Tuesday, October 11, 2011

Pandanglah ke bawah


Assalamualaikum..


Cuba pandang ke atas dan lihat birunya langit yang menawan. Waduh..waduh.. Cantik amat ya..Hendaknya apabila waktu mendekati senja. Cantik bukan??.. Kita memuji - muji keindahan langit anugerah Ilahi yang cantik. Yang tiada tolok bandingannya. Allahuakbar.Subhanallah. Kagum hamba melihat kebesaranMu Ya Allah..

Eeeeehhhhh.. Tunggu sekejap. Cuba tukar pula pandangan ke bawah. Lihat.. Apa yang kita nampak? Lantaian bumi yang merekah bukan??..Adoi..Nampak tidak cantik bukan? Tiada serinya. Nak tengok banyak kali pun kena berfikir dahulu kan. Hmm..


Hahhhhh.. Agak - agak boleh teka tak apa yang saya cuba sampaikan?. Hmm.. Bagi yang dah dapat meneka, TAHNIAH. Bagi yang belum, jom sama -sama baca entry saya untuk petang ini. Perkongsian ilmu yang tak seberapa cuma.


Ahad lepas, macam anda semua lah. Usai solat subuh, saya terfikir apa yang hendak dibuat. Sepanjang minggu bermula Isnin hinggalah Sabtu yang lepas saya agak menyibukkan diri dengan latihan basketball dan juga perlawanan bola tampar antara blok kediaman dan juga perlawanan bola tampar juga antara unit PISMP Sem 4. Rasa macam bingung juga. Saya nie jenis kalau dah start aktif memang susah nak berhenti. Sudah lama saya tidak seaktif itu. Sekembali dari Kem Kepimpinan baru - baru ini, baharulah terasa ada semangat baru yang membakar diri untuk kembali menjalani hidup yang sihat.


Pandanglah ke bawah. Tajuk entry kali ini. Tajuk yang berkaitan dengan kehidupan kita. Ia bukanlah suatu utopia. Ia adalah suatu yang realiti. Buat apa hendak direka andainya bukti sudah ada di depan mata.


Cuba lihat kembali lantai yang merekah itu? Apa yang anda rasa? Kasihan? atau menjengkelkan? Cuba kaitkan dengan kehidupan sebenar. Apa yang dapat anda rasakan tatkala melihat golongan yang kurang bernasib baik seperti golongan miskin, terutamanya golongan pengemis dan peminta sedekah? Rasa seperti mereka ini orang yang hina bukan? Hendak mendekati mereka pun seakan terbau hamisnya walaupun duduknya jarak agak jauh.


Cuba anda mendekati mereka-mereka yang berjawatan besar. Yang punya harta, yang hidup mereka sempurna. Segala -galanya ada. Wahhhh.. Terasa seperti kita pula yang kaya. Yang punya segala-galanya. Bahasa mudahnya tempias la kan. Kalau boleh nak duduk lama-lama kat sebelah si dia. Biar orang lain pandang tinggi pada kita juga. Nahhh.. Muncul sudah rasa riak dalam diri. Ini penyakit manusia yang sebenar. Susah nak hilangkan penyakit ini.


Adalah sebaiknya, kita mendekati mereka yang dibawah ini. Tiada hinanya mereka. Setiap makhluk Allah S.W.T. ini punya kelebihan masing -masing. Manusia itu punya tingkat nikmat yang berbeza. Ada yang Allah S.W.T. kurniakan nikmat kekayaan dan harta. Ada juga nikmat yang Allah S.W.T. kurniakan dengan kemiskinan. Apa -apa pun jawapan cuma satu. REDHA!!.


Kita kena ingat nikmat kekayaan yang Allah S.W.T. kurniakan itu bukanlah suatu kemuliaan tetapi ia sebenarnya sebuah pertolongan. Hah??..Pertolongan? Yup. Sebuah pertolongan kerana Allah S.W.T. Maha Mengetahui bahawa ada diantara hambaNYA ini tidak mampu hidup dalam kesusahan. Ingatan buat kita semua, terkadang kekayaan itu boleh jadi ia merupakan satu musibah buat kita. Jangan terlalu taksub dengan kekayaan yang kita miliki. Bimbang nanti kita jauh dengan REDHA ILAHI.


Kita digalakkan untuk berdoa. Tapi harus ingat, berdoa pun ada cara dan adatnya. Jangan diasak Allah S.W.T. dengan doa yang berterusan. Katakanlah kita ini hidupnya melarat. Tapi dalam kemelaratan hidup kita masih mampu melaksanakan perintah Allah S.W.T. dengan sebaik mungkin. Tidak pernah tinggal solat, dan sentiasa membuat sesuatu dengan penuh istiqamah. Tapi andai kata doa kita meminta kekayaan itu termakbul. Kita yang dulu hidup susah sudah semakin kaya raya. Tapi cara hidup sudah lain pula. Lupa amanah Allah S.W.T... Taksub mengejar dunia yang nilainya hanyalah sebelah kepak si lalat. Hmm.. Kecil bukan??. Tiada nilai dunia ini.

Berbalik pada doa tadi. Kita nak berdoa pun kena ada ilmu juga. Sebabnya kalau tak ada panduan ilmu nie, sudah pasti kita akan terpengaruh dengan hasutan syaitan dan juga kilauan dunia. Tengok orang hidup senang, kita pun nak hidup senang. Tengok orang bahagia, kita pun nak bahagia juga. Sehinggakan kita cemburu dan dengan ketidaksengajaannya kita kufur nikmat. Tidak mensyukuri nikmat yang telah Allah S.W.T. kurniakan pada kita ini.



Jadi nasihat saya buat anda yang sudi singgah membaca entry kali ini, jangan panjangkan mata anda kepada dunia jika tidak mahu mewarisi penyakit.. Fikir-fikirkan ayat ini. InsyaAllah. Anda akan menjumpai jawapan..Oleh itu, jangan segan untuk beramal dengan ilmu yang sedikit kerana ilmu yang sedikit itu lebih baik jika hendak dibandingkan dengan ilmu yang banyak..Wallahualam..=)


TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH MEMBACA..


SAYA SEORANG ISLAM, DAN ANDA JUGA SEORANG ISLAM.


KEMBALI PADA FITRAH. JANGAN ISLAM HANYA PADA NAMA.



Semua yang tertulis diatas adalah kerana LILLAHI TAALA..

0 comments:

Thanks!!

'Allah!
Ana fi duaa' Anta fi jawaab. Lau Anta ma fi jawaab, ana fi musykillah.'

( Ya Allah! Aku punya permohonan kpd-Mu dan Engkau-lah yg menerima doaku.Jika Engkau x memperkenankan doaku nescaya aku akan ditimpa masalah).. Amin..