Tuesday, June 7, 2011

Jaguh Penglipur Lara

Assalamualaikum..



kalau hari2 yang telah berlalu boleh diputarkan semula.. alangkah indahnya menjalani zaman kanak2. tanpa perlu memikirkan kehendak dan keperluan hidup. semakin hari semakin banyak komplikasi yang memberikan reaksi yang pelbagai.

interaksi antara kehidupan realiti itu adalah pasti.bukan hanya fantasi yang mampu kita reka umpama mimpi dalam mimpi dan seterusnya terusan bermimpi.

hidup ini terkadang memerlukan angan2 Mat Jenin. hidup memerlukan angan2 untuk menambahkan perencah agar terasa lengkap..cukup masam manisnya. biar kadang2 ia sukar dicapai. hingga Mat Jenin mati dek kerana angan2nya..

perlu juga ungkapan Pak Kaduk.. mudik ke hulu tersesat ke hilir. terkadang hidup perlu tamak dalam mencari sedikit keceriaan untuk menjadikan hidup lengkap dengan kebahagiaan.. walau diakui hidup ini yang ada hanya penderitaan, kesedihan dan kesengsaraan. tapi tidak salah bukan jika ia dicalit dengan sedikit kebahagiaan dan senyuman manis bak susu lemak manis berkrim.


boleh pakai juga Si Luncai dan labu2nya. walau tenggelam timbul dek kerana berat labu dan empunyanya. tapi boleh juga hanyut sampai ke darat. terkadang benda yang mustahil itu tidak mustahil jika kita pandai menggunakan ruang dan peluang yang terbentang.

walau ia sekadar penglipur lara. yang kebanyakkan hanya memberikan pengajaran agar tidak mencontohi mereka. mengapa tidak kita buang yang keruh dan ambil yang jernih. dalam "kebodohan" mereka merangka angan2 menggunung setinggi gunung Kinabalu.. adalah tidak salah jika jadikan sebahagian daripada mereka itu sebagai teladan.

dalam angan Mat Jenin, mampu juga memanjat pokok kelapa walau tidak sampai kepuncaknya. berangan sedikit tidak salah asalkan mampu memberikan inspirasi pada diri. ketika Pak Kaduk tamak dengan kendurinya, juga tidak salah biar hanyut hingga terlepas semua. kerana dalam hidup semua inginkan yang terbaik. biar sesakit mana untuk menghadapi kepahitan namun masih berusaha untuk mencari sekelumit kejayaan. tatkala Si Luncai berenang bersama2 labunya. ia harus dipuji. dek kerana keberaniannya. walau nampak seperti tidak berguna. namun hanyutnya jua ke pinggiran pantai.

konklusinya. tidak semua yang kita lihat tidak berguna sebenarnya tidak boleh dipakai. hakikat yang sebenar merekalah jaguh2 penglipur lara yang perlu kita contohi. kejayaan yang berterusan sebenarnya bermaksud kita adalah si gagal selama2nya. kerana kita tidak menikmati nikmat kekalahan. untuk dijadikan bekalan pada masa depan. kegagalan yang berterusan membawa kepada 'wira dalam diri'.tidak ramai yang mampu menerima kekalahan serta kelemahan diri. sebenarnya dalam tidak sedar mereka lah juara. JUARA kerana mampu mengatasi ego diri. JUARA kerana mengakui kelemahan diri. JUARA kerana berterusan mencuba tanpa henti.

sampai ketemu lagi.

Wassalam..

=)


1 comments:

PùRpLè LuV Me said...

betul jugak kan...nice one syim..:)

Thanks!!

'Allah!
Ana fi duaa' Anta fi jawaab. Lau Anta ma fi jawaab, ana fi musykillah.'

( Ya Allah! Aku punya permohonan kpd-Mu dan Engkau-lah yg menerima doaku.Jika Engkau x memperkenankan doaku nescaya aku akan ditimpa masalah).. Amin..