Monday, May 30, 2011

Sujudku HambaMu

Assalamualaikum..

lamanya rasa xmenulis dan xmeluahkan apa2 kata kat sini. bukan tidak cuba menulis. cuba juga. tapi hanya disimpan di draft sahaja apabila catatannya xdapat dihabiskan. 3 hari berada dirumah. hmm..setakat ini. masih merancang pelbagai aktiviti dgn adik beradik tersayang. serta sahabat2 terdekat. masih lagi dalam pembacaan sebuah buku berbentuk motivasi. judulnya Kuasa Kepimpinan Al-Fateh. agak memcabar bacaannya. penuh info. padat dengan kata2 semangat dan motivasi. mampu membuatkan kita memikir dan membacanya berulang kali untuk memahami dengan lebih mendalam isiannya. ianya berkaitan sejarah. berkaitan jua dengan kehidupan seharian kita.=)


dalam kehidupan. masalah xkan pernah menghilang. bahkan tiap kali ia mendatang mengganggu kehidupan seharian. hari ini kita disukai. esok lusa kita mungkin dilukai. sebuah buku motivasi yang pernah saya baca. hasil nukilan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. pernah mengatakan bahawa dunia hanya ada kesedihan, penderitaan dan kesakitan. hanya orang2 yang kuat sahaja mampu menjalani kehidupan seperti ini dan berusaha mencari jalan penyelesaian.


ingin saya kaitkan dengan dunia realiti sekarang. bila kita kehilangan seseorang, kita merasakan separuh badan kita lemah. patah sayapnya. haru dunia semakin biru. makan tidak lalu, tidur ntah jam berapa lelapnya. bahkan mandi tidak terasa basahnya. adakah ketika itu. kita mengingati bahawa ia sebuah kifarah buat kita??.. berapa lama sudah kita hanyut dalam dunia kelam hitam ini?? sebanyak mana kita kesabaran yang mampu kita kumpul?? sebanyak mana zikir yang mampu kita basahkan?? selama mana sujud kita jadikan sahabat?? sejauh mana kita mengaku kita hambaNya?? jawapannya ada pada anda yang sedang membaca. kita berlainan. tapi apa yang sama kita saudara seIslam. InsyaAllah.


ada yang menyoal kepada saya?? selama 3 tahun berturut2 saya diuji dengan pelbagai dugaan. sehingga menjadikan saya setabah seperti hari ini. bagaimana saya menghadapinya?? jawapannya senang sahaja. saya banyak mengadu ketika sujud. bukan menunjukkan saya baik. saya tidak baik. jauh lebih jahat dan zalim daripada anda mungkin. tapi ini satu kaedah yang berguna untuk anda yang merasakan sukar untuk menceritakan sesuatu kepada sesiapa. walaupun anda tahu dia boleh menyimpan rahsia. begitu juga saya. ada masa saya mengadu..melemparkan keluh kesah saya kepada sahabat. namun pada pengakhiran cerita? saya seakan terfikir. dengan setiap cerita yang saya adukan..adakah dia benar2 mendengar?? adakah rahsia akan kekal dalam simpanan?? hati saya mula berbolak balik.


ramai antara kita. tika senang lupa bahawa mereka ada teman yang setia menanti. lupa mereka pada teman yang banyak membantu. sesekali diuji. mula mencari teman yang hakiki. kita lupa untuk sujud pada teman hakiki kita. kita lupa dengan sujud pada teman hakiki. segala kesukaran yang kita hadapi perlahan2 akan menjadi senang. kesukaran dianggap sebagai cabaran yang berbentuk permainan. adat menang dan kalah digunapakai sebaik mungkin. andai menang kerana usaha kita berkat keredhaanNya. andai kala bukan kerana tidak berusaha tapi kerana masih ada yang terbaik menanti dihadapan.

dalam hidup kita, terkadang memerlukan dua pilihan. pilihan yang terbaik akan menentukan segala-galanya. maka istikharah lah sebaiknya. dan. dalam hidup ini. kita mempunyai pelbagai impian. maka bersolat hajatlah untuk mendapatkan impian yang terbaik. kadang kita manusia terlupa. dengan memohon pertolonganNya segala-galanya segala permasalahan sedikit demi sedikit dapat diselesaikan. kadang kita angkuh. bila kita berjaya kita anggap ia kerana diri kita hebat. bila kita berada diatas, kita anggap ia kerana usaha kita. sedangkan kita lupa bahawa DIA yang menentukannya. doa dan usaha yang akan menjadikan diri kita yang sebenar. apabila kita mengejar akhirat. maka dunia akan mendatangi kita.


kita selama ini banyak tersalah menggunakan konsep. selama ini kita beranggapan bahawa kita memerlukan usaha dahulu baru doa dan tawakal. dan sekarang saya mengajak anda. dengan menggunakan konsep DUIT. duit???..waaaa..siapa yang xnak kan??.. klo bagi kat saya pun. opkoslah. juling air mata nie. DUIT. singkatan untuk DOA..USAHA..ISTIQAMAH dan TAWAKAL. ini yang terpenting dalam kehidupan kita. kita selalu beranggapan usaha yang perlu didahulukan barulah disusuli doa. SALAH!!!!!!!!.. doa dulu baru usaha ya kawan2. jom sama2 kita baiki semula konsep yang kita pegang selama ini.


sebelum saya mengofflinekan diri. jangan lupa sujud. dengan sujud, kita dekat padaNya. ingat nie. bila kita selalu memohon pertolonganNya. mengadu semua masalah kepadaNya. menceritakan segala apa yang kita rasa kepadaNya. InsyaAllah. hidup anda akan tenang. masalah anda akan semakin menghilang. sehinggakan anda rasa, walau sebesar mana masalah yang menimpa. ia hanya dipandang sebesar kuman. itu yang saya rasa. insyaAllah. memang sukar untuk mulakan. tapi bila sudah terbiasa. ia akan menjadi satu amalan. jangan jadikan masa dan kesibukan sebagai alasan. kerana setiap manusia diberikan jumlah masa yang sama. cuma bagaimana anda gunakan masa selama sejam yang boleh dimanfaatkan ibarat empat jam.. ia terpulang pada anda.


notakakiberjalan::jangan anggap melalui penulisan dan perwatakan luaran seseorang dia seorang yang baik. boleh jadi dia adalah seorang yang lebih kejam daripada apa yang anda jangka. ia sekadar perkongsian. hidup ini ramai yang memilih untuk berpura2 daripada menjadi diri sebenar. wallahualam..

2 comments:

PùRpLè LuV Me said...

syim..
terbaik....
penuh luahan penuh keinsafan dan renungan bersama..
but saya suka part paling last..
luaran bukan la gambaran dalaman..
manis mulut baik budi kekadang hati penuh dosa-dosa manusia dan diri sendiri

take care dear fren...

Syima Adilla said...

reen..
haha..
tenkiu..
bila kita tulis dgn menggunakan hati..
maka ia akn senang diserap oleh pembaca..
xgitu reen??..

reen pun sama..
take care bestie..=)

Thanks!!

'Allah!
Ana fi duaa' Anta fi jawaab. Lau Anta ma fi jawaab, ana fi musykillah.'

( Ya Allah! Aku punya permohonan kpd-Mu dan Engkau-lah yg menerima doaku.Jika Engkau x memperkenankan doaku nescaya aku akan ditimpa masalah).. Amin..