Saturday, May 21, 2011

Pondok Kecil Ke Makam Bonda.

Assalamualaikum..


pertama: pejamkan mata. bayangkan wajah2 orang yang tersayang
kedua: letakkan tangan didada.kosongkan hati atau lapangkanlah jiwa dan hati
ketiga: hayati lagu dan bayangan orang tersayang di dalam jiwa.
keempat: bayangkan pengorbanan orang tersayang membesarkan kita dan apa jasa dan pengorbanan kita pada yang tersayang.
kelima: sebutkan kalimah.. Ya Allah. hambamu ini menyayangi mereka. jauhkanlah meraka daripada segala bahaya. =)



Ya Allah..hari ini apa saja yang saya baca, saya fahami saya hafal entah kemana hilangnya.. mungkin saya banyak lakukan zina hati di musim peperiksaan ini. Astagfirullalazim.. betapa saya lalai. jauh terpesong. merangkak juga nak faham semua bab. sudahlah tayar kereta tercabut tanpa sedar. dek kerana pancit. jauh ketinggalan. orang lain berlumba-lumba menghabiskan semua bab. saya??.. seharian terpancit di landasan katil. bangun. usai sahaja yang wajib mahupun yang sunat. pegang apa yang patut barang seminit dua. terus terlentok.

namun. bukan itu yang mahu saya perkatakan. sesuai dengan tajuk entry kali ini. tadi saya study BI dengan kawan sekelas. memandangkan rumate saya balik hujung minggu nie..menumpang la tidur kat bilik orang. huhu.. kesian. asyik kena tinggal je tiap kali hujung minggu. ok.mengarut plok. sahabat saya nie, dye pasang IKIM.fm.. saya macam bese pasang HITZ.fm. masing2 tekun study. tu pun da dekat kol 10 lebih kami start study malam tadi. tetibe je.sahabat saya nie soh saya dengar lagu dekat IKIM.fm. 1st lagu.. ke makam bonda. saya memang cuba lari daripada mendengar lagu nie. sebak. makna lagu nie. memang memberi kesan dalam diri saya. seterusnya ada ceramah mengenai cara menuntut ilmu yang berkesan. gitulah tajuknya kalau tidak silap. ada enam perkara. tapi saya xbrapa igt. takut tersalah. nanti dalam entry lain saya ceritakan. insyaAllah. kena tuntut ilmu balik dengan sahabat saya tadi agar anda juga tidak terpesong. syukran ya Ukhti.


seterusnya. dikala kami dok borak2 aka berbincang apa yang kami faham. tetibe ada lagu Pondok Kecil. sebak. bila teringat abah. sapa2 yang pernah ikuti entry sebelum nie mungkin fahamlah kan. saya kawal rasa. teringat abah. semangat study saya sedikit naik. teringat mak. terasa macam. Ya Allah.. apa aku dah buat dengan masa2 yang takkan aku perolehi semula walau sesaat pun.

bila dengar lagu nie. saya teringat pada Arwah Ustaz Asri Rabbani. dalam simpanan saya. ada lagu ini yang didendangkan bersama dengan kumpulan Aeman. yang saya dengar tadi sudah diolah sedikit. lagi terkesan. xsilap. mungkin salah seorang anggota kumpulan UNIC yang bergabung suara dengan kumpulan Aeman. wallahualam.

menuntut ilmu. satu amanah. andai malas saya rasa ubatnya satu je. ingat mak ayah. insyaAllah. kekuatan menjelma. andai anda adalah anak yang terbaik. dan saya teringat satu ayat sahabat saya. aktifkan mood malas yang positif.. gitu lah kot ayatnya. saya lupa ayat yang sebenar. maaf. saya ingatan xberapa kuat. hehe..selamat malam. saya harus menyambung apa yang terkandas sebentar tadi. seminggu lagi musim cuti..lagi bahagia sampai rasa lupa diri exam ada 4 paper lagi.


dikala malam tiada bulan mengambang..
pungguk mengadu rindukan sang bulan..
dikala hati teringatkan yang tersayang..
hanya mampu memohon pada kudrat pertolongan Tuhan..


2 comments:

PùRpLè LuV Me said...

hmm be strong dear fren
insya allah.
allah dan kami semua sentiasa ada untuk kamu...:)

Puteri Purnama said...

good luck syima,minggu exam,semoga berjaya k.Jangan sedih2..kalau boring meh kite teman sembang2. Hehe

Thanks!!

'Allah!
Ana fi duaa' Anta fi jawaab. Lau Anta ma fi jawaab, ana fi musykillah.'

( Ya Allah! Aku punya permohonan kpd-Mu dan Engkau-lah yg menerima doaku.Jika Engkau x memperkenankan doaku nescaya aku akan ditimpa masalah).. Amin..