Wednesday, November 9, 2011

Apa jadi saudari?

Assalamualaikum..




Berkata seseorang pada saya dalam ruangan chat di skype saya lewat malam semalam..


"Jika saudari jatuh begini tanpa ingin terus melawan
dan
longlai untuk bingkas bangun lalu tangkas berjihad di jalan ISLAM..


Di mana taraf sekadar hamba yang saudari selalu war-warkan?..

Mana kalimah agung yang selalu saudari salurkan pada saya?..


Di mana status sebagai anak solehah
yang arwah abah dan mak saudari terapkan dalam diri saudari?
Persoalannya mana saudari yang saya kagumi peribadinya??



Mengapa hendak meratapi sesuatu yang telah pergi
dan
mengapa tidak saudari cuba bangun dan mencari semula identiti diri?..



Ya..
Sakit dan pedih..
Kehilangan dua insan yang paling rapat..
Insan yang banyak berjasa pada saudari tapi saudari belum dapat membalasnya..

Ya..
Saya tidak berada dalam situasi saudari.
Mengapa tidak saudari bawa saya ke dunia saudari
untuk sama - sama saya merasai dunia saudari
yang sakit dan pedih itu??.

Saudari sakit, saya turut rasa sakitnya.
Bukakan pintu saudari.
Kongsi bersama saya..


Bingkas bangun Hishmah!!
Anda ada aura..
Bukan si manja yang lemah dengan dugaan!!

***********************************************************************

Datangnya dari seorang yang tidak pernah saya kenali siapa dirinya.
Tapi jika saya muncul di skype, maka ada masa saya menanti kehadirannya..

Semalam..
Dalam sedih saya tersenyum..
Lelaki ini berjaya menjiwai blog saya dengan sebaiknya.
Kata2 yang diungkapkan pada saya hampir menyerupai gaya yang biasa saya lakarkan dalam warkah tiap kali saya berblogging..
TAHNIAH!!

Jazakumullah Khairan Khatira..
Semangat anda meresapi saya.
Maka saya memilih untuk bingkas bangun.
Kerana anda berjanji untuk bersama -sama dengan saya menempuh
onak ranjau dalam duri dunia yang bisa nya sesaat mampu sampai ke tulang..

Saya bangkit..
Dan kita akan berdebat kembali di ruangan sana.


P/S::pssstttt.. anda tahu anda siapa..Tidak perlu saya war-warkan pada orang lain bukan??. Rindu sahabat buat sahabat maya..=)

2 comments:

PùRpLè LuV Me said...

arwah abah????
syim...
did u father just passed away ke?
saya tak tahu..
maybe saya dah lama tak bukak blog...
oh my most dearest
im so soriiii
bertahan ye awak...
saya mengerti akan rasa kehilangan
bertahan ye syim
cekal kan semangat...
insya allah...
maybe semua ni harder than u know
tapi kita kena be tougher than who we are right now...

Syima Adilla said...

aah..
abh meninggal 1 nov baru2 nie..masa azan maghrib..waktu afdal kata seorang ustaz..arwah pergi dgn tenang..alhamdulillah..

its okey..
lagipun sy xda cerita lagi kat blog..
ada tulis tapi just simpan dkt draft je dulu..

mekasih reen..i will..thanx a lot dear bestie!!

Thanks!!

'Allah!
Ana fi duaa' Anta fi jawaab. Lau Anta ma fi jawaab, ana fi musykillah.'

( Ya Allah! Aku punya permohonan kpd-Mu dan Engkau-lah yg menerima doaku.Jika Engkau x memperkenankan doaku nescaya aku akan ditimpa masalah).. Amin..