di muka bumi ini. InsyaAllah.. Anggaplah kita membantu yang lemah. Anggaplah sedekah yang kita bagi itu, tak kiralah pada siapa adalah ikhlas datangnya dari lubuk hati yang paling dalam dan sedekah ini juga merupakan amal jariah kita, bekalan yang kita akan bawa ke alam yang lain pula. Wallahualam.

Ingat. Walau tak ada duit macam mana sekalipun. Walau hanya ada rm5 dalam tangan, ia masih belum tentu milik kita yang mutlak. Wallahualam Taala. Semuanya kerana Lillahi Taala..


TERIMA KASIH SUDI SINGGAH MEMBACA..

SAYA SEORANG ISLAM, ANDA JUGA SEORANG ISLAM..

KEMBALI PADA FITRAH.. JANGAN ISLAM HANYA PADA NAMA.










6 comments:

era kecik said...

ikhlas tu penting... betul tak? ^^

kayrul-shah said...

salam kenal...nilai 5 ringgit begitu besar sekarang nie. dulu 1 ringgit dah cukup nak beli macam2 tapi sekrang tak lagi

MaiRa QuEeN said...

salam...ziarah sini..walaupon sepuluh sen ia sangat bernilai..tanpa 10 sen xde la 100 juta..

Syima Adilla said...

era kecik::betul..betul..betul..dgn rasa ikhlas tu baru terasa nikmat..=)

Syima Adilla said...

kayrul-shah : salam kenal juga..hmm..agaklah kan..no 5 nampak mcm sedikit tapi nilainya besar kalau kita pndai menggunakannya..=)




Maira Queen..salam..sila2..sama2 kita ziarah..aah..klo xda 10sen..nak beli nasi lemak zaman sekarang nie pun dah xlepas kan..=)

ieka said...

kadang2 cari kwan untuk bergembira senang tapi untuk sama nangeh susah.. tapi bila dah dapat gemgam persahabatan 2.. semoga persahabatan 2 kekal sampai sana nnt..

Thanks!!

'Allah!
Ana fi duaa' Anta fi jawaab. Lau Anta ma fi jawaab, ana fi musykillah.'

( Ya Allah! Aku punya permohonan kpd-Mu dan Engkau-lah yg menerima doaku.Jika Engkau x memperkenankan doaku nescaya aku akan ditimpa masalah).. Amin..