Monday, September 19, 2011

Rebah,bangun sendiri.

Assalamualaikum.


HUJAN..LEBAT..BUMI..BASAH..

MACAM AIR MATA..BILA ADA MASALAH..IA AKAN MENGALIR KE PIPI JUA..

KUATKAN SEMANGAT, KERANA KITA TAHU SIAPA KITA,

ALLAH S.W.T. ADA BERSAMA, DIMANA-MANA SAHAJA..

MENGADULAH PADANYA. MOHONLAH KEKUATAN.

SEMOGA BAHTERA BAHAGIA DINIKMATI AKHIRNYA.



Cubaan untuk menaip entry terbaru yang entah ke berapa kali. Taip punya taip.. Sampai dipertengahan mood mula lari. Idea yang mencurah-curah seakan kosong. Jiwa semakin membengkak. Dek kerana luahan perasaan yang tersekat.


Entah. Akhir-akhir ini diri seperti bingung. Tangisan seakan menjadi sahabat baik. Orang mungkin kata saya manja. Tapi ujian hidup ini sukar hendak diduga. Terasa beban beratnya yang dipikul pada pundak bahu. Apatah lagi bila keseorangan. Kekuatan serapuh dahan. Patah bila dihenjut dengan begitu kuat. Ya Allah. Penat badan, penat fikiran hambaMU ini.


Blog ini menjadi medan saya untuk mewarkah kata-kata. Bukan untuk bercanang cerita tentang kehidupan saya yang mungkin "malang". Cuma mungkin inilah diari bergerak saya. Saya jadikan blog sebagai medium. Untuk menyedarkan anda yang sedang membaca entry ini dan entry yang sebelumnya. Bahawa tidak semua yang hidup di dunia ini menjalani hidup yang begitu baik. Ada juga disepanjang perjalanan hidupnya, penuh dengan permasalahan.


Memang diakui, blog ini banyak lipatannya yang berkisarkan kisah sedih dan memilukan. Boleh kata ia adalah blog yang banyak mengeluarkan air mata. Sesuai dengan tajuknya. Travelog Insani. Terlalu banyak parut dan cacat cela yang terpalit di blog ini. Kadang timbul rasa kesian juga. Tapi saya fikirkan positif. Dalam sedih tangisan yang saya warkahkan, saya salurkan kata-kata semangat buat anda, buat diri saya juga. Andaiannya, bila anda merasa semangat anda lemah, anda boleh berpegang pada kata-kata yang saya warkahkan ini. Allah, semoga perkongsian pendapat saya ini boleh dijadikan sebagai ibadat dan bekalan yang boleh saya ke dunia sana. InsyaAllah.


Kita bila ditimpa masalah, sering mengganggap ia sebagai sesuatu yang malang. Tapi secara luar kotaknya, ia sebenarnya merapatkan lagi hubungan kita dengan Allah S.W.T.. Bukan senang untuk mendapat rahmat Allah S.W.T. yang satu ini. Kadang bila kita ada masalah, kita tak terfikir pun yang sebaliknya ada hikmah yang menanti. Kita tak sedar pun yang Allah S.W.T. sedang berbicara dengan kita. Kita tak perasan pun yang selama ini, DIA menemani kita pada setiap langkah. Baik langkah menuju kejayaan atau langkah yang tersadung lalu kecundang dan rebah sebelum tiba ke garisan.


Cerita realiti kehidupan saya memang banyak yang menyedihkan. Saban hari, semakin banyak yang diuji. Penat itu memanglah. Kadang hampir berputus asa pun ada juga. Tapi bila fikirkan hidup ini tidak lain tidak bukan adalah sebuah perjuangan, maka mengapa mesti hendak mengalah. Mengapa tidak berusaha mencari keredhaan Ilahi?


Jika anda rasa hidup anda ini penuh dengan masalah, saya rasa berat lagi bebanan yang saya tanggung. Belum tentu ada yang sanggup menanggungnya. Tapi saya percaya. Berat mana bebanan saya tanggung, berat lagi ujian yang dihadapi oleh Rasulullah S.A.W. dan sahabat-sahabatnya pada zaman dahulu. Ujian yang kita hadapi ini cuba sekelumit kecil daripada apa yang dihadapi oleh BAGINDA. MasyaAllah. Betapa jauh kita dalam mengenal erti sebuah kehidupan seorang insani.


