Sunday, July 3, 2011

Keruh Diwajah, Sehitam Hati.


Assalamualaikum.


Setiap manusia ada tabiatnya yang tersendiri. Sebetulnya, perlakuan kita, gambaran diri kita. Hati kita juga penting. Bermula dari hati, maka terserlah luaran kita. Tergambar bagaimana diri kita yang sebenar-benarnya.




Baru-baru ini. Hidup saya dilanda badai. Saya tertipu dengan omongan jahat seseorang. Memburuk-burukkan seseorang yang saya rasa, kuat pengetahuan agamanya. Seorang yang lebih baik daripada dirinya. Seorang yang pandai memilih kawan. Seorang yang saya rasa, boleh dijadikan tempat untuk berkongsi segala bagai. Terpengaruh??.. Ia, pada awalnya. Sekarang, saya dalam usaha untuk memohon maaf. Harapnya, "orang yang bernasib malang" dek kerana difitnah oleh "si hati kotor" ini memaafkan saya dan diselamatkan daripada fitnah dunia. Ujian untuk orang - orang yang disayangiNya. InsyaAllah. Itu janjiNya.


Ramai yang berada disekeliling saya tidak mengetahui hal yang sebenar. Sekarang saya menggalas bebanan yang sepatutnya bukan milik saya. Kelam, karam rasa hati ini, bila mana seseorang yang selalu bersama saya tidak mempercayai perihal ini. Ini bukan perasaan. Ini adalah realiti sahabat!!,,Realiti!!.. Maka, jalan penyelesaiannya, saya diamkan saja. Hanya yang percaya pada omongan saya, diberitahu hakikat yang sebenarnya. Alhamdulillah, semangat persahabatan diantara "geng2" saya kukuh. Mempercayainya dan berusaha mencari jalan penyelesaian disamping memberikan kata-kata semangat yang berterusan.


MasyaAllah. Agak teruk juga saya terkena. Sehinggakan saya rasa semangat saya berterbangan. Hebat sungguh makhluk Allah S.W.T. yang satu ini mereka cerpen untuk dilempiaskan kepada dunia. Memohon simpati untuk mendapatkan perhatian. Tiada gunanya. Kerana jalan ceritanya tidak menarik minat saya untuk terus melakonkan watak sebagai pelakon utama. Simpan sahaja niat itu. Kompem-kompen tidak laku. Jalan ceritanya penuh penipuan. Membazirkan masa jua waktu.


Realitinya, saya bukan seorang yang bersosial. Saya diajar begitu sejak dari kecil. Namun saya masih punya ramai kenalan, walau saya, datangnya bukan dari jenis suka bercakap banyak. Sementelah lagi, orang itu saya tidak kenali sangat. Sememangnya susah untuk saya membuka mulut terlebih dahulu.


Nah.. Ini dijadikan sebagai peluang untuk memburuk-burukkan saya oleh "orang terhebat dunia". Jika diikutkan hati, mahu saya bagi lempang sebijik dua. Tendangan maut bertubi-tubi macam dalam cerita kartun atromen, power rangers, or ape2 je.. Sebagai tanda ingatan yang tulus ikhlas. Tapi logiknya saya berfikir. Buat apa mengotorkan tangan memberi lempangan, menyakitkan kaki memberi tendangan. Orang yang hatinya kotor, biar diberi nasihat waima amaran banyak mana sekalipun tidakkan pernah insaf. Melainkan pintu hatinya dibuka untuk bertaubat.


Mungkin ada yang tidak menyedari, bahawa warna hati kita, dapat dilihat melalui raut wajah. Jika bersih hati kita, maka cantik dan manislah wajah kita. Walau kita tidak secantik mana, namun cahaya ketenangan dan kedamaian itu menyerlahkan lagi seri wajah. Nie petua untuk kawan-kawan ya. Jika sebaliknya warna hati kita, lihat sahajalah rupa mereka. Keruh. Entah. Tidak tahu saya bagaimana hendak diuraikan gambarannya. Sebetulnya, saya juga tidak sebaik mana. Siapalah saya untuk menilai seseorang.


Saya rasa mungkin anda yang membaca faham dengan makna yang tersirat disebalik tajuk entry diatas. Atau secara konkusinya untuk memudahkan anda yang membaca memahaminya ialah apabila hati kita ini dicemari dengan debu-debu kotor dunia seperti hasad dengki, iri hati, waima bermacam lagi, maka kita tidakkan pernah hidup tenang malahan bertambah gelisah. Otak kita senantiasa merancang bagaimana untuk memburuk-burukkan orang. Sentiasa tidak senang melihat kebahagiaan dan kelebihan orang. Mulut kita senantiasa melemparkan fitnah. Diri kita gagal mengawal anggotanya. Syaitan semakin menghampiri. Sedarlah kawan. Yang hidup ini singkat, ia hanya sebuah persinggahan. Penuhilah ia dengan amalan kebaikan, walau sesakit mana pun hati kita. Jangan biar nafsu menjadi raja. Wallahualam.



Tepuk dada, tanya iman. Sekadar nasihat untuk yang sudi membaca dan mengambil nasihat. InsyaAllah..

~~saya bukan yang baik..namun cuba untuk menjadi hamba yang sebaik mungkin. InsyaAllah..~~


Wassalam.

2 comments:

PùRpLè LuV Me said...

sabar ye syim
dalam dunia byk warna manusia dan rencah perangai mereka
kalotak kuat semangat
dah lama kita jatuh tersungkur dan berbagai perasaan tak enak yang sering menghambat
saya seperti anda juga
cuba menjadi kuat walaupun hakikat sering menjerat
take care dear fren...

Syima Adilla said...

okep reen..tenkiu..itulah..hnya mampu bersabar..walaupun kadang2 hati nie rasa mcm da berderai..utk melihat muka dan mendengar suara apatah lagi..

Thanks!!

'Allah!
Ana fi duaa' Anta fi jawaab. Lau Anta ma fi jawaab, ana fi musykillah.'

( Ya Allah! Aku punya permohonan kpd-Mu dan Engkau-lah yg menerima doaku.Jika Engkau x memperkenankan doaku nescaya aku akan ditimpa masalah).. Amin..