Tuesday, May 17, 2011

Menjaga Hati

Assalamualaikum..

Dalam menghadapi musim peperiksaan yang semakin genting dan runcing ini, semestinya dalam sedar atau tidak kita alpa dalam menjaga soal hati. sengaja atau tidak. itulah hakikatnya. seperti biasa. teman setia kita sentiasa bersama. siapakah ia??.. syaitan semestinya. berterusan menghasut kita sehingga mengaku kalah.

hati. adalah suatu perkara yang penting. bermula dengan hatilah segala-galanya bermula. syaitan akan terus menodai segumpal darah yang berwarna merah yang kita kenali sebagai hati. tekanan semasa revision, tekanan dengan bunyi bising, contohnya orang2 yang melalak dengan penuh tawa ria sehingga menggegarkan struktur bangunan yang gah berdiri bertapak, bunyi bising yang datangnya daripada orang yang bertempik macam tarzan dalam hutan.. itu adalah perkara biasa. bagaimana mahu mengatasinya? dekatkan diri pada Allah S.W.T.. tunduk, sujud dan patuhlah pada arahanNya. sedangkan syaitan juga tunduk sujud pada Allah S.W.T.. syaitan hanya tidak sujud pada manusia (betulkan jika saya silap).



kita manusia. jarang ditemui yang fikirannya positif. kebanyakkannya masih samar2. ada yang mengaku berfikiran positif tapi bila berjuang di medan yang melibatkan hati dan perasaan dia yang terdahulu kecundang. ada di antara kita, mulut manis bak madu, segar umpama buah delima. namun hati penuh dengan noda hitam. hakikatnya begitu. segala kata2nya terkadang asli terkadang palsu. sebenarnya apa orang2 seperti ini mahu??. belum cukup dengan kelebihan diri mungkin. atau segala-gala yang ada pada dirinya adalah sempurna sehingga hatinya belum puas melihat penderitaan saudarnya sendiri.

perhatikan sekeliling. orang2 yang berhampiran dengan kita. bila mahukan sesuatu.. manis mulut membicarakan kata-kata. toleh sekejap ke belakang kita. perhatikan sekeliling. kelipkan mata barang sesaat dua. pasti akan terkejut. penuh umpat cela keburukan yang di sebarkan merata-rata. fitnah sekadar mainan mulut namun mampu merobek jiwa mangsanya. saya berkata bukan sekadar mainan mulut. bukan sekadar lajunya tangan menari menaip patah - patah perkataan seperti sekarang. bukan.. ia adalah pengalaman peribadi. yang banyak mengajar saya bahawa dunia ini orang lebih memuja manusia seperti ini. orang yang tahu mempengaruhi orang lain dengan kata-kata. sehinggakan terdetik di hati manusia yang buta dalam menilai kebenaran untuk mempercayainya. manakan tidak. setiap hujah-hujah fitnah yang dilempiaskan disertakan denga fakta. woowwww.. rajinnya orang-orang seperti ini membuat kajian dan "homework" untuk menjatuhkan maruah seseorang. baik mana kita, ikhlas mana kita, masih ada hati-hati kotor yang melempiaskan dengki.




harus ingat. penyakit dengki mulanya dari hati. bila ion2 hasad memenuhi setiap ruang dalam diri, nafsu akan bermaharajalela. tapi selama mana kita mahu terus bergelumang dengan penyakit ini? tanyalah diri sendiri. tiada siapa yang mampu menjawab andai diri sendiri tidak menyedari. dalam menjaga hati. tidak dapat dinafikan bahawa banyak rintangan dan dugaan menanti dihadapan. menyasarkan peluru-peluru berpandu atau nuklear untuk menjatuhkan kita. dekatkanlah diri dengan ayat2 suci.. banyakkan amalan2 sunat. jangan pernah tinggalkan yang wajib. berdoalah, berusahalah, istiqamah dan tawakal dalam setiap apa yang kita lakukan. jangan pernah berhenti. untuk mencari cinta sejati. rahmat Ilahi. hidup ini penuh ranjauan.




jagalah hati sebaik2nya. terutamanya pada musim peperiksaan ini. jika ada yang terbaca dan terasa. maaf ungkapan ikhlas saya. saya hanya berkongsi apa yang saya rasa. bagi saya setiap orang punya cara tersendiri. siapa kita mahu menyekat kebebasan orang. namun ada masa ia diperlukan.

owhh ya. lagi satu. jangan pernah mengajar hati untuk membencikan orang lain. sukar memaafkan orang. itu sebenarnya penyakit hati. kita hanya hamba yang Esa. jika ada yang dibenci. lupakanlah. itu perkara lama. usah diungkit2kan lagi. buka lembaran baru. mengapa mahu hidup dalam dunia kegelapan sedangkan jalan terang indah terbentang di setiap laluan perjalanan kita.


pena berjalan~~saya bukan seorang yang sebaik ini. tapi saya cuba menjadi seperti ini. cuba menjadi seorang yang positif. cuba menjadi seorang yang terima kelemahan diri. cuba menerima setiap orang yang menghampiri dengan tangan yang terbuka. Wallahualam. wassalam.~~

2 comments:

PùRpLè LuV Me said...

syim
nice layout...lov it..tenang je..nice green..:)

Syima Adilla said...

haha..tenkiu reen..mood exam..so kne cari layout yg tenang2..hehe..

Thanks!!

'Allah!
Ana fi duaa' Anta fi jawaab. Lau Anta ma fi jawaab, ana fi musykillah.'

( Ya Allah! Aku punya permohonan kpd-Mu dan Engkau-lah yg menerima doaku.Jika Engkau x memperkenankan doaku nescaya aku akan ditimpa masalah).. Amin..