Sunday, May 15, 2011

Destinasi Sebuah Cinta


Assalamualaikum.


jejaka itu sedang mencari sang zaujah.
buat menemani hidupnya dunia dan akhirat.
namun landasan perhentian tersalah.
kerana bakal jauzahnya tidak punya apa-apa.
hanya agama yang banyaknya sejengkal tidak jua.

perkenalan yg singkat.
mampu membuka hati sang jejaka.
menerima diri yang serba tiada istimewa.
tiada jawapan yang mampu diberikan.
sehinggalah si jejaka mengatakan muslimah itu menggodanya.
astagfirullah-al-azim.
sedikit tidak terlintas niat di pihak berlawanan.
terpana seketika si muslimah.
adakah kerana menyesali atau terasa berjauh hati.
tiada siapa yang mengetahui.

si jejaka menantikan jawapan
namun hanya jawapan senyap yang diberikan.
cuma satu ingin diperkatakan.
benar si muslimahnya tiada empunya
namun hatinya telah ada yang bermaharajalela.

si jejaka menambah.
bila proses peminangan boleh dilakukan.
si muslimah hnya tersenyum
jauhnya angan-angan si jejaka
sedangkan si empunya diri keliru mencari jawapan penolakan.

tangkas, jejaka memberikan kata sendirian.
andai si dia yang telah berjaya menawan hati.
masih belum memberikan jawapan,
maka peluang cerah sentiasa ada dihadapan.
jawapan si muslimah cuma satu.
berdoalah dan pohonlah kpdNya.
andai jodoh hujung dunia pastikan bersua.

si jejaka penuh pengharapan..
bagaimana pula dengan si muslimah?
apa yang akan dikhabarkan??
tiada siapa yang tahu
kerana si muslimah akan kekal membisu
hingga si jejaka menemui jalan buntu.

destinasi cinta sang jejaka.
mungkin akan ada kebahagiaan andai ia bersungguh2.
andai Allah s.w.t. memakbulkannya.
namun. bagaimana dengan destinasi cinta si muslimah.
berterusan layu atau akan ada sinar pengharapan??
Wallahualam.
hanya Dia yang akan menentukan.
kedua-dua destinasi cinta jejaka dan muslimah.



0 comments:

Thanks!!

'Allah!
Ana fi duaa' Anta fi jawaab. Lau Anta ma fi jawaab, ana fi musykillah.'

( Ya Allah! Aku punya permohonan kpd-Mu dan Engkau-lah yg menerima doaku.Jika Engkau x memperkenankan doaku nescaya aku akan ditimpa masalah).. Amin..