Thursday, June 23, 2011

Bayaran Cahaya

Assalamualaikum..


untuk mendapat redha Ilahi.. mahal bayarannya. pada suatu ketika saya kepenatan. sehinggakan saya hampir berputus asa. untuk bercerita pengalaman sendiri. terkadang seperti membuka lembaran duka dan pahit kenangan sejarah yang cuba ditutup. lembaran demi lembaran, diselak untuk dikongsikan sebagai pengalaman.

tajuk usrah sughra yang diutarakan oleh naqibah semalam. banyak membuatkan saya kembali berfikir, merenung dan mensyukuri nikmat perjalanan hidup sebagai seorang insan. bahawa betapa indahnya perjalanan hidup saya yang telah direncanakan oleh Allah S.W.T.. untuk menjadi seperti adanya saya hari ini. banyak duka dan tangisan air mata serta pengorbanan secara paksa rela yang saya terpaksa hadapi dan tempuhi. onak ranjau yang senantiasa berduri serta liku hidup yang tajam sehingga mematahkan semangat dalaman usah dikata. antara kuat semangat atau putus asa yang menjadi penentu.

perjalanan hidup saya semasa kecil adalah sama dengan anda semua. mungkin bezanya saya membesar dalam lingkungan keluarga yang kesemuanya lelaki. saya dikelilingi oleh lima saudara lelaki. kebetulan saya anak yang tengah. maka pembentukan karakter saya banyak menyerupai mereka. percakapan yang kasar. perwatakan yang keras. itulah karakter yang sebati dengan saya. sehinggalah saya meniti zaman persekolahan menengah. sahabat terbaik saya diambil nyawa pada pagi Jumaat. membuatkan saya terpana. ibarat layang-layang terputus tali.

sejujurnya. saya seorang yang suka berkawan ramai. jika mahu kemana-mana, saya suka jika pergi secara beramai-ramai. namun pada suatu ketika ada masanya saya cuma berharap pada seorang kawan sahaja yang saya benar-benar boleh harapkan. sehinggakan tiada rahsia antara saya dan sahabat. kepercayaan saya sepenuhnya diberikan kepadanya. namun, kadang tiada yang memahami apabila kita tidak cuba memberikan keterangan yang dapat memahamkan mereka. kerana kehendak manusia ini adalah berbeza. ada yang menerima, ada yang menghina. apa yang terbaik. berfikiran positif, maka jiwa akan tenang.

kematian sahabat yang paling saya sayangi beberapa tahun yang lepas, benar-benar menguji keimanan saya. jujur dulu, walaupun solat namun hubungan saya dengan Allah S.W.T. terasa seperti amat jauh. kehilangan sahabat ini benar-benar membuatkan saya berputus asa. kehilangan arah. dunia saya kelam. hati saya remuk redam, hancur berkecai menjadi serpihan yang begitu kecil. dunia seakan mengejek saya ketika itu.

Alhamdulillah. saya ditunjukkan jalan. jalan untuk kembali menjadi hambaNya yang sebenar-benarnya. mahal bayaran yang terpaksa saya bayar. kehilangan orang yang paling saya sayang benar-benar membuatkan saya benci melihat dunia sekeliling saya. akhirnya, cahaya terang memudahkan perjalanan saya. saya tenang dengan hidayah yang dikurniakanNya.

siapa sangka. panas cuma sekejap sahaja. kemanisan itu saya hanya mampu nikmatinya untuk 2 tahun cuma. sehinggalah saya belajar jauh di utara sana. saya kembali kepada perwatakan asal saya. walau tidak sepenuhnya. setahun disana saya banyak terdedah kepada duniawi sahaja. ilmu akhirat entah kemana.

habis saja pengajian saya di utara, saya mendapat tawaran menyambung pelajaran di selatan. dimana kesemua penuntutnya adalah perempuan. ia benar-benar menguji saya. saya kehilangan akal. fikrian saya terganggu. jiwa saya kacau. saya tidak dapat menerima gaya hidup serta suasana disini yang hanya dikelilingi oleh kesemuanya wanita. jiwa saya tertekan. tetapi, Alhamdulillah. Allah S.W.T. itu maha kaya. diturunkan hujan dan dihadiahkannya pelangi yang terindah untuk orang-orang yang dipilihnya. saya cukup-cukup bersyukur dengan kehidupan saya kini. saya tenang. Allah S.W.T. itu Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang. dua kali saya mendapat hidayah daripadaNya.

saya tekad. hidayah yang kedua ini akan saya semai sebaik mungkin. tidak akan saya lepaskan. saya ingin menjadi seperti saya yang dahulu. saya yang ketika itu mendapat cahaya hidup yang pertama untuk menjadi insan Allah S.W.T. di muka bumi ini . walau ia hanya mampu bertahan sekejap sahaja. saya akan tebus kembali ia pada cahaya yang kedua ini. saya bimbang andai ini adalah peluang terakhir pintu hati saya dibuka. dan takkan pernah wujud peluang yang ketiga untuk saya meraihnya kembali.

apabila saya imbas kembali perjalanan hidup saya untuk mendapat cahaya yang terang ini, sesungguhnya ia cukup sempurna. saya hanya perlu melaluinya dengan tenang, redha dan ikhlas. kerana apa yang diunjurkan olehNya kepada kita dihadapan sudah secantik mungkin. tidak perlu kita mengubahkannya sehingga wujud ketamakan dan penting diri sehingga menerima murka daripadaNya.

The Road Not Taken. sajak ini. saya lupa penulisnya. sajak motivasi buat saya. pembakar semangat saya. bahawa setiap yang hidup di dunia ini akan sentiasa dilempari dengan pelbagai pilihan. mana satu pilihan terbaik kita??.. jalan yang luas tetapi tidak tahu mana penghujungnya atau jalan yang sempit yang penuh rintangan tetapi sudah ada yang menanti dipenghujung jalan sana?. jika dikaitkan sajak ini dengan kehidupan kita secara konklusinya dapat saya simpulkan sebaik-baiknya ialah jiwa yang waras dengan selamba akan memilih langkah yang kanan untuk hidup dengan sebaik mungkin dengan menurut segala perintahNya. manakala jiwa yang kacau cepat sahaja terbabas ke kiri sehinggakan lupa pada takdir yang telah ditentukan Ilahi. stanpa sedar hanya iman sahaja rawatan terbaik untuk jiwa. wallahualam. ini sekadar pandangan.

harus diingati, hidup ini senantiasa akan diuji. kerana ujian itu tanda Allah S.W.T. sayang akan kita. mungkin ditarik apa sahaja yang kita sayang pada hari in, kerana Dia ingin menghadiahkan kepada kita yang lebih baik keesokkan harinya. insyaAllah. wallahualam. wassalam.









1 comments:

PùRpLè LuV Me said...

haaa sekali ayat2 power daripada seorang bakal cikgu keluar, haaa tak terkata den dibuatnya..
satu luahan hati yang ikhlas..
insya allah...your life willbe better and in fact great..keep on smiling syim...:)

Thanks!!

'Allah!
Ana fi duaa' Anta fi jawaab. Lau Anta ma fi jawaab, ana fi musykillah.'

( Ya Allah! Aku punya permohonan kpd-Mu dan Engkau-lah yg menerima doaku.Jika Engkau x memperkenankan doaku nescaya aku akan ditimpa masalah).. Amin..