Saturday, June 25, 2011

Blog Kita, Pandangan Orang.

Assalamualaikum..



laju sahaja tangan kita menarikan rentak. menaip segala rasa yang ingin diluahkan. apa yang terbuku, atau terlintas, kita luahkan sahaja. terkadang kita menulis menggunakan emosi. bukan menggunakan akal. terkadang kita syok sendiri sehinggakan di luar batasan kesedaran, hinggakan ada insan yang terluka dengan kata-kata kita. maaf kata jika terkasar. tidak bermaksud kepada sesiapa. ia terbuka, secara umumnya. ingatan buat semua. buat diri sendiri juga.


ia bukan omongan kosong..aaaahhh..cakap senang la..mungkin itu pandangan orang bila membaca nukilan saya ini..bukan!!..ia berasaskan pengalaman. dulu, blog ini bukan begini..blog ini, penuh kesedihan. penuh umpatan, penuh kebencian. penuh kata-kata hina. namun Alhamdulillah, Allah S.W.T. Maha Penyayang. Dia menyedarkan saya. bahawa dalam kita memburu keasyikan dengan tulisan, jangan lupa untuk menjaga adat dan tatasusila. natijahnya, blog saya berubah hampir keseluruhannya sekali. menjadi seperti sekarang.


kita punya pandangan yang berbeza. masing-masing punya luahan dan coretan yang pelbagai. kita menulis untuk berkongsi rasa atau bercerita. namun, sekarang.. blog menjadi medan untuk bertelingkah sesama kita. kita guna blog sebagai medan melepaskan rasa. gorengan kita masak dengan pelbagai cerita. antara enak atau tidak enak, kita yang tentukan. pada siapa kita tujukan, pada siapa kita maksudkan. wallahualam. hanya kita yang tahu. ia sebuah karya, hasil air tangan kita, cetusan luahan minda kita, ekspresi siapa diri kita.


ini sekadar teguran. sebagai ingatan juga. jika ada yang sudi singgah membaca dan jadikan ia iktibar, alhamdulillah. tapi, jika difikirkan sebaliknya, mohon maaf terlebih dahulu. sementelah penglahiran idea saya pada kali ini, lahirnya dari minda yang sedang berfikiran waras. diikuti dengan emosi yang cukup stabil. insyaAllah. harap-harapnya begitu.


berbincang mengenai kesedaran dalam membentuk ukhwah, adalah sesuatu yang sukar untuk diperjelaskan. terasa agak sedih juga bila melihat kita sesama bangsa, satu agama bergaduh dan berperang mulut. teguran sekadar ucapan untuk yang sudi mendengar. untuk kebaikan kita sendiri. tapi tidak semuanya berpendirian seperti saya. entah berapa kerat yang sudi berfikiran seperti saya. walang sungguh rasa yang terselit dalam hati ini.


ramai antara kita menyangka, kita mengenali diri kita sebaik mungkin. jujur saya kata, saya tidak mengenali sepenuhnya diri saya yang sebenar. saya memerlukan teman-teman dan taulan yang sudi, dengan jujur menegur keburukan dan kelemahan saya. saya tidak perlukan pujian yang akan membawa saya kepada kealpaan dan lantas membuatkan saya riak. dulu, saya sangka saya mengenali diri saya seadanya. rupanya tidak. terlebih sudu daripada kuah. jauh tertinggal saya dibelakang dalam mengenali diri saya sendiri. waima sukar untuk menerima kelemahan yang dikhabarkan, hati sarat berjuang untuk berubah. tidak salah berubah untuk sesuatu yang lebih baik. jihad untuk berperang dengan diri sendiri itu lebih penting.


blog kita, pandangan orang. ada yang tidak percaya, melalui penulisan, orang boleh menduga siapa kita. mungkin tidak secara keseluruhan tapi tetap ada tempiasnya juga. sebaik-baiknya jaga gaya penulisan anda. mungkin ada yang memuji, tidak lupa ada yang mengata dan terasa. saya cukup berhati-hati untuk meluahkan sesuatu sejak akhir-akhir ini. dulu blog ini pernah kecoh dikalangan orang sekeliling saya, kerana kata-kata yang saya lahirkan tanpa berfikiran panjang. menulis hanya ikut pandangan dan suapan rasa kita sahaja. jika dibandingkan dengan sekarang, sesiapa pernah membaca blog ini, mungkin perasan. setiap entry yang saya hasilkan, diselitkan sedikit pengalaman yang saya alami.


suka benar saya untuk berkongsi segala pengalaman yang ada. agar menjadi tauladan buat semua. pada yang sudi meluangkan masa untuk singgah membaca amnya. terima kasih atas kesudian. dan saya jadikan blog saya sebagai medium untuk berkongsi ilmu dan pandangan yang lahir ikhlas dari jiwa paling dalam. sebagai perkongsian buat semua kenalan yang ada. matang seiring dengan percambahan pemikiran dan peningkatan umur. insyaAllah. hidup ini singkat, yang ada hanya kesakitan untuk menghadapi kebenaran. jalan mana yang kita pilih untuk terus meniti ranjau dalam permainan debu kotor kehidupan ini. ia sebuah realiti tetapi boleh juga menjadi sekadar fantasi. kerana ia hanya sebuah persinggahan.


wallahualam..wassalam..






0 comments:

Thanks!!

'Allah!
Ana fi duaa' Anta fi jawaab. Lau Anta ma fi jawaab, ana fi musykillah.'

( Ya Allah! Aku punya permohonan kpd-Mu dan Engkau-lah yg menerima doaku.Jika Engkau x memperkenankan doaku nescaya aku akan ditimpa masalah).. Amin..