Bukan senang hendak mencari seorang sahabat yang mana bila kita susah, dia akan berterusan ada di sisi. Saya punya kenalan, tapi ramai daripada mereka telah angkat kaki dan lari. Luahan perasaan saya kini cuma dipandang sepi dan terkontang kanting seorang diri. Ada juga cuba berdebat, tapi saya cuba membela diri. Umpama hidup saya kini sebatang kara di perantauan. Biarlah, mungkin mereka letih bertemankan diri ini. Siapa saya untuk mengadu dugaan Ilahi. Siapa saya untuk memohon mereka supaya mengerti. Pada siapa harus dipinta untuk menagih secebis rasa? Jika bukan pada ILAHI.


Ingatlah, dalam dunia ini,makin banyak dugaan yang kita hadapi, makin besar saham yang akan kita perolehi di akhirat nanti. Bersabarlah duhai hati. Usah mudah mengeluh duhai diri. Lapangkan dada, banyakkan zikrullah, banyakkan butiran lafaz ayat-ayat suci kalam ALLAH S.W.T. iaitu al- Quran. Mengadulah padanya disaat dahi anda menyentuh lantai. Sungguh menenangkan.InsyaAllah.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~^^^^^~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~`
Manusia yang hidup dalam kesenangan,
sebenarnya dia dalam buruan kealpaan..

Manusia yang hidupnya bersama juraian air mata,
Hidupnya menuju kepada Sang Pencipta.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~^^^^^~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Menangislah bila anda letih,
kerana DIA Maha Mendengar..
Tidak salah,
Kerana kita lahir dengan mulanya tangisan,
Maka pengakhiran hidup kita juga dengan sebuah tangisan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~^^^^^^~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

WALLAHUALAM TAALA..



Saya seorang ISLAM.. Anda juga sorang ISLAM..

SEMOGA ALLAH S.WT. REDHA.



Terima kasih kerana sudi singgah membaca..

LillahiTaala..

4 comments:

Anonymous said...

stiap ujian yg diturunkan, ALLAH SWT tau hambannya mampu mengataisnya...

Syima Adilla said...

thanx encik/cik anon..

Sudah lali dgn ujianNYA..
cuma harapnya diri masih kuat utk terus berada di landasan yang benar..

Semoga iman tidakkan rapuh..

semoga Allah S.W.T. tunjukkan cahayaNya agar diri tidak terjerumus ke lembah hasutan syaitan.

purple luv reen said...

satu kawan lari, insya allah allah akan ganti..maybe double n triple jumlahnya...sahabat bukan sekadar kawan...:)

i guess blog pun macam teman berbicara..tempat luahan...
cam kita cakap nge kucing...diapaham tapi kita tak dengar apa yang nak dia luahkan untuk membuat kita rsa tenang dan kuat...

mcm syima boleh bercerita
tapi bagi reen, yang keluar sekdar kata2..tak pandai nak bercerita..:)

kami semua ada...
just tell and we wil alwys be here...tak ke gitu ieka n aina???? :)

Anonymous said...

sesungguhnya..sebelum melatakkan apa-apa konklusi tentang seseorang, renung sejenak ke dalam diri..apakah diri telah melakukan sesuatu dengan sebaiknya dan seikhlas hati??apakah setelah semuanya dilakukan, namun mereka masih angkat kaki??sebenarnya kita mungkin terlepas pandang kekhilafan diri..berkemungkinan..apa yang berlaku berpunca daripada sikap kita sendiri sehingga menyebabkan mereka angkat kaki..oleh itu..adalah lebih baik kita koreksi diri..selami hati..apakah kita selama ini hidup dalam kepura-puraan ataupun menerima dengan redha segala yang telah ditakdirkan..sesungguhnya..yang demikian itu adalah lebih baik daripada terus menerus menuding jari ke arah orang lain..dan ingatlah kata-kata bahawa apabila satu jari kita menuding ke arah orang,sedarlah bahawa jari yang selebihnya menuding ke arah diri kita sendiri..sesungguhnya..hanya Allah yang mengetahui rahsia di dalam hati setiap manusia..semoga tabah menghadapi dugaanNya..amin..

Thanks!!

'Allah!
Ana fi duaa' Anta fi jawaab. Lau Anta ma fi jawaab, ana fi musykillah.'

( Ya Allah! Aku punya permohonan kpd-Mu dan Engkau-lah yg menerima doaku.Jika Engkau x memperkenankan doaku nescaya aku akan ditimpa masalah).. Amin..